Ajaran dan Perjanjian 2021
2–8 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 85–87: “Berdirilah Kamu di Tempat-tempat Kudus”


“2–8 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 85–87: ‘Berdirilah Kamu di Tempat-tempat Kudus’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“2–8 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 85–87,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
keluarga berjalan menuju ke bait suci

2–8 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 85–87

“Berdirilah Kamu di Tempat-tempat Kudus”

Jangan berasa tertekan untuk meliputi setiap ayat—atau setiap bahagian—Ajaran dan Perjanjian dalam Sekolah Hari Ahad. Biarkan Roh membimbing anda, dan berpekalah kepada apa yang ahli-ahli kelas dapati berkaitan dalam kehidupan mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas boleh mengimbas Ajaran dan Perjanjian 85–87 untuk satu perkataan atau frasa yang agak penting kepada mereka (mungkin satu yang mereka telah tandakan dalam kitab suci mereka). Minta mereka untuk tuliskan perkataan atau frasa itu di atas papan tulis, dan pilih beberapa untuk dibincangkan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 85:6

Roh bercakap dengan “kata suara kecil yang lembut.”

  • Di dalam Ajaran dan Perjanjian 85:6, Nabi Joseph Smith menggunakan bahasa yang deskriptif untuk memberitahu bagaimana Roh bercakap kepada dia. Apakah yang kita belajar tentang Roh Kudus melalui huraian dia? Anda mungkin tanyakan ahli-ahli kelas untuk fikirkan saat-saat ketika Roh bercakap kepada mereka—bagaimanakah mereka akan menjelaskan pengalaman mereka? Mereka boleh mencari huraian tambahan dalam petikan ayat-ayat suci seperti berikut: Lukas 24:32; Mosia 5:2; Alma 32:28; Helaman 5:30; Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 11:12–13.

  • Bolehkah anda fikirkan satu pengajaran berobjek atau pertunjukan yang dapat menggambarkan bisikan Roh yang kecil dan lembut? Mungkin anda boleh mainkan muzik kudus dengan lembut ketika ahli-ahli kelas memasuki bilik kelas. Ahli-ahli kelas boleh bincangkan bagaimana perasaan mereka berkenaan muzik itu dan bagaimana ia lebih susah untuk mendengar muzik jika terdapatnya bunyi-bunyi yang mengalihkan perhatian. Ini boleh mendorong kepada satu perbincangan tentang gangguan dalam kehidupan kita yang menghindari kita daripada mendengar suara kecil yang lembut. Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan apa yang mereka lakukan untuk meningkatkan kepekaan kepada Roh—terdapat beberapa nasihat yang boleh didapati di dalam “Sumber-sumber Tambahan.”

Ajaran dan Perjanjian 86:1–7

Mereka yang soleh akan dikumpulkan di hari-hari terakhir.

  • Aktiviti berikut mungkin boleh membantu ahli-ahli kelas memahami lambang perumpamaan tentang gandum dan lalang: Anda boleh menulis frasa-frasa simbolik dari perumpamaan (contohnya “penabur benih,” “lalang menghimpit gandum,” “daunnya tumbuh,” dan “mengumpulkan gandum di kalangan lalang” [ayat 2–4, 7]) dan penterjemahan yang mungkin (seperti “para Rasul,” “kemurtadan,” “pemulihan,” dan “usaha menginjil”) di atas kepingan kertas yang berbeza dan lekatkannya pada papan tulis. Kemudian ahli-ahli kelas boleh bekerjasama untuk padankan lambang dan maksudnya, menggunakan apa yang mereka pelajari dalam Ajaran dan Perjanjian 86:1–7 (mereka juga boleh bacakan Matius 13:37–43). Mengapakah ianya penting bagi Tuhan untuk menyebut berkenaan wahyu ini “kepadamu para hamba-Ku”? (ayat 1). Apakah pesanan-pesanan yang kita dapati berhubung kait dengan layanan kita kepada Tuhan? (Lihat juga ayat 11).

Ajaran dan Perjanjian 87:2, 6, 8

Kedamaian boleh didapati di “tempat-tempat kudus.”

Imej
wanita di luar bait suci

Bait suci merupakan satu tempat yang kudus di mana kita boleh merasai kasih Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas faham keperluan untuk “berdirilah … di tempat-tempat kudus,” anda mungkin bermula dengan menjemput mereka untuk menyenaraikan beberapa cabaran yang kita hadapi di zaman akhir. Mereka boleh memperoleh contoh-contoh di dalam Ajaran dan Perjanjian 87:2, 6. Kemudian anda boleh bincangkan bagaimana jemputan Tuhan di dalam ayat 8 boleh membantu dalam cabaran-cabaran tersebut. Soalan-soalan seperti berikut mungkin boleh membantu:

    Apakah yang sangat penting tentang perkataan “berdirilah” dalam ayat ini?

    Apakah yang menjadikan sesuatu tempat kudus?

    Apakah yang mungkin menggerakkan seseorang daripada tempat yang kudus?

    Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa kita tidak diganjakkan?

  • Mungkin ahli-ahli kelas sudi berkongsikan bersama satu sama lain contoh-contoh “tempat-tempat kudus” dan apa yang menyebabkan tempat itu kudus (anda mungkin boleh menyatakan bahawa suatu tempat kudus tidak semestinya satu lokasi fizikal). Ketika mereka berkongsi, galakkan mereka untuk bercakap tentang mengapa tempat-tempat itu kudus bagi mereka. Bagaimanakah tempat-tempat kudus ini membantu kita mencari kedamaian di kalangan bahaya-bahaya zaman akhir?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Carilah “satu ketika yang sunyi dan tenang setiap hari.”

Sister Vicki F. Matsumori, bekas penasihat dalam Presidensi Umum Sekolah Primer, telah memberikan nasihat ini: “Oleh kerana Roh kerap dijelaskan sebagai suara yang kecil dan lembut, adalah … penting untuk mempunyai masa sunyi di dalam kehidupan kita juga. Tuhan telah menasihatkan kita untuk ‘berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Tuhan’ [Mazmur 46:10]. Jika kita menyediakan satu masa yang sunyi dan tenang setiap hari di mana kita tidak diganggu oleh televisyen, komputer, mainan video, atau peranti elektronik peribadi, kita membenarkan suara lembut dan kecil peluang untuk memberi wahyu peribadi dan bisikan bimbingan manis, keyakinan, dan hiburan kepada kita” (“Helping Others Recognize the Whisperings of the Spirit,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 11).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mempersiapkan dengan mempertimbangkan orang. “Biarlah pemahaman anda tentang orang yang anda ajar membimbing [penyediaan] anda. … Guru yang memiliki sifat seperti Kristus tidak terikat hanya dengan satu gaya atau kaedah tertentu saja; mereka berkomitmen untuk membantu orang membangun iman kepada Yesus Kristus” (Teaching in the Savior’s Way,7).

Cetak