Ajaran dan Perjanjian 2021
17–23 Mei. Ajaran dan Perjanjian 51–57: “Pengawas Yang Setia, Soleh, dan Bijak”


“17–23 Mei. Ajaran dan Perjanjian 51–57: ‘Pengawas Yang Setia, Soleh, dan Bijak’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“17–23 Mei. Ajaran dan Perjanjian 51–57,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
petani dan lembu

First Furrow, oleh James Taylor Harwood

17–23 Mei

Ajaran dan Perjanjian 51-57

“Pengawas Yang Setia, Soleh, dan Bijak”

Kadangkala ilham tentang apa untuk diajar datang apabila anda membincangkan ayat suci bersama ahli keluarga atau rakan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk kongsi ayat-ayat berikut dari Elder Quentin L. Cook: “Saya berharap setiap kita akan mengimbas kembali secara individu dan juga bersama keluarga pengawasan kita terhadap tanggungjawab dan pertanggungjawaban” (“Stewardship—a Sacred Trust,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 94). Anda boleh tanyakan ahli-ahli kelas apa yang mereka pelajari daripada bahagian 51–57 berkenaan pengawasan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 51:9, 15–20

Tuhan inginkan kita untuk menjadi pengawas yang setia, soleh, dan bijak.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas pertimbangkan firman Tuhan dalam bahagian 51 berguna bagi mereka? Anda boleh tuliskan di atas papan tulis Apakah yang Tuhan telah amanahkan kepada saya? dan jemput ahli-ahli kelas untuk senaraikan jawapan-jawapan mereka (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk idea lebih). Kemudian mereka boleh carikan asas-asas dalam ayat 9, 15–20 yang mengajarkan mereka bagaimana untuk menjadi pengawas yang lebih baik terhadap perkara-perkara yang mereka telah senaraikan. Atau anda boleh bertumpu kepada kata-kata “setia,” “soleh,” dan “bijak” dalam ayat 19, membincangkan bagaimana setiap kata tersebut boleh membimbing kita untuk memenuhi pengawasan kita. Jika perlu, ulang kaji definisi “Pengawas, Pengawasan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

Imej
ruang hijau

Ahli-ahli yang mentaati hukum pembaktian mendermakan segalanya kepada Gereja.

Ajaran dan Perjanjian 52:10; 53:3; 55:1–3

Kurnia Roh Kudus diterima melalui perletakan tangan.

  • Berbilang ayat dalam wahyu ini menyebut tentang penerimaan Roh Kudus melalui perletakan tangan. Jika satu perbincangan berkenaan topik ini berguna bagi kelas anda, anda boleh tanyakan ahli-ahli kelas apa yang mereka telah pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 52:10; 53:3; 55:1–3 tentang kurnia Roh Kudus. Untuk mengkaji topik ini dengan lebih lanjut, lihat Kisah Rasul-Rasul 8:14–17; 19:1–6. Mungkin ahli-ahli kelas boleh kongsikan pengalaman penerimaan kurnia Roh Kudus atau apa yang mereka boleh lakukan untuk sentiasa memperoleh dorongan Dia dalam kehidupan mereka.

Ajaran dan Perjanjian 52:9–11, 22–27

Kita boleh kongsikan Injil di mana jua kita berada.

  • Apabila Tuhan menghantar beberapa pemimpin Gereja ke Missouri, dia minta mereka untuk gunakan masa berjalan untuk “berkhutbah dalam perjalanan” (ayat 25–27). Membaca Ajaran dan Perjanjian 52:9–11, 22–27 boleh membimbing ke satu perbualan tentang bagaimana kita boleh berkongsikan Injil “dalam perjalanan,” atau dalam kehidupan seharian kita. Ahli-ahli kelas juga boleh kongsikan bagaimana mereka membuat perkongsian Injil sebahagian daripada kehidupan biasa mereka.

Ajaran dan Perjanjian 52:14–19

Tuhan memberi panduan untuk mengelak diperdaya.

  • Untuk memperkenalkan panduan yang diungkapkan oleh Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 52:14–19, anda boleh kongsikan contoh-contoh panduan lain yang mungkin lebih dikenali oleh ahli-ahli kelas, seperti panduan untuk membina sesuatu atau panduan kelakuan. Ahli-ahli kelas mungkin mempunyai contoh-contoh mereka sendiri untuk dikongsi. Mengapakah panduan-panduan penting? Bagaimanakah kita boleh mengaplikasikan panduan dalam ayat 14–19 untuk mengelak daripada diperdayai oleh perkara dalam dunia hari ini?

Ajaran dan Perjanjian 54

Saya boleh berpaling kepada Tuhan apabila saya dilukai oleh pilihan orang lain.

  • Ramai di antara kita yang telah dikecewakan apabila seseorang yang diharapkan tidak mentaati perjanjian mereka. Ini berlaku kepada Orang Suci dari Colesville, New York, yang telah berharap untuk menetap di tanah Leman Copley di Ohio. Untuk belajar dari pengalaman ini, ahli-ahli kelas boleh mengulang kaji pengenalan bahagian 54. Mereka boleh bayangkan mereka punyai seorang kawan di kalangan Orang Suci Colesville dan kemudiannya memperoleh nasihat dalam bahagian 54 yang mereka boleh kongsikan dengan rakan mereka. Atau mereka boleh mencari dalam wahyu sesuatu yang boleh membantu seseorang yang sedang menderita akibat pilihan orang lain. (Anda boleh tunjukkan janji dalam ayat 6 bagi mereka yang mentaati perjanjian-perjanjian mereka.)

  • Ajaran dan Perjanjian 54:10 mempunyai beberapa frasa yang mungkin bermakna bagi ahli-ahli kelas anda, seperti “bersabarlah dalam kesengsaraan,” “mencari-Ku sejak dari awal,” dan “menemui istirahat bagi jiwa mereka.” Ahli-ahli kelas boleh memilih satu frasa untuk direnung dan dikaji, menggunakan kaki nota atau sumber-sumber lain untuk meneroka ayat-ayat suci yang berkaitan. Kemudian mereka boleh berkongsikan pendapat mereka.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Pengawasan kita.

Presiden Spencer W. Kimball menjelaskan: “Di dalam Gereja pengawasan ialah satu amanah rohani atau duniawi yang suci di mana terdapatnya pertanggungjawapan. Oleh kerana semua perkara kepunyaan Tuhan, kita merupakan pengawas badan, minda, keluarga, dan harta kita. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 104:11–15.) Pengawas yang setia ialah seorang yang menggunakan kekuasaan soleh, menjaga diri, dan menjaga mereka yang miskin dan berkeperluan” (“Welfare Services: The Gospel in Action,” Ensign, Nov. 1977, 78).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu pelajar menyokong satu sama lain. Ciptakan satu suasana kelas di mana pelajar menyokong dan menggalak satu sama lain. Jemput mereka untuk kongsikan idea-idea dan strategi yang meningkatkan pengkajian peribadi dan keluarga. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 36.)

Cetak