Ajaran dan Perjanjian 2021
16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92: “Suatu Asas Dengan Janji”


“16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92: ‘Suatu Asas Dengan Janji’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
seorang lelaki dan seorang wanita sedang menyediakan makanan

16–22 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 89–92

“Suatu Asas Dengan Janji”

Apabila anda membuat persediaan untuk mengajar, pertimbangkan asas-asas yang menarik perhatian anda ketika mengkaji bahagian 89–92 minggu ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikut ialah soalan-soalan yang anda boleh gunakan untuk menggalakkan ahli-ahli kelas berkongsi sesuatu daripada pengkajian ayat suci mereka: Apakah yang anda telah baca minggu ini membantu memperkukuhkan kepercayaan anda terhadap Yesus Kristus? terhadap panggilan kenabian Joseph Smith? Apakah yang anda telah baca membantu anda memahami lebih rancangan Tuhan bagi anak-anak Dia?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 89

Kata-kata Bijaksana merupakan satu “asas dengan janji.”

  • Ramai orang melihat Kata-kata Bijaksana hanya sebagai satu senarai “boleh” dan “tidak boleh.” Untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan asas-asas berkenaan arahan ini, jemput mereka untuk mencari Ajaran dan Perjanjian 89 dengan soalan-soalan berikut di minda: Mengapakah Tuhan memberikan kita Kata-kata Bijaksana? Apakah wahyu ini mengajar kita tentang Bapa Syurgawi dan rancangan Dia bagi kita? Kenyataan di dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin dapat membantu. Jika anda berasa ia akan memanfaatkan ahli-ahli kelas, anda boleh menjemput mereka untuk senaraikan di atas papan tulis upacara-upacara sihat dan berbahaya yang Tuhan telah kenalpastikan dalam Ajaran dan Perjanjian 89:5–17. Mereka boleh kaji semula “Kesihatan Fizikal dan Emosi” dalam Untuk Kekuatan Remaja (25–27) dan tambahkan ke dalam senarai bersama perkara lain yang mereka jumpai. Bagaimanakah janji-janji dalam ayat 18–21 telah dimakbulkan dalam kehidupan kita?

  • Berikut satu cara lain untuk membantu ahli-ahli kelas membincangkan asas-asas Kata-kata Bijaksana. Anda boleh bahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan minta setiap kumpulan untuk baca bahagian 89, mencari jawapan-jawapan bagi salah satu soalan berikut: Apakah asas yang boleh memberi galakkan kepada seseorang yang rasa susah dalam kepatuhan terhadap Kata-kata Bijaksana? Apakah asas-asas yang boleh membantu kita supaya tidak menghakimi mereka yang menghadapi kesusahan untuk mematuhinya? Apakah asas-asas yang boleh menghiburkan kita apabila kita mempunyai masalah kesihatan walaupun kita mematuhi Kata-kata Bijaksana? Sebagai sebahagian daripada aktiviti ini, anda boleh kongsikan pengalaman Presiden Dieter F. Uchtdorf ketika berlatih untuk menjadi juruterbang tentera (lihat “Continue in Patience,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 58). Galakkan ahli-ahli kelas untuk bayangkan sesuatu yang mereka berasa tertarik untuk lakukan ketika perbincangan, dan berikan mereka masa untuk menuliskan bayangan mereka.

    Imej
    kanak-kanak lelaki berlari di tepi pantai

    Tuhan mengungkapkan Kata-kata Bijaksana untuk membantu anak-anak Dia.

Ajaran dan Perjanjian 90:1–17

Presidensi Utama memegang “kunci-kunci kerajaan.”

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan ahli-ahli untuk mencarikan Ajaran dan Perjanjian 90:1–17 untuk belajar tentang Presidensi Utama. Anda boleh tanyakan ahli-ahli kelas untuk kongsikan apa yang mereka telah belajar di rumah daripada aktiviti ini, atau anda boleh carikan ayat-ayat tersebut secara satu kelas. Ahli-ahli kelas juga boleh mencari frasa-frasa dalam “Mari Dengar Suara Nabi” (Nyanyian Rohani, no. 9) atau lagu lain tentang para nabi yang berkaitan dengan ajaran dalam ayat-ayat tersebut. Bagaimanakah layanan Presidensi Utama telah membantu anda kenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 91

“Roh menyatakan kebenaran.”

  • Dalam dunia hari ini, kita terdedah kepada pesanan-pesanan yang mengandungi “banyak hal … yang benar” dan “banyak hal … yang tidak benar” (ayat-ayat 1–2). Jemput ahli-ahli kelas untuk lihat di dalam bahagian 91 untuk nasihat berkenaan Deuterokanonika yang boleh membantu mereka membezakan kebenaran pesanan yang mereka terima. Apakah contoh-contoh yang mereka boleh kongsikan tentang bagaimana Roh telah membantu mereka membezakan kebenaran?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kata-Kata Bijaksana.

Presiden Boyd K. Packer telah mengajar”

“Kata-kata Bijaksana ‘diberikan sebagai suatu asas dengan janji’ [Ajaran dan Perjanjian 89:3]. Perkataan asas di dalam wahyu adalah sesuatu yang amat penting. Suatu asas adalah kebenaran yang abadi, suatu hukum, suatu peraturan yang anda boleh ikut untuk membimbing anda membuat keputusan. Asas-asas umum tidak dijelaskan dengan terperinci. Ia membolehkan anda bebas untuk mencari jalan ke kebenaran abadi, suatu asas, suatu pauh.

“Ahli-ahli menulis dan bertanya jika ini atau itu melawan Kata-kata Bijaksana. Adalah amat jelas bahawa teh, kopi, minuman keras, dan merokok adalah dilarang. Ia tidak dijelaskan secara terperinci. Namun, kita mengajar asas bersama dengan berkat-berkat yang dijanjikan. Terdapatnya banyak pembentuk tabiat, benda-benda yang menagih boleh diminum atau kunyah atau disedut atau dicucuk yang mencederakan badan dan roh yang tidak disebut dalam wahyu itu. …

“Hormati asas Kata-kata Bijaksana dan anda akan menerima berkat-berkat yang dijanjikan” (“The Word of Wisdom: The Principle and the Promises,” Ensign, Mei 1996, 17–18).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan kesaksian dengan kerap. Kesaksian kebenaran rohani anda yang sederhana dan ikhlas mempunyai dorongan yang berkuasa terhadap mereka yang anda ajar. Kesaksian anda tidak perlu panjang lebar. Mungkin, sebagai contoh, hanya satu kesaksian tentang berkat mudah yang anda terima akibat mematuhi Kata-kata Bijaksana. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 35.)

Cetak