Ajaran dan Perjanjian 2021
19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83: Di Mana “Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut”


“19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83: Di Mana “Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Kristus dan pemerintah muda yang kaya

Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya, oleh Heinrich Hoffman

19–25 Julai

Ajaran dan Perjanjian 81–83

Di Mana “Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut”

Ingat bahawa ahli-ahli kelas anda memperoleh pengalaman-pengalaman rohani apabila mereka mengkaji ayat-ayat suci di rumah. Berdoa untuk pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu mereka berkongsikan pengalaman-pengalaman untuk mengangkat satu sama lain.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk memilih satu frasa dari setiap bahagian berikut yang akan menjadi tajuk baik bagi bahagian itu: Ajaran dan Perjanjian 81, 82, dan 83. Mengapa mereka memilih tajuk-tajuk tersebut?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 81:5; 82:18–19

Kita harus mencari “kepentingan [kita] sesama.”

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan soalan-soalan untuk direnungkan tentang Ajaran dan Perjanjian 81:5. Ini juga boleh memberi soalan-soalan perbincangan yang baik bagi kelas anda. Juga pertimbangkan untuk kongsikan satu pengalaman peribadi di ketika anda berasa “lemah” dalam satu segi dan layanan seseorang yang telah mengangkat atau memperkuatkan anda. Ahli-ahli kelas mungkin mempunyai pengalaman sendiri yang serupa. Anda juga mungkin kongsikan penyataan Presiden M. Russell Ballard dalam “Sumber-sumber Tambahan.”

  • Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas mengkaji Ajaran dan Perjanjian 82:18–19, mencarikan asas-asas yang membantu mereka memahami tujuan-tujuan dan berkat-berkat melayani orang. Kemudian biarkan mereka kongsikan apa yang mereka belajar. Bagaimanakah ahli-ahli bahagian Uskup Monson meneladani ajaran ayat 18–19 ?

Ajaran dan Perjanjian 82:8–10

“Aku, Tuhan, terikat apabila kamu melakukan apa yang Aku firmankan.”

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas faham perhubungan di antara kepatuhan rela kita dan janjian berkat Tuhan, anda boleh baca Ajaran dan Perjanjian 1:37–38; 82:10; 130:20–21 bersama atau dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Apakah yang ayat-ayat suci ini mengajar kita tentang Tuhan? Mungkin ahli-ahli kelas boleh senaraikan kata-kata yang menghuraikan ciri-ciri Dia, berdasarkan ayat-ayat tersebut.

  • Setelah membaca ayat 10, ahli-ahli kelas boleh bincangkan tentang apa janjian Tuhan kepada kita dan bagaimana Tuhan memenuhi janji-janji Dia. Kisah oleh Sister Virginia H. Pearce yang didapati dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu ahli-ahli kelas melihat bahawa Tuhan memberkati kita berdasarkan kebijaksanaan Dia, bukanlah cara yang kita ingini atau harapkan.

  • Apakah yang kita belajar dari Ajaran dan Perjanjian 82:8–10 tentang mengapa Bapa Syurgawi memberikan kita perintah-perintah? Ahli-ahli kelas mungkin boleh carikan pandangan melalui ayat-ayat tersebut untuk membantu seorang rakan atau anak yang memikirkan bahawa perintah-perintah menyekatkan. Atau mereka boleh kongsikan pengalaman-pengalaman yang telah mengajar mereka untuk melihat perintah-perintah sebagai berkat.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Ibadah yang murni.

Presiden M. Russell Ballard telah mengajar:

“Dalam penganutan kita, kita mempunyai banyak permintaan, kebimbangan, dan tugas. Tetapi, beberapa aktiviti mesti menjadi pusat keahlian kita dalam Gereja. ‘Kerana itu,’ Tuhan memerintah, ‘setialah; berdirilah pada jawatan yang telah Aku tetapkan kepadamu; sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkanlah lutut-lutut yang lemah’ [Ajaran dan Perjanjian 81:5; huruf miring ditambahkan].

“Inilah tindakan Gereja! Inilah agama yang sejati! Ini Injil dalam erti kata yang sebenar semasa kita menyokong, mengangkat, dan menguatkan mereka yang perlu secara rohani serta duniawi! Melakukan demikian memerlukan kita untuk melawat dan menolong mereka [lihat Yakobus 1:27], supaya kesaksian iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya akan ditetapkan dalam hati mereka” (“Kurnia Tuhan Yang Berharga,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 11).

Tuhan memberkati kita melalui cara Dia yang mengagumkan.

Sister Virginia H. Pearce, bekas ahli Presidensi Umum Remaja Puteri, berkongsi kisah seorang wanita yang risaukan anak-anaknya yang tidak patuh. Dia bercita-cita tinggi dengan meningkatkan kehadiran bait suci dan berasa pasti bahawa Tuhan akan memuliakan pengorbanan ini dengan mengubah hati anak-anak dia. Wanita itu melaporkan:

“Setelah sepuluh tahun peningkatan kehadiran bait suci dan doa sentiasa, saya menyesal untuk berkata bahawa pilihan anak-anak saya tidak berubah. …

“Tetapi saya berubah. Saya seorang wanita yang berbeza. … Saya telah melepaskan had masa diri dan boleh mengikut masa Tuhan. … Harapan saya telah berubah. Sebalik mengharapkan anak-anak saya untuk berubah, saya mengharapkan belas kasihan yang kerap dan saya amat bersyukur baginya. … Tuhan bekerja dalam cara-cara yang mengagumkan, dan saya dipenuhi kedamaian yang tidak boleh difahami” (dalam “Prayer: A Small and Simple Thing,” At the Pulpit [2017], 288–89).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput para remaja untuk terlibat dalam pelajaran anda. Berikan peluang kepada para remaja untuk mengajar satu sama lain. Mendengar kesaksian atau pengalaman sesama boleh mendorongkan. Jika perlu, bantu para remaja bersedia untuk mengajar, dan tunjukkan kepada mereka apakah maksudnya untuk mengajar cara Juruselamat (lihat Teaching in the Savior’s Way, 27–28).

Cetak