Ajaran dan Perjanjian 2021
26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84: “Kuasa Ketuhanan”


“26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84: ‘Kuasa Ketuhanan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Joseph Smith menerima Imamat Melkisedek

Pemulihan, oleh Liz Lemon Swindle

26 Julai–1 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 84

“Kuasa Ketuhanan”

Apakah yang akan anda lakukan untuk menjemput ahli-ahli kelas kongsikan apa yang mereka telah belajar ketika mengkaji Ajaran dan Perjanjian 84?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan bersama ahli kelas lain satu kebenaran yang mereka dapati dalam bahagian 84 yang mengilhami mereka atau membantu mereka lebih memahami imamat Tuhan. Kemudian jemput beberapa orang untuk berkongsi dengan kelas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 84:1–5, 17–28, 31–42

Kita semua mempunyai akses kepada kuasa imamat dan berkat Tuhan.

  • Tuhan memulakan “wahyu tentang imamat” (Ajaran dan Perjanjian 84, pengenalan bahagian) dengan mengajar bahawa satu bait suci akan di bina di Sion (lihat ayat 1–5). Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas faham perhubungan di antara tujuan kudus bait suci dan imamat? Anda boleh bermula dengan menuliskan satu soalan di papan tulis seperti Apakah tujuan-tujuan imamat? dan kemudian menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan di dalam Ajaran dan Perjanjian 84:17–28, 31–42. Bagaimanakah bait suci dan tatacara Injil bait suci membantu mencapai tujuan-tujuan tersebut?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas faham kuasa imamat dalam kehidupan mereka, anda boleh menjemput mereka untuk baca Ajaran dan Perjanjian 84:17–28 dan pertimbangkan bagaimana kehidupan mereka akan berbeza tanpa imamat Tuhan. Galakkan mereka untuk kongsikan mengapa mereka bersyukur untuk imamat, serta pengalaman yang mereka lalui dengan kuasa imamat—di dalam keluarga, panggilan, atau kehidupan peribadi. Bagaimanakah kita boleh memperoleh kuasa imamat?

  • Sumpah dan perjanjian imamat (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:31–42) mempunyai aplikasi khas bagi mereka yang ditahbiskan ke jawatan imamat. Tetapi banyak berkat yang dijanjikan di dalam ayat-ayat tersebut tersedia untuk semua. Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana janji-janji tersebut berguna bagi mereka, anda boleh minta mereka untuk membaca ayat 33–42 dan bincangkan cara-cara kita boleh “menerima” imamat itu (ayat 35), hamba-hamba Tuhan, dan Tuhan. Mereka juga boleh membaca penyataan-penyataan di dalam “Sumber-sumber Tambahan” untuk mendapat tahu apakah yang kita perlu lakukan untuk menerima berkat-berkat imamat. Anda mungkin boleh membantu ahli-ahli kelas fikirkan apa yang termasuk dalam “segala yang Bapa miliki” (ayat 38), seperti sifat-sifat Dia dan jenis kehidupan yang Dia nikmati. Apakah lagi yang mengagumkan kita tentang ayat-ayat dan penyataan-penyataan tersebut?

    Imej
    seorang wanita sedang mengambil sakramen

    Tatacara Injil imamat memberkati semua anak-anak Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 84:61–88

Tuhan akan menyokong mereka yang melayan Dia.

  • Walaupun ayat-ayat tersebut dituju kepada mereka yang “akan pergi dan mengkhutbahkan Injil kerajaan ini” (ayat 80), banyak asas-asas yang didapati boleh diaplikasikan kepada sesiapa yang melayan Tuhan. Anda boleh berikan setiap ahli kelas sebahagian Ajaran dan Perjanjian 84:61–88 untuk dibaca dan minta mereka kongsikan bersama ahli kelas lain apa yang dipelajari boleh diaplikasikan kepada sesiapa yang melayan Tuhan. Ahli-ahli kelas boleh memilih satu ayat kegemaran atau sekumpulan ayat-ayat untuk dihafal atau dipamerkan di mana mereka akan melihatnya setiap hari. Apakah janji-janji yang paling mengujakan bagi mereka? Apakah yang kita boleh kongsikan dalam ayat-ayat berikut untuk mengilhami penginjil-penginjil sepenuh masa atau mereka yang bersedia untuk melayan?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Semua boleh menerima segala yang Bapa miliki.

Presiden M. Russell Ballard telah mengajar: “Semua yang membuat perjanjian kudus bersama Tuhan dan menghormati perjanjian itu menjadi layak untuk menerima wahyu peribadi, untuk diberkati oleh pelayanan para malaikat, untuk bercakap dengan Tuhan, menerima Injil yang dipulihkan, dan akhirnya, untuk menjadi pewaris bersama Yesus Kristus bagi semua yang Bapa memiliki” (“Men and Women and Priesthood Power,” Ensign, Sept. 2014, 32).

Presidensi pertama Lembaga Pertolongan Pancang Salt Lake pada tahun 1878 telah menulis: “Kami amat bersyukur bahawa melalui berkat daripada Bapa Syurgawi kita, kita, hamba-hamba Dia telah dipanggil untuk menjadi pekerja bersama para saudara kita dalam pembinaan kerajaan Tuhan di bumi, membantu membina bait suci, di mana kita boleh menerima berkat-berkat buat sekarang dan selama-lamanya. Dalam segala tatacara Injil yang diterima di Rumah Tuhan, wanita berdiri di sebelah lelaki, mereka yang hidup dan juga yang telah meninggal, menunjukkan bahawa lelaki bergantung kepada wanita dan wanita bergantung kepada lelaki dalam Tuhan” (Mary Isabella Horne, Elmina S. Taylor, dan Serepta M. Heywood, “To the Presidents and Members of the Relief Society of Salt Lake Stake of Zion, Greeting!Woman’s Exponent, Jan. 15, 1878, 123).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dasarkan pengajaran anda terhadap ajaran. Pastikan perbincangan kelas anda tertumpu kepada ajaran asas tulisan suci. Anda dapat melakukan ini dengan meminta ahli-ahli kelas untuk membaca tulisan suci dan kemudian berkongsi kebenaran yang mereka temui, dan juga pengalaman mengikuti kebenaran tersebut. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 20–21.)

Cetak