Ajaran dan Perjanjian 2021
9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88: “Tubuhkanlah … Rumah Tuhan”


“9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88: ‘Tubuhkanlah … Rumah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
bilik yang mengandungi kerusi dan bangku

9–15 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 88

“Tubuhkanlah … Rumah Tuhan”

Sebagai seorang pengajar Injil, anda mempunyai tanggungjawab untuk membantu kelas anda “mengajarkan satu sama lain ajaran kerajaan” dan “kata-kata kebijaksanaan” (Ajaran dan Perjanjian 88:77, 118). Di samping berkongsikan perkara-perkara yang anda diilhami untuk mengajar dari Ajaran dan Perjanjian 88, galakkan ahli-ahli kelas untuk mengajar satu sama lain apa yang mereka telah belajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kadangkala sebuah gambar boleh mendorongkan perkongsian. Anda boleh tunjukkan satu gambar cabang zaitun (atau lukiskan di atas papan tulis) dan jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan ayat-ayat dari Ajaran dan Perjanjian 88 yang membantu mereka faham mengapa Joseph Smith mungkin telah memanggil wahyu ini satu “‘daun zaitun’ … , pesanan kedamaian Tuhan kepada kita” (pengenalan bahagian).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 88:6–50

Cahaya dan hukum datang daripada Yesus Kristus.

  • Untuk membantu kelas anda fahami Ajaran dan Perjanjian 88:6–50, anda boleh tuliskan cahaya dan hukum di atas papan tulis dan bahagikan kelas kepada dua kumpulan. Satu kumpulan boleh mengkaji semula Ajaran dan Perjanjian 88:6–13, 40–50, mencarikan perkara-perkara yang mereka belajar tentang Yesus Kristus berdasarkan rujukkan kepada cahaya dalam ayat-ayat tersebut. Kumpulan yang lain boleh meneroka ayat 13–26, 34–42, mencarikan apa yang mereka belajar tentang kepentingan mematuhi hukum Dia. Apakah kebenaran berkenaan cahaya dan hukum di dalam bahagian 88 mengajarkan kita tentang Juruselamat? Bagaimanakah mereka mengilhami kita untuk menjadi lebih seperti Dia?

Ajaran dan Perjanjian 88:62–76, 119–26

Kita boleh menjadi bersih melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.

  • Perintah Tuhan untuk “kuduskanlah dirimu” muncul dua kali dalam bahagian 88 (ayat 68, 74). Jika anda terilham untuk membincangkan apa maksud itu, anda mungkin bermula meneroka bersama definisi perkataan mengkuduskan atau mengkaji semula beberapa petikan yang disenaraikan di bawah “Pengudusan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 88:62–76, 119–26 dan bincangkan soalan-soalan seperti berikut bersama pasangan: Bagaimanakah kita dikuduskan? Apakah janji-janji Tuhan yang kita dapati dalam ayat-ayat tersebut? Mengapakah Tuhan inginkan kita untuk menjadi bersih? Mereka juga boleh memperoleh jawapan bagi soalan-soalan itu dalam pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Dibersihkan Melalui Pertaubatan” (Ensign atau Liahona, Mei 2019, 91–94; lihat juga “Sumber-sumber Tambahan”).

Ajaran dan Perjanjian 88:77–78, 118–26

Tuhan inginkan kita untuk belajar dengan mengkaji dan melalui iman.

  • Nasihat yang Tuhan telah berikan untuk membantu penubuhan “Sekolah Para Nabi” di Kirtland (ayat 137) boleh membantu kelas anda dalam usaha untuk “mengajarkan satu sama lain ajaran kerajaan” (ayat 77). Mungkin anda boleh meneroka ayat 77–78 dan 118–26 dan bincangkan bagaimana anda menjadikan kelas anda suatu “rumah pembelajaran” (ayat 119). Ahli-ahli kelas boleh tuliskan beberapa “peraturan kelas” atau asas-asas berdasarkan ayat-ayat berikut yang akan membimbing pembelajaran anda di dalam kelas. Anda juga boleh minta ahli-ahli kelas kongsikan bagaimana mereka menggunakan asas-asas tersebut ketika mereka “carilah pembelajaran” (ayat 118).

    Imej
    kanak-kanak sedang mengkaji kitab suci

    Rumah-rumah kita boleh menjadi tempat untuk pembelajaran rohani.

Ajaran dan Perjanjian 88:119

Bait suci ialah rumah Tuhan.

  • Jika boleh, pamerkan satu gambar bait suci yang terdekat di atas papan tulis, dan jemput kelas untuk tuliskan kata-kata dari ayat 119 yang digunakan untuk menggambarkan rumah Tuhan. Jemput mereka untuk kongsikan pengalaman-pengalaman yang menunjukkan bagaimana bait suci menepati setiap huraian. Anda juga boleh bincangkan bagaimana ayat ini boleh membimbing kehidupan kita.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Dibersihkan melalui pertaubatan

Presiden Dallin H. Oaks mengajar:

“Pertaubatan bermula dengan Juruselamat kita, dan ianya suatu sukacita, bukannya beban. …

“Untuk dibersihkan melalui pertaubatan, kita harus meninggalkan dosa kita dan mengakuinya kepada Tuhan dan kepada hakim fana-Nya di mana ia diperlukan (lihat Ajaran dan Perjanjian 58:43). Alma mengajarkan bahawa kita juga harus “hasilkan pekerjaan kesolehan” (Alma 5:35). Kesemua ini adalah sebahagian dari jemputan tulisan suci untuk datang kepada Kristus.

“Kita perlu mengambil sakramen pada setiap hari Sabat. Dalam tatacara itu, kita membuat perjanjian dan menerima berkat yang membantu kita mengatasi segala perbuatan dan keinginan yang menghalang kita dari kesempurnaan yang Juruselamat menjemput kita untuk capai (lihat Matius 5:48; 3 Nefi 12:48). Ketika kita “jauhi [diri kita] daripada segala kejahatan, dan mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran, dan kekuatan [kita],” maka kita boleh ‘menjadi sempurna di dalam Kristus’ dan ‘dikuduskan’ melalui penumpahan darah-Nya untuk ‘menjadi kudus, tanpa noda’ (Moroni 10:32–33). Hebatnya janji ini! Itu satu mukjizat! Itu satu berkat!” (“Dibersihkan Melalui Pertaubatan,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 92).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Cari sumber-sumber untuk menyokong asas-asas. Sebagai tambahan kepada cadangan-cadangan dalam panduan ini, anda boleh carikan video, muzik, atau seni Gereja untuk mengajar asas-asas dalam Ajaran dan Perjanjian 88. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 17–18.)

Cetak