Ajaran dan Perjanjian 2021
5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76: “Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka”


“5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76: ‘Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
galaksi di angkasa lepas

Perlindungan, oleh Shaelynn Abel

5–11 Julai

Ajaran dan Perjanjian 76

“Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka”

Seperti banyak penglihatan yang direkod dalam kitab suci, penglihatan dalam bahagian 76 datang kepada Joseph Smith dan Sidney Rigdon apabila mereka “merenungkan tentang” tulisan suci (ayat 19). Anda juga boleh menerima wahyu—termasuklah bimbingan tentang bagaimana untuk mengajar—apabila anda merenungkan Ajaran dan Perjanjian 76.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas bincangkan tentang apa yang mereka baca dalam Ajaran dan Perjanjian 76, anda boleh jemput mereka untuk bayangkan seorang kawan dari kepercayaan lain bertanyakan apa yang kita percaya tentang kehidupan selepas kematian. Apakah ayat-ayat dari bahagian 76 yang mereka akan kongsikan dengan rakan mereka?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 76

Keselamatan datang melalui Yesus Kristus, Putera Tuhan.

  • Ramai orang, apabila mereka fikirkan bahagian 76, memikirkan tentang rancangan keselamatan dan tiga kerajaan kemuliaan. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas melihat bahawa pusat rajah wahyu ini ialah Juruselamat Yesus Kristus? Anda juga boleh minta ahli-ahli kelas untuk kongsikan satu ayat yang didapati dalam bahagian 76 yang memperkukuhkan kepercayaan mereka terhadap Yesus Kristus. Jika mereka memerlukan bantuan, anda boleh tunjukkan mereka ayat-ayat seperti 1–5, 20–24, 39–43, 69, 107–8.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas meneroka perbezaan di antara mereka yang mewarisi tiga kerajaan kemuliaan, tuliskan di atas papan tulis Selestial, ayat 50–70, 92–96; Terestrial, ayat 71–79, 97; dan Telestial, ayat 81–90, 98–106, 109–12. Ahli-ahli-ahli kelas boleh memilih salah satu daripada tiga set ayat dan carikan frasa yang menggambarkan perhubungan di antara Yesus Kristus dan orang yang mewarisi kerajaan yang berkenaan. Apakah frasa-frasa tersebut mengajar kita sebagai pengikut-pengikut Yesus Kristus? Bagaimanakah kita boleh memperkukuhkan perhubungan kita bersama Dia dan bersama Bapa? Bagaimanakah Mereka menghulur bantuan kepada kita? Apakah maksudnya untuk menjadi “berani dalam kesaksian tentang Yesus”? (ayat 79).

    Imej
    bilik dalam rumah dari abad ke-sembilan belas

    Joseph Smith mendapat penglihatan tentang taraf-taraf kemuliaan dalam bilik seperti tersebut.

Ajaran dan Perjanjian 76:5–10, 113–18

Misteri Tuhan hanya boleh “difahami melalui kuasa Roh Kudus.”

  • Ia mungkin menarik bagi ahli-ahli kelas anda untuk ketahui bahawa tidak semua ahli-ahli Gereja menerima wahyu dalam bahagian 76 dengan mudah. Contohnya, Brigham Young telah berkata: “Oleh kerana tradisi saya, apabila Penglihatan datang buat pertama kalinya kepada saya, ia secara langsungnya bercanggah dan menentang pendidikan saya sebelum ini. Saya berkata, Tunggu sekejap. Saya tidak menolaknya; namun saya tidak memahaminya.” Dia menjelaskan bahawa dia perlu “fikirkan dan berdoa, untuk membaca dan berfikir, sehinggalah saya tahu dan memahami sepenuhnya bagi diri saya sendiri” (dalam “The Vision,” Revelations in Context, 150). Apakah yang kita pelajari dari pengalaman dia yang boleh membantu kita apabila Tuhan mengungkapkan perkara yang berbeza daripada pemahaman semasa kita? Apakah Ajaran dan Perjanjian 76:5–10, 113–18 ajarkan kita tentang bagaimana kita boleh menerima “rahsia-rahsia kehendak [Tuhan]”? (ayat 10).

Ajaran dan Perjanjian 76:50–70, 92–95

Tuhan inginkan kita semua untuk menikmati kemuliaan selestial bersama Dia.

  • Bagi beberapa orang, ia mungkin tidak menggalakkan atau melemaskan untuk memikirkan segala yang diperlukan supaya kita layak ke kerajaan selestial. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu ahli-ahli kelas memperoleh harapan “melalui Yesus pengantara” (ayat 69). Contohnya, anda boleh menjemput mereka untuk bacakan ayat-ayat 50–70 dan 92–95. Jemput mereka untuk kongsikan bagaimana mereka mungkin membalas seseorang yang berkata, “Mengamalkan Injil hari ini sangat susah; saya tidak pasti jika ia berbaloi” atau “Saya tidak layak untuk masuk kerajaan selestial.” Apakah yang kita boleh kata untuk mengilhami atau menggalakkan orang ini?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tumpukan kepada Juruselamat dan ajaran Dia. “Tanya diri sendiri secara berterusan, ‘Bagaimana apa yang saya ajar membantu ahli-ahli kelas saya membina iman dalam Kristus, bertaubat, membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan, dan menerima Roh Kudus?’” (Teaching in the Savior’s Way, 20).

Cetak