Ajaran dan Perjanjian 2021
10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50: “Apa yang daripada Tuhan Adalah Cahaya”


“10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50: ‘Apa yang daripada Tuhan Adalah Cahaya’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“10–16 Mei. Ajaran dan Perjanjian 49–50,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
kolam ketika matahari terbit

10–16 Mei

Ajaran dan Perjanjian 49–50

“Apa yang daripada Tuhan Adalah Cahaya”

Untuk “mengkhutbahkan firman kebenaran melalui Penolong” (Ajaran dan Perjanjian 50:17), carikan ilham ilahi ketika anda merenungkan Ajaran dan Perjanjian 49–50. Kemudian berbukalah kepada arahan Tuhan ketika anda mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Selain daripada berkongsikan pemahaman yang mereka peroleh dari pengkajian ayat suci, ahli-ahli kelas mungkin boleh bermanfaat daripada perbincangan bagaimana pemahaman-pemahaman tersebut diperolehi. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pemahaman tentang satu ayat dalam Ajaran dan Perjanjian 49–50 bersama satu sama lain dan bincangkan bagaimana mereka mendapat pemahaman tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 49; 50:1–36

Kebenaran-kebenaran Injil boleh membantu saya mengenali ajaran-ajaran palsu.

  • Bahagian 49 telah diberikan untuk mengesahkan ajaran benar yang membetulkan perkara yang diajar oleh orang lain (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk peroleh latar belakang sejarahnya). Untuk membantu ahli-ahli kelas meneroka bahagian ini, anda boleh membahagikan ahli-ahli kelas kepada beberapa kumpulan dan berikan topik-topik ajaran yang dirangkumkan kepada setiap kumpulan (seperti yang disenaraikan dalam pengenalan bahagian 49). Kumpulan-kumpulan itu boleh membincangkan soalan-soalan berikut: Apakah kebenaran yang Tuhan telah ajarkan berkenaan topik ini dalam bahagian 49? Apakah yang orang ramai percaya tentang topik ini hari ini? Apakah kebenaran lanjut yang Tuhan telah ajarkan melalui nabi-nabi zaman akhir kita? Berikan peluang kepada ahli-ahli kelas untuk kongsikan kesyukuran mereka terhadap kebenaran-kebenaran yang diungkapkan dalam zaman kita.

  • Seperti beberapa penatua di Kirtland yang “tidak memahami penyataan dari roh-roh yang berbeza” (Ajaran dan Perjanjian 50, pengenalan bahagian), kadangkala kita tertanya-tanya jika apa yang kita rasa atau lihat datang daripada Roh atau pengaruh lain. Apakah yang kita boleh belajar daripada Ajaran dan Perjanjian 50:1–36 untuk membantu kita mengenali pengaruh Roh? Anda boleh membenarkan setiap ahli kelas memilih satu set ayat untuk dikaji dan kemudian minta mereka untuk kongsikan apa yang mereka dapati.

Ajaran dan Perjanjian 49:15–17

Perkahwinan antara lelaki dan wanita merupakan asas dalam rancangan Tuhan.

  • Oleh kerana perkahwinan merupakan asas rancangan Bapa Syurgawi, Setan ingin membuatkanya mengelirukan. Mungkin bermanfaat bagi kelas anda untuk menyenaraikan di atas papan tulis kebenaran-kebenaran yang Tuhan telah ungkapkan tentang perkahwinan. Contohnya, apakah kebenaran-kebenaran tentang perkahwinan yang kita belajar dari Ajaran dan Perjanjian 49:15–17? Ayat-ayat suci lain yang membantu termasuklah Kejadian 2:20–24; 1 Korintus 11:11; atau yang lain boleh didapati dalam “Perkahwinan, Kahwin” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Ahli-ahli kelas juga boleh mencari kebenaran dalam “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia.” Berdasarkan apa yang kita pelajari dari sumber-sumber tersebut, mengapakah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu untuk rancangan Tuhan? (lihat “Sumber-sumber Tambahan”).

    Imej
    pasangan di luar bait suci

    Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 50:13–22

Pengajar dan pelajar maju bersama dengan bantuan Roh.

  • Arahan Tuhan berkenaan pengkhutbahan dan penerimaan kebenaran mungkin menyediakan peluang yang baik untuk membincangkan peranan kongsian pengajar dan ahli-ahli kelas dalam mengembangkan pembelajaran Injil. Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas mengkaji semula Ajaran dan Perjanjian 50:13–22 secara berpasangan dan bincangkan peranan-peranan Roh, pengajar, dan pelajar. Beberapa pasangan boleh berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui. Apakah “suatu cara[-cara] lain” yang kita cuba ajarkan atau belajar tentang Injil? (ayat 17). Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih baik dalam penerimaan Roh? Apakah yang kita telah diilhami untuk lakukan di dalam rumah dan di gereja untuk mengajar dan belajar Injil dengan lebih baik?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Perkahwinan amat penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.

Elder David A. Bednar menjelaskan mengapa perkahwinan amat penting dalam rancangan keselamatan Tuhan:

“Melalui rancangan ilahi, lelaki dan wanita diniatkan untuk maju bersama ke arah kesempurnaan dan kemuliaan sepenuhnya. Oleh kerana mereka mempunyai perangai dan kemampuan yang tersendiri, setiap lelaki dan wanita membawa kepada sebuah hubungan perkahwinan perspektif dan pengalaman yang unik. Lelaki dan wanita memberi sumbangan berbeza yang sama rata ke arah kesatuan dan perpaduan yang tidak boleh dicapai melalui apa cara lain pun. Lelaki melengkap dan menyempurnakan wanita dan wanita melengkap dan menyempurnakan lelaki apabila mereka belajar, memperkuatkan dan memberkati satu sama lain. …

“Satu keluarga bersama suami dan isteri yang penyayang dan setia merupakan keadaan yang terbaik di mana kanak-kanak boleh dibesarkan dengan kasih dan kesolehan dan di mana keperluan fizikal dan rohani kanak-kanak boleh dipenuhi. Sepertimana ciri-ciri unik lelaki dan wanita menyumbang kepada kesempurnaan perhubungan perkahwinan, ciri-ciri tersebut juga penting dalam pembesaran, pemupukan, dan pengajaran kanak-kanak” (“Marriage Is Essential to His Eternal Plan,” Ensign, Jun 2006, 83–84).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memimpin perbincangan yang mengilhamkan. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk disumbangkan, tetapi kadangkala tidak semua orang memiliki kesempatan. Dengan mengikut dorongan Roh, cari cara-cara lain untuk meningkatkan bilangan ahli-ahli kelas yang boleh berkongsikan fikiran dan perasaan mereka.

Cetak