Ajaran dan Perjanjian 2021
21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70: “Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi”


“21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70: “Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
revelation manuscript book in display case

21–27 Jun

Ajaran dan Perjanjian 67–70

“Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi”

Bersedia untuk mengajar bermaksud lebih daripada apa yang anda fikir anda akan kata atau lakukan sebagai pengajar. Ia juga patut termasuk menimbangkan apa yang pelajar-pelajar boleh lakukan untuk mengajar satu sama lain. Bagaimanakah anda menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsikan pengalaman atau pandangan yang mereka dapati dari membaca ayat-ayat suci tersebut?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh tuliskan di atas papan tulis Minggu ini Tuhan telah mengajar saya … dan jemput ahli-ahli kelas untuk lengkapkan ayat itu dengan sesuatu yang mereka telah pelajari.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 67:1–9

Wahyu-wahyu yang diberi melalui Joseph Smith adalah benar dan datang daripada Tuhan.

  • Memahami sejarah latar belakang Ajaran dan Perjanjian 67 boleh membantu perbincangan berkenaan bahagian ini. Seorang ahli kelas mungkin boleh merumuskan keadaan yang telah menyebabkan wahyu ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 67, pengenalan bahagian; Orang suci, 1:140–43). Jika kita berada di pertemuan di mana penerbitan wahyu-wahyu sedang dibincangkan, apakah alasan-alasan yang kita boleh beri untuk menyokong idea itu? Apakah yang boleh kita katakan kepada mereka yang bimbang tentang ketidaksempurnaan bahasa Joseph Smith? Apakah yang diajar dalam bahagian 67 tentang nabi-nabi dan wahyu? Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan bagaimana mereka mendapat tahu untuk diri mereka sendiri bahawa wahyu-wahyu tersebut adalah benar.

Ajaran dan Perjanjian 68:1–6

Kata-kata terilham hamba-hamba Tuhan adalah firman Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas membincangkan Ajaran dan Perjanjian 68:1–6, anda boleh jemput mereka untuk bacakan ayat-ayat berikut dalam kumpulan-kumpulan kecil dan kongsi bersama satu sama lain kebenaran yang dipelajari tentang ajaran-ajaran hamba-hamba Tuhan. Jemput kumpulan-kumpulan untuk kongsi bersama bagaimana mereka tahu asas-asas yang diajar dalam ayat 4 adalah benar. Ahli-ahli kelas boleh kongsikan pengalaman apabila mereka bercakap atau mengajar dengan “diilhami oleh Roh Kudus” (ayat 3) dan bagaimana Tuhan berdiri di sisi mereka (lihat ayat 6).

  • Jika anda ingin bincangkan bagaimana ayat-ayat tersebut diaplikasikan dalam ajaran-ajaran hamba Tuhan di persidangan umum, kenyataan Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin boleh membantu. Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan pesanan persidangan baru-baru ini yang telah memperkukuhkan iman mereka terhadap ajaran yang didapati dalam ayat-ayat tersebut.

Ajaran dan Perjanjian 68:25–31

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka.

  • Adakah terdapatnya ibu bapa dalam kelas anda—atau mereka yang akan menjadi ibu bapa? Ia mungkin akan memanfaatkan mereka untuk bercakap tentang nasihat Tuhan kepada ibu bapa dalam bahagian 68. Contohnya, mungkin beberapa ibu bapa dalam kelas boleh memilih asas-asas dari ayat 25–28 dan bincangkan bagaimana mereka cuba mengajar perkara-perkara tersebut kepada anak-anak mereka (ayat 29–31 juga mempunyai asas-asas penting). Atau ahli-ahli kelas boleh bercakap tentang bagaimana ibu bapa mereka telah mengajar asas-asas Injil kepada mereka.

    Mengapakah rumah merupakan tempat yang terbaik untuk kanak-kanak belajar mengenai Injil? Apakah yang kita boleh katakan kepada ibu bapa yang berasa tidak memadai atau lemas terhadap tugas untuk mengajar anak-anak mereka?

    Imej
    keluarga sedang belajar

    Tuhan telah memberi ibu bapa tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka.

Ajaran dan Perjanjian 70:1–4

Kita bertanggungjawab terhadap wahyu-wahyu yang Tuhan telah berikan kepada kita.

  • Tuhan telah berikan beberapa saudara tertentu pengawasan terhadap wahyu-wahyu untuk dibawa ke Missouri dan menyelia penerbitannya. Dari segi apakah kita boleh lihat diri kita sebagai pengawas wahyu-wahyu? Apakah ajaran-ajaran lain dari bahagian ini berkenaan pengawasan yang boleh diaplikasikan kepada kita?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Tuhan berfirman kepada kita hari ini.

Elder Jeffrey R. Holland telah berkongsi bagaimana asas yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 68:4 berguna terhadap persidangan umum: “Saya meminta anda untuk kaji semula di hari-hari yang akan datang bukan sahaja pesanan-pesanan yang anda telah dengar tetapi juga fenomena unik persidangan umum—apa kita sebagai Orang Suci Zaman Akhir percayai tentang persidangan-persidangan dan apa yang kita jemput dunia untuk dengar dan perhati tentangnya. Kita bersaksi kepada setiap negara, kaum, bahasa, dan bangsa bahawa Tuhan bukan hanya hidup tetapi Dia juga berfirman, untuk zaman kita dan nasihat yang anda telah dengar, di bawah arahan Roh Kudus, ‘kehendak Tuhan, … firman Tuhan, … suara Tuhan, dan kuasa Tuhan pada keselamatan’ [Ajaran dan Perjanjian 68:4]” (“An Ensign to the Nations,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 111).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu pelajar mengangkat satu sama lain. “Setiap individu dalam kelas anda adalah sumber kesaksian, pandangan, dan pengalaman yang kaya dengan amalan Injil. Jemputlah mereka untuk berkongsi dan mengangkat satu sama lain” (Teaching in the Savior’s Way,5).

Cetak