Ajaran dan Perjanjian 2021
31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62: “Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku”


“31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62: ‘Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60-62,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Sungai Missouri

Unggun api di Missouri, oleh Bryan Mark Taylor

31 Mei–6 Jun

Ajaran dan Perjanjian 60–62

“Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku”

Elder Ronald A. Rasband telah berkata: “Setiap kita harus dahulu menguatkan kerohanian kita dan kemudian menguatkan orang di sekeliling kita. Renungkan ayat suci dengan kerap, dan ingatlah pemikiran dan perasaan yang anda alami semasa anda membacanya” (“Jangan Sesekali Anda Lupa,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 114).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh mengilhami satu perbincangan bermakna dengan menjemput ahli-ahli kelas menjawab satu soalan spesifik atau idea yang berkaitan dengan ayat-ayat suci yang mereka telah baca di rumah. Contohnya, anda boleh jemput mereka untuk kongsikan sesuatu yang mereka belajar minggu ini tentang Bapa Syurgawi atau Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 60:2–3, 7, 13–14; 62:3, 9

Tuhan gembira apabila kita membuka mulut untuk kongsikan Injil.

  • Sebagai ahli gereja, kita tahu bahawa Injil terpulih merupakan kurnia hebat yang memberkati kehidupan anak-anak Tuhan. Jadi mengapa kita segan untuk kongsikan kesaksian kita bersama orang lain? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas senaraikan di atas papan tulis beberapa alasan mengapa mereka tidak ingin membuka mulut dan kongsikan Injil. Ahli-ahli kelas kemudian boleh bacakan Ajaran dan Perjanjian 60:2–3, 7, 13–14; 62:39, mencari kata atau frasa yang memberi ilham untuk mengkongsikan Injil. Mereka boleh menyenaraikan di papan tulis apa yang mereka temui. Mungkin beberapa ahli-ahli kelas boleh kongsikan pengalaman di mana mereka mengatasi ketakutan mereka dan kongsikan Injil dengan orang lain.

  • Di sepanjang Ajaran dan Perjanjian 60–62, terdapatnya ajaran-ajaran, yang dinyatakan atau tersirat, tentang perkongsian Injil. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemui ajaran-ajaran tersebut, anda boleh minta setiap orang untuk mengkaji semula salah satu bahagian tersebut dan kongsikan apa pun yang didapati mengajar tentang perkongsian Injil. Ia mungkin meningkatkan perbincangan untuk membaca tentang penginjil-penginjil yang patut diteladani di bahagian lain dalam ayat suci (lihat, contohnya, Kisah Rasul-Rasul 8:27–40; Alma 19:16–17) dan bincangkan apa yang kita boleh pelajari darinya. Apakah contoh-contoh yang kita boleh kongsikan daripada kehidupan kita? Bolehkah sesiapa dalam kelas anda kongsikan bagaimana mereka diperkenalkan kepada Injil dan bagaimana perasaan mereka tentang orang yang telah mengajar mereka? Kelas anda mungkin bermanfaat daripada lakonan cara-cara di mana kita boleh “membuka mulut [kita]” dan kongsikan Injil.

    Imej
    Penginjil-penginjil di dalam bas

    Tuhan inginkan kita untuk berkongsi Injil dengan orang lain.

Ajaran dan Perjanjian 60:2–4; 61:1–2, 20, 36–38; 62:1, 6

Ayat-ayat suci mengajar kita tentang Yesus Kristus.

  • Jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan di atas papan tulis apa pun perkara yang mereka belajar tentang Juruselamat minggu ini dari pengkajian bahagian 60–62, bersama ayat-ayat yang berkaitan. Atau mereka boleh carikan dalam Ajaran dan Perjanjian 60:2–4; 61:1–2, 20, 36–38; 62:1, 6 untuk mencari perkara yang mengajar tentang Juruselamat. Apakah kisah-kisah dari kitab suci atau kehidupan kita yang menggambarkan peranan dan sifat Juruselamat yang kita telah pelajari? (contohnya, Yohanes 8:1–11; Eter 2:14–15). Anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus atau untuk membayangkannya secara peribadi maksud Dia bagi mereka.

Ajaran dan Perjanjian 60:5; 61:22; 62:5–8

Tuhan inginkan kita untuk membuat keputusan-keputusan “yang kelihatan baik bagi [kita].”

  • Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas membaca Ajaran dan Perjanjian 60:5; 61:22; 62:5–8 secara berpasangan atau kumpulan-kumpulan kecil dan kongsikan apa yang mereka rasa mungkin pesanan Tuhan bagi kita. Bilakah mereka terasa bahawa mereka patut menggunakan pertimbangan sendiri untuk membuat satu keputusan? Pertimbangkan untuk kongsikan penyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” sebagai sebahagian daripada perbincangan anda. Bagaimanakah ibu bapa membantu anak-anak mereka belajar asas-asas penting ini?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Bertindak berdasarkan pertimbangan kita yang terbaik.

Presiden Dallin H. Oaks mengajar:

“Keinginan untuk dibimbing oleh Tuhan merupakan satu kekuatan, tetapi ia harus didampingi dengan pemahaman bahawa Bapa Syurgawi meninggalkan banyak keputusan bagi pilihan-pilihan peribadi kita. Pembuatan keputusan peribadi merupakan salah satu sumber perkembangan yang kita perlu mengalami dalam kefanaan. Mereka yang cuba mengalihkan segala keputusan kepada Tuhan dan merayu untuk wahyu bagi setiap pilihan akan mendapati diri dalam situasi di mana mereka berdoa untuk bimbingan dan tidak menerimanya. Contohnya, ini akan berlaku dalam beberapa situasi di mana pilihan-pilihan adalah remeh atau kesemua pilihan adalah baik.

“Kita harus mengkaji perkara di dalam minda kita, menggunakan kuasa pertimbangan yang Pencipta kita telah berikan kepada kita. Kemudian kita perlu berdoa untuk bimbingan dan bertindak di atas bimbingan yang diterima. Jika kita tidak menerima bimbingan, kita mesti bertindak dengan penghakiman kita yang terbaik” (“Our Strengths Can Become Our Downfall,” Ensign, Okt. 1994, 13–14).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kenali mereka yang bergelutan. Pergelutan-pergelutan mereka yang anda ajar mungkin susah untuk dikesan. Tetapi dengan bantuan Roh dan pemimpin-pemimpin, anda akan ketahui cara terbaik untuk mencapai individu-individu tersebut. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 8–9.)

Cetak