Ajaran dan Perjanjian 2021
7–13 Jun. Ajaran dan Perjanjian 63: “Apa yang Datang dari Atas adalah Kudus”


“7–13 Jun. Ajaran dan Perjanjian 63: ‘Apa yang Datang dari Atas adalah Kudus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“7–13 Jun. Ajaran dan Perjanjian 63,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
padang Missouri

Springhill, Daviess County, Missouri, oleh Garth Robinson Oborn

7–13 June

Ajaran dan Perjanjian 63

“Apa yang Datang dari Atas adalah Kudus”

Catatkan tanggapan yang anda terima ketika anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 63. Tanggapan mungkin kecil, tetapi seperti benih, ia boleh berkembang dan menjadi sesuatu yang bermakna dan berguna apabila anda meneruskan pencarian dan renungan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu menumpukan perbincangan berkenaan ayat-ayat yang ahli-ahli kelas dapati paling bermakna, anda mungkin boleh menjemput mereka untuk tuliskan di atas kepingan kertas beberapa ayat dari bahagian 63 yang mereka ingin bincangkan. Kemudian anda boleh kumpulkan kertas-kertas itu dan mula bincangkan ayat-ayat yang dicadangkan oleh ahli-ahli kelas. Minta mereka untuk kongsikan mengapa mereka memilih ayat-ayat tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 63:7–12

Tanda-tanda datang melalui iman dan kehendak Tuhan.

  • Untuk memulakan perbincangan berkenaan asas-asas yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 63:7–12, ia mungkin membantu untuk mengkaji semula contoh-contoh ayat suci di mana orang bersaksikan petanda atau mukjizat. Ahli-ahli kelas mungkin boleh fikirkan contoh orang yang imannya diperkukuhkan oleh satu petanda (lihat, untuk contoh, Lukas 1:5–20, 59–64) atau orang yang ragu setelah menyaksikan satu petanda (lihat, untuk contoh, 1 Nefi 3:27–31; Alma 30:43–56). Ahli-ahli kelas boleh menggunakan apa yang mereka pelajari dalam Ajaran dan Perjanjian 63:7–12 untuk menjelaskan reaksi-reaksi yang berbeza terhadap petanda-petanda. Atau anda boleh kaji semula ayat-ayat suci lain tentang petanda-petanda, seperti yang disenaraikan di bawah “Perlambangan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah kita boleh memastikan kita tidak mencari atau bergantung kepada petanda sebagai landasan iman kita?

Ajaran dan Perjanjian 63:13–16

Kemurnian bermaksud mengekalkan kesucian minda dan tindakan kita.

  • Walaupun kebanyakan Ajaran dan Perjanjian 63:13–16 menyebut tentang perzinaan secara spesifik, asas-asas yang diajar berkenaan bagi sebarang pelanggaran hukum kemurnian. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas mengenalpasti akibat-akibat yang dihuraikan dalam Ajaran dan Perjanjian 63:13–16. Mereka juga boleh membuat isyarat “berhati-hati” (ayat 15) atau berwaspada yang memberi amaran tentang akibat-akibat tersebut. Mereka juga boleh bincangkan apa pendapat mereka tentang maksud akibat-akibat tersebut. Contohnya, mengapakah pelanggaran hukum kemurnian akan menyebabkan hukuman ke atas seseorang “seperti jerat” (ayat 15)? Mengapa Tuhan menasihatkan kita untuk “segera bertaubat” (ayat 15) akan dosa seksual? (Lihat penyataan Sister Linda S. Reeves dalam “Sumber-sumber Tambahan”).

  • Membaca Ajaran dan Perjanjian 63:16 mungkin akan memulakan perbincangan tentang pengaruh pornografi yang berleluasa dalam masyarakat kita. Bagaimanakah amaran-amaran dalam ayat 16 berhubung kait dengan masalah ini? (Walaupun wahyu ini merujuk secara spesifik kepada kaum lelaki bernafsu terhadap kaum wanita, amaran-amaran tersebut adalah untuk semua orang.) Apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri dan orang yang disayangi daripada pornografi? Ahli-ahli kelas mungkin ingin memberi nasihat kepada satu sama lain. Laman web AddressingPornography.ChurchofJesusChrist.org boleh memberi harapan dan membantu sesiapa yang mungkin dalam kesusahan dengan pornografi.

    Imej
    lelaki dan wanita di luar bait suci

    Kita diberkati apabila kita mentaati hukum kemurnian.

Ajaran dan Perjanjian 63:58–64

Perkara-perkara kudus harus dilayan dengan takzim.

  • Anda dan kelas anda mungkin bincangkan Ajaran dan Perjanjian 63:58–64 sebagai amaran terhadap pengambilan nama Tuhan dengan sia-sia, dan beberapa ayat suci dalam Panduan Tulisan Suci berkenaan “Kata-kata Tidak Senonoh” (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) dapat meningkatkan perbincangan sedemikian dengan lebih. Anda juga boleh membantu ahli-ahli kelas untuk mengaplikasikan ayat-ayat tersebut dengan lebih luas. Contohnya, anda boleh bincangkan bagaimana frasa “tidak memiliki wewenang” (ayat 62) meningkatkan pemahaman kita terhadap ayat itu. Ahli-ahli kelas juga boleh senaraikan perkara-perkara kudus lain yang datang “dari atas,” atau dari Tuhan. Apakah maksud untuk mengucapkan perkara-perkara tersebut “dengan cermat”? (ayat 64).

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kemurnian melayakkan kita untuk persahabatan Roh Kudus.

Sister Linda S. Reeves, bekas ahli Presidensi Lembaga Pertolongan Umum, telah mengajar:

“Saya tahu tiada yang akan melayakkan kita untuk persahabatan yang berterusan Roh Kudus seperti hemah. …

“Apabila kita terlibat dalam menonton, membaca, atau mengalami apa-apa yang di bawah standard Bapa Syurgawi, ia melemahkan kita. Tidak kira umur kita, jika apa yang kita lihat, baca, dengar, atau pilih untuk buat tidak memenuhi piawai Tuhan dalam Untuk Kekuatan Remaja, tutup, koyak, buang, dan tutup pintu. …

“… Saya percaya jika kita boleh setiap hari mengingati dan mengenali kedalaman kasih sayang Bapa Syurgawi dan Juruselamat ada terhadap kita, kita akan rela membuat apa-apa sahaja yang Mereka minta untuk kembali ke hadirat Mereka, dikelilingi oleh kasih abadi Mereka” (“Layak Untuk Berkat Yang Dijanjikan Kita,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 10–11).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggunakan muzik kudus. Pesanan-pesanan dalam nyanyian rohani dan lagu-lagu dari Children’s Songbook boleh mengukuhkan ajaran yang anda sedang kaji dalam kitab suci. Contohnya, menyanyikan satu lagu tentang memuji nama Tuhan, seperti “Mulia Pada Tuhan” (Lagu Rohani, no. 21), boleh mengukuhkan pesanan dalam Ajaran dan Perjanjian 63:58–64.

Cetak