Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71–75: “Tidak Ada Senjata yang Dibentuk untuk Menentangmu yang Akan Berjaya”


“28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71-75: ‘Tidak Ada Senjata yang Dibentuk untuk Menentangmu yang Akan Berjaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71-75,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Yesus dengan domba

Berharga bagi Gembala, oleh Simon Dewey

28 Jun–4 Julai

Ajaran dan Perjanjian 71–75

“Tidak Ada Senjata yang Dibentuk untuk Menentangmu yang Akan Berjaya”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 71–75, fikirkan tentang mereka yang anda ajari. Apakah yang anda tahu tentang mereka? Apakah yang mereka perlukan?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan beberapa kebenaran yang mereka dapati dari pengkajian mereka dalam Ajaran dan Perjanjian 71–75. Apakah pengalaman yang mereka miliki tentang kebenaran-kebenaran ini?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 71

Kita boleh mengikut dorongan Roh Kudus apabila kita mempertahankan kepercayaan kita.

  • Pernahkah kita berasa takut atau gementar untuk mempertahankan kepercayaan kita? Mungkin anda boleh jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan di atas papan tulis kata-kata atau frasa yang didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 71 yang menjelaskan bagaimana Tuhan menyuruh Joseph dan Sidney untuk membalas kritikan Ezra Booth dan yang lain-lain. Ahli-ahli kelas kemudian harus bincangkan dalam kumpulan-kumpulan kecil apa semua itu bermaksud bagi kita hari ini. Mengapakah ia penting bagi kita untuk bertindak “menurut sebahagian daripada Roh” yang Tuhan telah berikan kepada kita? (ayat 1).

    Mereka mungkin juga boleh kongsikan bagaimana Juruselamat membalas pengkritik-pengkritik Dia (untuk contoh, lihat Matius 22:15–22; 26:59–64; Yohanes 10:37–38).

Ajaran dan Perjanjian 72:8–16

Para uskup adalah pengawas urusan-urusan rohani dan kefanaan kerajaan Tuhan.

  • Bagaimanakah arahan Tuhan kepada Newel K. Whitney, apabila dia dipanggil untuk menjadi uskup di Kirtland, membantu mereka yang anda ajar menghargai uskup-uskup yang telah dipanggil untuk melayan mereka? Anda boleh minta ahli-ahli kelas untuk carikan Ajaran dan Perjanjian 72:8–16, mencari beberapa tanggungjawab Uskup Whitney dan bandingkannya dengan tanggungjawab uskup-uskup hari ini (lihat penjelasan Presiden Gordon B. Hinckley tentang tanggungjawab seorang uskup di dalam “Sumber-sumber Tambahan”. Ahli-ahli kelas mungkin boleh kongsikan bagaimana mereka telah diberkati oleh layanan seorang uskup. Bagaimanakah kita boleh menyokong uskup dengan sepenuhnya?

    Imej
    tong dan karung yang berisi makanan

    Uskup membantu ahli-ahli memenuhi keperluan duniawi mereka.

Ajaran dan Perjanjian 73

Kita boleh mencari peluang untuk berkongsikan Injil.

  • Tuhan memerintah Joseph Smith dan Sidney Rigdon untuk menghkhutbahkan Injil “sejauh mana ia dapat dilaksanankan” (Ajaran dan Perjanjian 73:4) sambil juga menterjemahkan kitab Suci. Ahli-ahli kelas mungkin boleh kongsikan cara-cara yang mereka dapati boleh “dilaksanakan”—atau realistik—untuk kongsikan Injil bersama tanggungjawab mereka yang lain. Mereka mungkin mendapat nasihat penting dalam pesanan Elder Dieter F. Uchtdorf“Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda” (Ensign atau Liahona, Mei 2019, 15–18).

Ajaran dan Perjanjian 75:2–16

Tuhan inginkan kita “bekerja dengan daya [kita].”

  • Arahan-arahan Tuhan kepada beberapa orang penatua tentang bagaimana perkongsian Injil boleh mengilhami ahli-ahli kelas untuk kongsikan Injil dengan lebih tekun. Anda boleh tuliskan di atas papan tulis Bekerja dengan dayamu dan minta ahli-ahli kelas untuk senaraikan kata-kata dan frasa-frasa yang datang ke minda apabila mereka bayangkan seseorang yang bekerja dengan dayanya dalam mengkongsikan Injil. Mereka juga boleh bincangkan maksud “berlengah-lengah” atau “bermalas-malasan” dalam mengkongsikan Injil. Apakah Ajaran dan Perjanjian 75:2–16 mengajar kita tentang bagaimana Juruselamat menyokong mereka yang melayannya dengan penuh iman?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Tanggungjawab-tanggungjawab seorang uskup.

Presiden Gordon B. Hinckley mengajarkan:

“Hati saya amat bersyukur terhadap uskup-uskup kita. Saya amat bersyukur terhadap wahyu Maha Kuasa di mana jawatan ini dicipta dan berfungsi. …

“… Kami mengharapkan anda untuk berlaku sebagai pengerusi imam tinggi bahagian, penasihat kepada orang, mempertahan dan membantu mereka yang kesusahan, menghiburkan mereka yang berdukacita, pembekal kepada mereka yang memerlukannya. Kami mengharapkan anda untuk berlaku sebagai penjaga dan pelindung ajaran yang diajar dalam bahagian anda, kualiti pengajaran itu, mengisi jawatan-jawatan yang diperlukan. …

“… Anda memastikan tiada yang kelaparan atau tidak berpakaian atau tempat perlindungan. Anda harus ketahui situasi semua mereka yang dipimpin anda.

“Anda harus menjadi penghibur dan membimbing orang anda. Pintu anda harus sentiasa terbuka bagi sesiapa yang berdukacita. Tulang belakang anda haruslah kuat untuk berkongsikan beban-beban mereka. Anda harus mencapai dengan kasih termasuklah kepada mereka yang membuat salah” (“The Shepherds of the Flock,” Ensign, Mei 1999, 52–53).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjadi pengajar seperti Kristus. Pertimbangkan menggunakan soalan penilaian diri di halaman 37 dalam Teaching in the Savior’s Way untuk membantu anda belajar bagaimana untuk mengajar lebih seperti Juruselamat.

Cetak