Ajaran dan Perjanjian 2021
26 April–2 Mei. Ajaran dan Perjanjian 45: “Janji-janji … Akan Digenapi”


“26 April–2 Mei . Ajaran dan Perjanjian 45: ‘Janji-janji … Akan Digenapi,’” Ikutlah Aku - Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“26 April–2 Mei. Ajaran dan Perjanjian 45,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
remaja di luar bait suci

26 April–2 Mei

Ajaran dan Perjanjian 45

“Janji-janji … Akan Digenapi”

Apabila anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 45, fikirkan tentang ayat-ayat, petikan-petikan dari pemimpin Gereja, pengalaman, soalan-soalan, dan sumber-sumber lain yang anda mungkin boleh gunakan untuk mengajar ajaran. Apabila anda mengajar, jemput ahli-ahli kelas untuk merekod tanggapan yang diperoleh dan membuatkan satu rancangan untuk melakukannya.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas boleh tuliskan satu ayat dari Ajaran dan Perjanjian 45 yang telah mengilhami mereka di atas satu keping kertas. Kemudian anda mengumpulkannya, memilih beberapa secara rawak, dan menjemput ahli-ahli kelas yang menuliskannya untuk membaca ayat itu kepada kelas dan berkongsikan mengapa mereka memilihnya. Galakkan ahli kelas lain untuk berkongsikan tanggapan-tanggapan mereka juga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 45:1–5

Yesus Kristus ialah Pembela kita dengan Bapa.

  • Adakah seseorang dalam kelas anda yang boleh menjelaskan peranan seorang pembela? Ia mungkin membantu untuk melihat definisi pembela di dalam sebuah kamus. Dengan pemahaman ini, ahli-ahli kelas boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 45:3–5 secara berpasangan. Mereka boleh kongsikan bersama satu sama lain kata atau frasa dari ayat-ayat tersebut yang membantu mereka faham peranan Yesus Kristus sebagai Pembela kita dengan Bapa. (Lihat juga 2 Nefi 2:8–9; Mosia 15:7–9; Moroni 7:27–28; Ajaran dan Perjanjian 29:5; 62:1.) Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas kongsikan perasaan mereka berkenaan Juruselamat sebagai Pembela mereka.

Ajaran dan Perjanjian 45:11–75

Kita tidak perlu menakuti Kedatangan Kedua.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas melihat amaran-amaran waras dan janji-janji cerah dalam bahagian 45? Contohnya, anda boleh tuliskan di atas papan tulis tajuk-tajuk Nubuat dan Berkat-berkat Yang Dijanjikan, dan ahli-ahli kelas boleh menulis di bawah tajuk-tajuk itu ajaran-ajaran yang mereka dapati dalam Ajaran dan Perjanjian 45:11–75. Mengapakah Tuhan ingin kita tahu tentang perkara ini secara awal? Apakah yang boleh kita lakukan untuk menerima berkat-berkat yang dijanjikan?

  • Ahli-ahli kelas mungkin boleh kongsikan nasihat bersama-sama bagaimana untuk menjadi optimistik dan berharapan apabila kita menghadapi malapetaka yang telah diramalkan bagi zaman kita (seperti yang dihuraikan dalam Ajaran dan Perjanjian 45:11–75). Bagaimanakah hati manusia akan kecut di zaman kita? (lihat ayat 26). Apakah nasihat yang Presiden Nelson berikan dalam video ini untuk membantu kita menghadapi situasi-situasi menakutkan dengan tenang?

Ajaran dan Perjanjian 45:31–32

“Berdiri di tempat-tempat kudus,” dan tidak akan digerakkan.

  • Ahli-ahli kelas mungkin ingin berkongsikan pandangan berkenaan bagaimana mereka berusaha untuk “berdiri di tempat-tempat kudus,” seperti yang dinasihatkan oleh Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 45:31–32. Bagaimanakah kita boleh mencipta tempat-tempat suci dalam kehidupan kita? Penyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh memberi pandangan tambahan kepada perbincangan ini.

    Imej
    sepuluh orang gadis

    Perumpamaan tentang Sepuluh Orang Gadis, oleh Dan Burr

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

“Berdiri di tempat-tempat kudus.”

Sister Ann M. Dibb, seorang bekas ahli Presidensi Remaja Puteri Umum, mengajarkan bahawa arahan untuk berdiri di tempat-tempat kudus dan tidak akan digerakkan “menjelaskan bagaimana kita boleh menerima perlindungan, kekuatan, dan kedamaian di masa-masa yang tidak tenang.” Setelah memaklumkan bahawa tempat-tempat suci tersebut termasuklah bait suci, gereja, dan rumah, dia berkata bahawa “kita boleh mencarikan lebih banyak tempat-tempat.” Dia meneruskan:

“Kita mungkin pertamanya pertimbangkan kata tempat sebagai satu keadaan fizikal atau lokasi geografi. Namun, satu tempat boleh menjadi ‘keadaan, tempat, atau keadaan minda yang tersendiri’ [Merriam-Webster.com Dictionary, “place,” merriam-webster.com]. Ini bermaksud tempat-tempat kudus juga termasuk saat-saat masa—saat apabila Roh Kudus bersaksi kepada kita, saat kita merasai kasih Bapa Syurgawi, atau saat apabila kita menerima jawapan bagi doa-doa kita. Lebih-lebih lagi, saya percaya bahawa bilamasa anda memperolehi keberanian untuk berdiri bagi kebenaran, terutamanya dalam situasi di mana tiada orang yang ingin melakukannya, anda sedang mencipta satu tempat kudus” (“Your Holy Places,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 115).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jadilah satu saksi yang hidup. Apabila anda mengikut ajaran yang anda ajarkan, anda akan boleh memberi saksi peribadi yang kuat dan ikhlas. Roh Kudus akan menetapkan kesaksian anda kepada ahli-ahli kelas. Pertimbangkan asas-asas yang anda akan ajarkan minggu ini dan minggu-minggu yang akan datang. Bagaimanakah anda boleh menghidupinya dengan lebih? (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 13–14.)

Cetak