Ajaran dan Perjanjian 2021
24–30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59: “Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik”


“24-30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59: ‘Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“24-30 Mei. Ajaran dan Perjanjian 58–59,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
Jalan Independence Missouri

Independence, Missouri, oleh Al Rounds

24–30 Mei

Ajaran dan Perjanjian 58–59

“Bersemangat Terlibat dalam Perkara yang Baik”

Setelah membaca Ajaran dan Perjanjian 58–59, pertimbangkan soalan-soalan berikut: Apakah yang anda terilham untuk kongsikan bersama kelas anda? Apakah yang anda harap mereka akan temui? Bagaimanakah anda akan membantu mereka menemui perkara-perkara tersebut?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk mendorong ahli-ahli kelas kongsikan apa yang mereka telah belajar dalam pengkajian kitab suci, anda boleh tuliskan soalan-soalan berikut di atas papan tulis: Apakah yang kita telah pelajari? Bagaimanakah kita mengamalkan apa yang telah dipelajari? Ahli-ahli kelas boleh menyenaraikannya di bawah soalan pertama kebenaran-kebenaran yang didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 58–59. Kemudian mereka boleh luangkan beberapa minit untuk bincangkan pendapat-pendapat bagaimana mengamalkan kebenaran-kebenaran tersebut dan tuliskan idea-idea itu di bawah soalan kedua.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 58:1–5, 26–33

Berkat-berkat datang berdasarkan masa Tuhan dan ketekunan kita.

  • Ajaran dan Perjanjian 58 mengajarkan kebenaran-kebenaran yang boleh membawa kedamaian di masa mencabar. Ahli-ahli kelas mungkin menemui beberapa kebenaran ketika mengkaji bahagian ini; jemput mereka untuk kongsikan apa yang mereka telah temui. Atau mereka boleh mencari ayat 1–5, 26–33 dalam kelas, secara individu atau berkumpulan, untuk sesuatu yang mungkin boleh membantu seseorang yang mengalami penderitaan musuh atau sedang menunggu berkat yang dijanjikan. Setelah berkongsikan penemuan mereka, mungkin beberapa ahli-ahli kelas boleh kongsikan pengalaman-pengalaman atau ayat suci lain yang telah menetapkan kebenaran dalam ayat-ayat tersebut.

  • Petikan oleh Sister Linda S. Reeves dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin juga boleh membantu dalam perbincangan anda. Bagaimanakah kata-kata Sister Reeves mempengaruhi pandangan kita tentang percubaan-percubaan kita?

Ajaran dan Perjanjian 58:26–29

Kita boleh “mendatangkan banyak kebenaran” daripada “keinginan bebas sendiri.”

  • Apakah yang ahli-ahli kelas pelajari dalam pengkajian Ajaran dan Perjanjian 58:26–29 minggu ini? Anda mungkin boleh membahagikan kelas ke dalam kumpulan-kumpulan dan jemput ahli-ahli kelas untuk bincangkan bersama kumpulan mereka frasa-frasa yang didapati bermakna dalam ayat-ayat tersebut. Bagaimanakah ayat-ayat tersebut mengilhami kita untuk “mendatangkan banyak kebenaran”? (ayat 27). Kenapa Tuhan tidak menginginkan kita untuk “dipaksa dalam semua hal”? (ayat 26). Apakah cadangan ayat-ayat tersebut berkenaan keinginan Tuhan bagi kita?

Ajaran dan Perjanjian 59:9–19

Hari Sabat ialah hari Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas meneroka ajaran Tuhan bagi Orang Suci awal di Missouri berkenaan hari Sabat, anda boleh menjemput mereka untuk mengkaji Ajaran dan Perjanjian 59:9–19 dan senaraikan di atas papan tulis apa setiap ayat ajarkan tentang Hari Sabat. Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan bagaimana kesaksian mereka berkenaan Hari Sabat telah meningkat apabila mereka mengkuduskan Hari Sabat

  • Dalam Ajaran dan Perjanjian 59, Tuhan mengajar tentang Hari Sabat dengan menggunakan kata-kata seperti “kesukacitaan,” “riang,” dan “gembira” (ayat 14–15). Ahli-ahli kelas boleh mencari kata-kata sedemikian dalam ayat 9–19. Ahli-ahli kelas kemudian boleh kongsikan bagaimana mereka menjadikan hari Sabat menggembirakan. Bagaimanakah kita menggunakan ayat-ayat tersebut untuk mengajar orang mengapa kita menghormati hari Sabat?

  • Perbincangan ini juga boleh memberi peluang kepada ahli-ahli kelas untuk kongsikan idea-idea bagaimana mereka dan keluarga mereka menggunakan hari Sabat supaya rumah mereka menjadi pusat pembelajaran Injil. Jemput mereka untuk kongsikan bagaimana usaha mereka membantu mereka menjadi “lebih sepenuhnya … tidak bernoda dari dunia ini” (ayat 9).

    Imej
    roti dan cawan sakramen

    Sakramen merupakan bahagian asas dalam menghormati hari Sabat.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kesengsaraan boleh membimbing kita ke Juruselamat.

Linda S. Reeves, bekas ahli Presidensi Lembaga Pertolongan Umum, telah mengajar:

“Tuhan membenarkan kita untuk dicuba dan diuji, kadangkala sehingga tahap maksimum. Kita telah melihat kehidupan mereka yang tersayang—dan mungkin diri—secara kiasnya terbakar rentung dan bertanya mengapa seorang Bapa Syurgawi yang pengasih dan penyayang membenarkan perkara sedemikian berlaku. Namun dia tidak meninggalkan kita dalam abu; Dia berdiri dengan tangan terbuka, ingin sekali menjemput kita untuk datang kepada Dia. …

“… Dia ingin membantu kita, untuk menenangkan kita, dan untuk mengurangkan kesakitan kita apabila kita bergantung kepada kuasa Korban Tebusan dan memenuhi perjanjian-perjanjian kita. Percubaan dan kesengsaraan yang kita alami mungkinlah satu-satunya perkara yang akan membimbing kita untuk datang kepada-Nya dan memaut kepada perjanjian-perjanjian kita supaya kita boleh kembali ke hadirat Dia dan menerima segala yang Bapa punyai” (“Claim the Blessings of Your Covenants,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 119–20).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pastikan bahawa anda sedang mengajar ajaran yang benar. “Tanya diri sendiri secara berterusan, ‘Bagaimana apa yang saya ajar membantu ahli-ahli kelas saya membina iman dalam Kristus, bertaubat, membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, dan menerima Roh Kudus?’”(Teaching in the Savior’s Way,20).

Cetak