Ajaran dan Perjanjian 2021
6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101: “Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan.”


“6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101: ‘Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“6–12 September. Ajaran dan Perjanjian 98–101,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Orang Suci berlari daripada kumpulan perusuh

C. C. A. Christensen (1831–1912), Saints Driven from Jackson County Missouri (Orang Suci Dihalau dari Jakson County Missouri, c. 1878, tempera pada kain kapas, 77 ¼ × 113 inci. Brigham Young University Museum of Art, hadiah daripada cucu C. C. A. Christensen, 1970

6–12 September

Ajaran dan Perjanjian 98–101

“Tenanglah dan Ketahuilah Bahawa Aku ialah Tuhan”

Apakah jenis cabaran atau percubaan yang dihadapi oleh ahli kelas anda? Apakah kata-kata nasihat dan ketenangan dalam Ajaran dan Perjanjian 98–101 yang boleh membantu mereka?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh menjemput ahli kelas berkongsi sesuatu yang mereka pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 98–101 yang telah membantu mereka dengan percubaan atau cabaran yang mereka hadapi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–16, 23–30, 37; 101:2–5, 9–16

Percubaan kita boleh bekerja bersama untuk kebaikan kita.

  • Penganiayaan atau pertentangan yang kita hadapi hari ini mungkin berbeza daripada apa yang dihadapi oleh Orang Suci di Missouri pada tahun 1833, tetapi nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 98 masih berguna. Untuk membantu ahli kelas belajar dari nasihat ini, pertimbangkan untuk menulis soalan-soalan seperti berikut di papan tulis: Dalam cara apakah Tuhan mahu Orang Suci-Nya melihat pertentangan? Bagaimanakah Tuhan mahu kita bertindak balas terhadap penganiayaan? Ahli kelas boleh bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk mencari jawapan dari Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–16, 23–30 dan kemudian bincangkan apa yang mereka pelajari. Apakah kebenaran yang kita dapati boleh membantu kita menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih baik? Kenyataan-kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh menambah kepada perbincangan ini.

  • Pada masa penganiayaan atau percubaan, pesanan ini dari bahagian 98 dan 101 boleh membantu: Tuhan akan membantu kita jika kita bersedia untuk mempercayai Dia. Untuk membantu ahli kelas mencari pesanan ini, anda boleh menulis senarai ayat-ayat berikut di papan tulis dan menjemput ahli kelas memilih beberapa untuk dibaca: Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–12, 37; 101:2–5, 9–16. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui yang menggalakkan mereka untuk percaya kepada Tuhan. Apakah ayat-ayat ini ajarkan tentang bagaimana untuk mempercayai Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 101:1–8, 43–62

Mengikuti nasihat Tuhan membantu memastikan kita selamat.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli kelas mengenal pasti keselamatan yang datang semasa kita “mendengarkan suara Tuhan”? (ayat 7). Mungkin anda boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk melakonkan perumpamaan dalam Ajaran dan Perjanjian 101:43–62 sambil seorang ahli kelas lain membacanya dengan kuat. Anda kemudiannya boleh membincangkan soalan-soalan seperti berikut: Apakah yang mungkin mewakili elemen-elemen yang berbeza dari perumpamaan itu? Apakah yang menyebabkan orang suruhan kehilangan ladang anggur? Apakah pengajaran yang kita pelajari dari tindakan para orang suruhan? Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dari perbuatan orang bangsawan? Ia juga boleh membantu untuk membandingkan ayat 1–8 dengan ayat 47–51 dan bincangkan bagaimana kita boleh menjadi “setia dan bijak” dalam usaha kita untuk membina Sion dalam kehidupan individu kita, di rumah kita, dan sebagai satu Gereja.

    Imej
    Yesus Kristus

    Butiran dari Christ and the Rich Young Ruler (Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya), oleh Heinrich Hofmann

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Palingkan sebelah pipi memerlukan keberanian Kristian.

Elder Robert D. Hales telah mengajar:

“Sesetengah orang tersilap anggap tindak balas seperti kesenyapan, kelembutan hati, keampunan, dan memberi kesaksian yang rendah hati adalah pasif atau lemah. Tetapi, untuk ‘kasihilah musuh [kita], memberkat orang yang memaki [kita], menolong orang yang membenci [kita], dan berdoalah bagi orang yang menganiaya [kita]’ (Matius 5:44) memerlukan iman, kekuatan, dan terutamanya, keberanian Kristian. …

“Apabila kita tidak membalas—apabila kita berpaling pipi sebelah dan menahan perasaan marah—kita juga berdiri dengan Juruselamat. Kita menunjukkan kasih-Nya, yang merupakan satu-satunya kuasa yang boleh menundukkan musuh dan menjawab penuduh kita tanpa menuduh mereka sebagai balasan. Ini bukanlah kelemahan. Inilah keberanian Kristian” (“Christian Courage: The Price of Discipleship,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 72).

Untuk memaafkan bukannya bermaksud mengizinkan.

Elder Kevin R. Duncan berkata: “Saudara dan saudari, janganlah salah faham. Untuk memaafkan bukannya bermaksud mengizinkan. Kita tidak merasionalisasikan kelakuan jahat atau membenarkan orang lain menganiaya kita kerana pergelutan, kesakitan atau kelemahan mereka. Sebaliknya kita boleh memperoleh pemahaman lebih dan kedamaian apabila kita melihat dengan sudut pandangan yang lebih luas. … Pengampunan merupakan prinsip penyembuhan yang gemilang. Kita tidak perlu menjadi mangsa dua kali. Kita boleh mengampuni” (“Salap Penyembuhan Pengampunan,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 35).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melibatkan mereka yang bergelutan. Kadangkala, ahli kelas yang bergelutan hanya memerlukan orang melibatkan mereka untuk berasa dikasihi. Pertimbangkan untuk minta mereka menerima tugasan dalam pelajaran yang akan datang, menjemput mereka ke kelas, atau memastikan mereka mempunyai cara untuk pergi ke gereja. Jangan berputus asa jika mereka tidak bertindak balas kepada usaha anda pada permulaan (lihat Teaching in the Savior’s Way, 8–9).

Cetak