Ajaran dan Perjanjian 2021
12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40: “Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku”


“12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40: ‘Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“12–18 April. Ajaran dan Perjanjian 37–40,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Orang suci bersedia untuk pindah

Saints Move to Kirtland (Orang suci pindah ke Kirtland), oleh Sam Lawlor

12–18 April

Ajaran dan Perjanjian 37–40

“Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku”

Sebelum merancang perbuatan anda dalam kelas, kaji dengan penuh doa Ajaran dan Perjanjian 37–40. Anda akan lebih dapat menerima bimbingan rohani dalam persiapan anda untuk mengajar jika anda terlebih dahulu mempunyai pengalaman peribadi yang bermakna dengan ayat-ayat ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan menulis di atas papan tulis, Semasa saya membaca Ajaran dan Perjanjian 37–40, saya rasa Tuhan sedang memberitahu saya . Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka akan melengkapkan ayat itu. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat suci daripada bacaan mereka sebagai jawapan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 37–38

Tuhan mengumpul kita untuk berkatilah kita.

  • Kadangkala ia lebih mudah untuk mempelajari wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian jika kita membayangkan diri kita di tempat orang yang diberikan wahyu itu. Untuk membantu ahli-ahli kelas melakukan ini dengan bahagian 37–38, anda boleh menjemput mereka untuk bayangkan diri mereka sedang mendiami di Fayette, New York pada tahun 1831. Seorang ahli kelas boleh berpura-pura menjadi Joseph Smith dan membaca bahagian 37 kepada mereka. Apakah tindakan kita setelah mendengar perintah ini? Mungkin ahli kelas dapat membayangkan mempunyai seorang kawan yang tidak ingin berkumpul di Ohio; mereka boleh mencari asas-asas yang boleh mengalakkan kawan mereka menjadi setia kepada perintah untuk berkumpul di bahagian 38. (Jika perlu, anda boleh menunjukkan kepada mereka di ayat 1–4 11–12, 17–22 dan 27–33.) Ahli-ahli kelas sudi berkongsi bagaimana asas-asas yang sama telah membantu mereka semasa mereka perlu mematuhi suatu perintah yang nampaknya susah.

  • Orang Suci Zaman Akhir tidak lagi diperintah untuk berpindah-randah, namun kita tetap berkumpul dalam keluarga, bahagian dan pancang. Untuk membincang bagaimana pengumpulan ini memberkati kita sekarang,anda boleh membahagikan kelas kepada dua kumpulan. Meminta satu kumpulan mencari berkat-berkat yang sesuai bagi pengumpulan keluarga dan kumpulan lain mencari berkat-berkat yang sesuai bagi pengumpulan bahagian dan pancang di Ajaran dan Perjanjian 38:31–33. Kemudian mereka boleh berkongsi fikiran dengan ahli-ahli kelas. Bagaimanakah kita diberkati dengan berkumpul bersama sebagai kelas Sekolah Minggu?

Ajaran dan Perjanjian 38:24–27

Umat Tuhan mesti menjadi satu.

  • Para Orang Suci yang berkumpul di Ohio datang dari pelbagai keadaan, namun Tuhan mengarah mereka agar mengatasi perbezaan mereka dan “jadilah satu” (ayat 27). Mengapakah ada masanya kita gagal melihat orang lain setaraf dengan kita? Galakkan ahli-ahli kelas untuk merenungkan cara mereka layani orang lain semasa mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 38:24–27. Apakah ertinya untuk menghormati saudara dan saudari kita seperti diri kita? Mengapakah ia mustahil bagi kita untuk menjadi umat Tuhan jika kita tidak bersatu?

  • Suatu perbincangan tentang perpaduan dalam perhubungan kita sebagai ahli bahagian, keluarga dan lain-lain dapat wujud semasa kita membaca Ajaran dan Perjanjian 38:24–27.     Mereka juga boleh berfikir dan berkongsi pendapat tentang persoalan seperti ini “Apakah yang saya boleh membantu bahagian kita rasa lebih bersatu?”

Ajaran dan Perjanjian 38:39; 39–40

Tuhan Bapa ingin memberikan kita kekayaan keabadian.

  • Dengan membuat satu carta bar, ia akan membantu ahli kelas berbincang tentang Ajaran dan Perjanjian 38:39. Dalam satu bar, ahli kelas boleh menyenaraikan “kekayaan bumi,” atau harta yang dianggap bernilai di bumi tetapi tidak dapat dibawa ke dalam kehidupan seterusnya. Dalam bar yang lain, mereka boleh menyenaraikan “kekayaan keabadian,” atau hal-hal yang Tuhan mendapati bernilai dan berkekalan buat selama-lamanya. Apakah pengalaman yang mengajari kita bahawa kekayaan keabadian lebih bernilai daripada kekayaan bumi?

  • James Covel, dan kebanyakan daripada kita, mempunyai keinginan yang soleh. Namun kegagalannya untuk mematuhi arahan Tuhan adalah suatu amaran penting kepada kita semua. Untuk membantu ahli-ahli kelas belajar daripada pengalaman Covel, anda boleh menjemput sebilangan mereka untuk menyelidiki bahagian 39 berkenaan hal-hal yang Tuhan minta dia lakukan. Ahli kelas yang lain boleh mencari berkat-berkat yang dijanjikan kepada dia sekiranya dia patuh kepada arahan. Mereka boleh menyelidiki bahagian 40 untuk mengetahui kenapa James Covel tidak menerima berkat-berkat ini? Bagaimanakah pengalaman dia berkaitan dengan kita? Apakah “kekhuatiran dunia” yang kadangkala menghalang kita daripada menerima firman Tuhan “dengan kegembiraan”? (Ajaran dan Perjanjian 40:2).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jangan cuba mengajarkan semuanya. “Terdapat banyak perkara untuk dibincangkan dalam setiap pelajaran, tetapi anda tidak perlu mengajar segala sesuatu dalam satu tempoh kelas untuk menyentuh hati seseorang—seringkali satu atau dua perkara utama adalah mencukupi” (Teaching in the Savior’s Way, 7). Anda boleh tahu dimana untuk berfokus daripada Roh Kudus, komen daripada ahli kelas dan idea-idea dalam rangka panduan ini.

Cetak