Ajaran dan Perjanjian 2021
14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66: “Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela”


“14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66: ‘Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
satu padang ketika matahari terbit

Daviess County, Missouri

14–20 Jun

Ajaran dan Perjanjian 64–66

“Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela”

Dalam pengkajian anda minggu ini, doa untuk pertimbangkan apa asas-asas dari Ajaran dan Perjanjian 64–66 yang akan meningkatkan iman dan pengetahuan ahli-ahli kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas kongsikan sesuatu yang mereka dapati bermakna dalam pengkajian ayat suci minggu ini, anda boleh minta mereka renungkan cabaran-cabaran yang kita hadapi hari ini. Kemudian jemput mereka untuk kongsikan satu ayat dari Ajaran dan Perjanjian 64–66 yang mereka rasa boleh membantu salah satu daripada cabaran tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 64:1–11

Kita dikehendaki untuk mengampuni semua.

  • Mungkin ahli-ahli kelas bermanfaat untuk membincangkan mengapa mengampuni orang agak susah—dan bagaimana mereka mengatasi kesusahan-kesusahan tersebut. Mereka boleh mencari Ajaran dan Perjanjian 64:1–11 untuk asas-asas dan kebenaran yang mengilhami mereka supaya menjadi lebih mengampuni. Apakah yang kita belajar mengenai Juruselamat dari ayat-ayat ini? Untuk memberi gambaran berkat-berkat pengampunan, anda boleh kongsikan kisah Morrell Bowen dari pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Pelayanan Perdamaian” (Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 77–79). Atau seorang ahli kelas mungkin ingin kongsikan kisah peribadi tentang mengampun atau diampunkan. Bagaimana orang di dalam contoh-contoh tersebut diberkati oleh kuasa pengampunan?

Ajaran dan Perjanjian 64:31–34

Tuhan menginginkan “hati dan suatu fikiran rela” kita.

  • Tuhan tidak inginkan kita “jemu”; namun, adalah lazim bagi orang yang sedang mencuba sedaya upaya—termasuklah, mungkin, beberapa orang dalam kelas anda—menjadi “jemu dalam melakukan yang baik.” Mengapa kejemuan ini berlaku? Apa nasihat yang kita boleh dapati dalam Ajaran dan Perjanjian 64:31–34 yang boleh membantu kita apabila kita rasa susah dengan perasaan sedemikian?

  • Untuk memperkayakan perbincangan anda, mungkin tunjukkan gambar-gambar sesuatu perkara besar dan mengagumkan yang telah dibina dalam jangka masa yang panjang melalui “hal-hal kecil”—seperti kepingan mosaik atau batu bata bangunan. Apakah contoh-contoh “pekerjaan besar” yang Tuhan telah berikan kepada kita? Apakah hal-hal kecil yang kita boleh lakukan sekarang untuk menyediakan landasan bagi pekerjaan itu?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas renung secara mendalam berkenaan Ajaran dan Perjanjian 64:34, anda boleh tuliskan Hati dan Fikiran Rela pada papan tulis. Ahli-ahli kelas boleh senaraikan di bawah tajuk-tajuk itu apa maksudnya untuk memberi hati dan fikiran rela kepada Tuhan. Untuk penjelasan istilah-istilah tersebut, lihat kata-kata Elder Donald L. Hallstrom dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ayat-ayat suci seperti berikut juga boleh memberi gambaran: Mosia 7:33; Eter 4:15; Ajaran dan Perjanjian 43:34; Musa 7:18; Joseph Smith—Sejarah 1:19.

Ajaran dan Perjanjian 65

Kerajaan Tuhan di bumi menyediakan dunia untuk pengembalian Juruselamat.

  • Ajaran dan Perjanjian 65 memberi penjelasan yang mengilhamkan tentang misi Gereja Tuhan di zaman akhir Untuk membantu ahli-ahli kelas lihat bahagian mereka dalam misi ini, anda boleh menjemput mereka untuk mengkaji bahagian 65 dan carikan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan seperti: Apakah yang Tuhan inginkan kerajaan Dia capai di bumi? Apakah yang Dia ingin saya lakukan untuk membantu? Anda juga boleh merujuk kepada pesanan Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas boleh kongsikan bagaimana mereka akan menjawab soalan-soalan Presiden Oaks.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

“Hati dan suatu fikiran yang rela.”

Elder Donald L. Hallstrom mencadangkan maksud frasa “hati dan suatu fikiran yang rela”:

“Hati merupakan lambang kasih dan komitmen. Kita membuat pengorbanan dan memikul beban mereka yang kita kasihi di mana kita tidak akan lakukan bagi sebarang alasan lain. Jika kasih tidak wujud, komitmen kita berkurangan. …

“Mempunyai ‘suatu fikiran yang rela’ melambangkan kita memberi usaha dan fikiran yang terbaik dan mencari kebijaksanaan Tuhan. Ia mencadangkan bahawa pengkajian sepanjang hidup patut ditumpukan kepada perkara yang abadi. Ia bermaksud keharusan perhubungan yang tidak boleh dipadam di antara mendengar firman Tuhan dan mematuhinya” (“The Heart and a Willing Mind,” Ensign, Jun 2011, 31–32).

Persediaan untuk Kedatangan Kedua.

“Apakah akan jadi jika hari kedatangan [Yesus Kristus] ialah esok? Jika kita tahu bahawa kita akan bertemu dengan Tuhan esok—akibat kematian awal atau kedatangan Dia yang tidak disangka—apakah yang akan kita lakukan hari ini? Apakah pengakuan-pengakuan yang kita akan lakukan? Apakah amalan yang kita akan hentikan? Apakah hutang yang akan kita selesaikan? Apakah pengampunan yang kita akan hulurkan? Apakah kesaksian yang kita akan berikan?” (Dallin H. Oaks, “Preparation for the Second Coming,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 9).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dapatkan kekuatan daripada Juruselamat. “Dalam usaha anda untuk hidup dan mengajar lebih seperti Juruselamat, anda pasti akan mempunyai kekurangan pada masa tertentu. Jangan menjadi kecewa; sebaliknya, biarkan kesilapan dan kelemahan anda berpaling anda kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat” (Teaching in the Savior’s Way,14).

Cetak