Ajaran dan Perjanjian 2021
12–18 Julai. Ajaran dan Perjanjian 77–80: “Aku Akan Menuntunmu”


“12–18 Julai. Ajaran dan Perjanjian 77–80: ‘Aku Akan Menuntunmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“12–18 Julai. Ajaran dan Perjanjian 77–80,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
domba mengikut Yesus

Pulang Rumah, oleh Yongsung Kim

12–18 Julai

Ajaran dan Perjanjian 77–80

“Aku Akan Menuntunmu”

Ingatlah bahawa aktiviti-aktiviti dalam panduan ini hanyalah cadangan sahaja. Apabila anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 77–80 dengan penuh doa, Roh akan membimbing anda untuk ketahui bagaimana untuk mengajar ahli-ahli kelas anda dengan terbaik.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa ahli-ahli kelas anda mungkin akan kongsikan pandangan mereka jika ditanya dengan awal. Pertimbangkan untuk menghubungi mereka beberapa hari sebelum kelas dan tanyakan jika mereka boleh datang bersedia untuk kongsikan sesuatu yang menarik perhatian mereka dari Ajaran dan Perjanjian 77–80.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 77

Tuhan mengungkapkan misteri-misteri-Nya kepada mereka yang ingin mengetahuinya.

  • Ahli-ahli kelas boleh berkongsikan pandangan yang mereka dapati tentang lambang-lambang dalam buku Wahyu ketika pengkajian bahagian 77 minggu ini. Bercakap tentang jawapan yang diterima oleh Joseph Smith boleh mendorong satu perbincangan tentang bagaimana ahli-ahli kelas boleh memperoleh pemahaman apabila mereka mengkaji ayat-ayat suci. Apakah yang kita pelajari tentang jenis-jenis soalan yang ditanya Joseph? Ahli-ahli kelas mungkin ingin kongsikan pengalaman mereka apabila soalan-soalan Injil membawa pemahaman yang lebih kepada mereka.

Ajaran dan Perjanjian 78:17–19

Tuhan akan menuntun kita.

  • Untuk memulakan perbincangan Ajaran dan Perjanjian 78:17–19, anda boleh tunjukkan beberapa gambar ahli-ahli kelas anda ketika zaman kanak-kanak (minta mereka sebelum hari Ahad, untuk bawa gambar-gambar itu ke kelas). Biarkan kelas teka siapa di dalam setiap gambar itu. Ahli-ahli kelas yang telah membawa gambar-gambar boleh tunjukkan bagaimana mereka telah berubah sejak gambar itu diambil. Kemudian kelas boleh baca Ajaran dan Perjanjian 78:17–19 dan renungkan soalan-soalan seperti berikut: Bagaimanakah kita bagaikan kanak-kanak kepada Tuhan? Dalam cara apakah Dia menginginkan kita untuk menjadi seperti kanak-kanak (lihat Mosia 3:19), dan dalam cara apakah yang Dia inginkan kita untuk berkembang? Apakah nasihat yang Dia berikan kepada kita dalam ayat-ayat tersebut untuk membantu kita berkembang?

    Untuk memperluaskan pemahaman ahli-ahli kelas tentang bagaimana Tuhan mungkin “menuntun [kita]” (ayat 18), pertimbangkan untuk kongsikan penyataan dalam Sumber-sumber Tambahan.

Ajaran dan Perjanjian 79–80

Panggilan untuk melayan Tuhan lebih penting daripada dimana-mama tempat kita melayan.

  • Mungkin terdapatnya orang dalam kelas anda yang kecewa dengan panggilan yang diterima dalam bahagian atau cabang atau dengan tempat yang ditugaskan untuk melayan sebagai penginjil. Beberapa orang mungkin ingin berkongsikan pengalaman mereka. Bagaimanakah nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 80:3 membantu kita dalam situasi-situasi demikian? Apakah maksud frasa “tidaklah kisah”? Atau frasa “kamu tidak akan tersilap pergi”? Apakah yang paling penting bagi Tuhan apabila berkenaan dengan panggilan kita? Pandangan Elder David A. Bednar berkenaan bahagian 80 dalam ucapannya “Dipanggil Pada Pekerjaan Tuhan” mungkin membantu (Ensign atau Liahona, Mei 2017, 68).

  • Wahyu-wahyu dalam bahagian 79 dan 80 asalnya adalah untuk mereka yang dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil, tetapi ia mempunyai asas-asas yang boleh digunakan bagi kita semua dalam pelayanan kita kepada Tuhan. Untuk membantu ahli-ahli kelas mencari asas-asas tersebut, anda boleh minta mereka untuk berlakon bagaikan mereka punyai seorang rakan yang baru menerima panggilan pertama. Jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan satu surat kepada rakan mereka untuk menasihat dan memberi sokongan, dan galakkan mereka untuk memetik dari bahagian 79 dan 80 dalam tulisan mereka. Kemudian minta beberapa ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka tuliskan.

    Imej
    wanita-wanita sedang berbual

    Tuhan gembira apabila kita melayan Dia dan orang lain.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Tuhan akan membimbing kita melalui Roh Kudus.

Presiden Henry B. Eyring berkongsikan satu pengalaman di mana dia berdoa untuk bimbingan dalam satu keputusan yang penting dan belajar mengikut dorongan Tuhan:

“Saya telah berdoa, tetapi beberapa jam berlalu dan tiada jawapan. Sebelum subuh, satu perasaan datang kepada saya. Lebih daripada sebarang masa sejak saya kecil lagi, saya bagaikan satu kanak. Hati dan minda saya menjadi sangat sunyi. Terdapatnya satu kedamaian dalam kesunyian dalaman itu.

“Dalam kehairanan, saya mendapati diri berdoa, ‘Bapa Syurgawi, tidak kira apa pun yang saya inginkan. Saya tidak kisah apa yang saya inginkan. Saya hanya ingin kehendak Tuhan dilaksanakan. Itu sajalah yang saya inginkan. Sila beritahu apa yang perlu saya lakukan.’

“Di saat itu saya merasai sunyi dalaman yang saya pernah rasa. Dan pesanan itu datang, dan saya pasti dari siapa. Amatlah jelas apa yang saya perlu lakukan. Saya tidak menerima janjian kesudahannya. Hanyalah jaminan bahawa saya seorang kanak yang telah diberitahu jalan di mana Dia inginkan untuk saya” (“As a Child,” Ensign atau Liahona, Mei 2006, 16).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bermula dengan kitab suci. Sebelum berpaling kepada sumber-sumber tambahan, belajar dengan tekun dan renungkan ayat-ayat suci. Ini akan mengundang Roh untuk membantu anda menggunakan apa yang anda telah kaji apabila anda mengajar (lihat Teaching in the Savior’s Way, 12).

Cetak