Ajaran dan Perjanjian 2021
3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48: “Carilah dengan Sungguh-sungguh Kurnia-kurnia yang Terbaik”


“3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48: ‘Carilah dengan Sungguh-sungguh Kurnia-kurnia yang Terbaik’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Orang bertemu di tepi kolam

Pertemuan Khemah, oleh Worthington Whittredge

3–9 Mei

Ajaran dan Perjanjian 46–48

“Carilah dengan Sungguh-sungguh Kurnia-kurnia yang Terbaik”

Apabila anda membaca Ajaran dan Perjanjian 46–48, Roh Kudus mungkin akan bersaksi kepada anda akan kebenaran-kebenaran dalam bahagian-bahagian tersebut. Mencatat dan mengkaji semula tanggapan-tanggapan boleh membantu anda memperoleh cara-cara bagaimana untuk membantu ahli-ahli kelas menemui kebenaran-kebenaran yang sama.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ia mungkin akan membantu ahli-ahli kelas untuk berkongsi, dari masa ke semasa, bagaimana kemajuan pengkajian tulisan suci sekeluarga atau peribadi mereka. Contohnya, apabila ahli-ahli kelas berkongsikan satu pemahaman yang diperoleh sendiri atau ahli keluarga minggu ini, anda mungkin boleh bertanyakan apakah yang mereka sedang lakukan dalam pengkajian yang menggalakkan pemahaman tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 46:1–7

Kita harus mengalu-alukan semua untuk datang ke Gereja Yesus Kristus.

  • Bagi ramai orang, bagaimana dan apa yang dirasai ketika di pertemuan Gereja boleh memberi pengaruh yang tinggi terhadap aktiviti mereka di dalam Gereja. Arahan-arahan Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 46:1–7 boleh membantu ahli-ahli bahagian anda mencipta pengalaman yang lebih mesra dan penyembahan yang lebih bermakna bagi antara satu sama lain dan juga pelawat-pelawat. Ahli-ahli kelas boleh mencari ayat-ayat tersebut, mencari asas-asas yang berkaitan dengan pertemuan-pertemuan Gereja dan senaraikan di atas papan tulis apa yang mereka jumpa. Bagi setiap perkara dalam senarai itu, berbincang secara satu kelas bagaimana asas itu diamalkan.

  • Bagaimanakah arahan-arahan Tuhan di dalam Ajaran dan Perjanjian 46 membantu ahli-ahli kelas melihat pertemuan-pertemuan Gereja sebagai satu peluang untuk merasai Roh Kudus? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mengkaji Ajaran dan Perjanjian 46:2 dan bincangkan ketika mereka telah melihat para pemimpin dan guru-guru mengendalikan pertemuan mengikut dorongan Roh Kudus. Apakah peranan mereka yang menghadiri pertemuan-pertemuan itu? Pertimbang untuk menjemput ahli-ahli kelas kongsikan contoh ketika mereka merasai satu pertemuan yang diarah dan dibimbing oleh Roh Kudus.

  • Anda mungkin boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman-pengalaman ketika mereka menghadiri satu pertemuan di Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir buat pertama kalinya. Apakah yang telah membantu mereka rasa selesa? Apakah nasihat yang mereka boleh berikan kepada ahli-ahli lain untuk membantu menjadikan pertemuan-pertemuan Gereja kita lebih mengundang? Bagaimanakah kita boleh mengamalkan nasihat Tuhan yang didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 46:1–7? Benarkan ahli-ahli kelas berlatih apa yang mereka akan katakan jika mereka melihat seseorang yang tidak dikenali datang ke gereja buat kali pertama.

  • Ahli-ahli kelas mungkin boleh menyanyikan lagu rohani itu bersama dan kongsikan pendapat daripada lirik lagu bagaimana untuk membantu orang lain merasai kasih Tuhan di gereja.

    Imej
    ahli-ahli di gereja

    Tuhan mengajar bahawa semua diundang untuk datang ke Gereja-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 46:7–33

Bapa Syurgawi memberi kurnia-kurnia rohani untuk memanfaatkan anak-anak Dia.

  • Orang Suci zaman awal amat mempercayai penyataan Roh Kudus. Bagaimana anda boleh membantu ahli-ahli kelas meningkatkan keimanan mereka supaya kurnia-kurnia tersebut akan nyata dalam kehidupan kita hari ini? Anda boleh bermula dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 46:7–33 secara berpasangan atau kumpulan-kumpulan kecil. Minta mereka untuk carikan sekurang-kurangnya lima kurniaan rohani dan bincangkan bagaimana mereka telah perhatikan kurnia-kurnia itu ternyata dalam kehidupan mereka atau kehidupan seseorang yang mereka kenali—termasuklah orang dalam kelas. Apakah yang mereka telah jumpai untuk kongsikan dengan kelas bagi membina kepercayaan mereka terhadap kurnia-kurnia itu?

  • Tuhan telah berfirman bahawa kurnia-kurnia Roh memanfaatkan mereka yang beriman dan tidak mengharapkan “suatu petanda” (ayat 9). Ahli-ahli kelas mungkin boleh bincangkan bagaimana kurnia-kurnia rohani memanfaatkan mereka yang beriman. Bagaimanakah kurnia-kurnia tersebut membantu mereka yang ingin memperoleh atau memperkukuhkan kesaksian Injil mereka?

  • Ada yang mengasihi Tuhan dan cuba mematuhi perintah-perintah Dia tetapi berasa mereka tidak mengalami sebarang kurniaan Roh. Bagaimanakah nasihat dalam Ajaran dan Perjanjian 46:7–33 membantu?

Ajaran dan Perjanjian 47

Roh Kudus boleh membimbing kita apabila kita memenuhi panggilan-panggilan kita.

  • Ramai orang dapat memahami perasaan John Whitmer apabila dia inginkan keyakinan bahawa panggilan dia datang daripada Tuhan. Mungkin ahli-ahli kelas boleh kongsikan pengalaman-pengalaman serupa yang telah dialami. Apakah yang kita perolehi dalam Ajaran dan Perjanjian 47 yang boleh memberi John Whitmer keyakinan dalam tugasnya?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Peranan anda sebagai pengajar. Mengajar adalah lebih daripada hanya mempersembahkan informasi yang anda telah sediakan. Selain itu, ia termasuk mencipta satu keadaan di mana ahli-ahli kelas boleh belajar dan menemui kebenaran bagi diri mereka sendiri dan kongsikan apa yang mereka telah pelajari dengan orang lain. Contohnya, di sepanjang pelajaran, minta ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman-pengalaman mengkaji ayat suci di rumah.

Cetak