Ajaran dan Perjanjian 2021
20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108: “Untuk Melihat Syurga Dibukakan”


“20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108: ‘Untuk Melihat Syurga Dibukakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“20–26 September. Ajaran dan Perjanjian 106–108,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
matahari bersinar melalui awan

20–26 September

Ajaran dan Perjanjian 106–108

“Untuk Melihat Syurga Dibukakan”

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 106–8, pertimbangkan pengalaman rohani yang mungkin dialami oleh ahli kelas semasa mereka mengkaji bahagian ini. Semasa anda bersedia untuk mengajar mereka, ia mungkin membantu untuk mengetahui apa yang mereka dapati bermakna sebelum kelas.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli kelas untuk kongsikan satu ayat dari bahagian-bahagian ini yang mengajarkan satu asas yang boleh menguatkan seseorang dalam pelayanan Gereja mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 106108

Tuhan mengarah, menggalak, dan menyokong mereka yang Dia panggil untuk melayan.

  • Semasa ahli kelas mengkaji Ajaran dan Perjanjian 106 dan 108 minggu ini, mereka mungkin dapat menemui frasa yang boleh membantu mereka yang melayani dalam panggilan Gereja (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Pertimbangkan untuk memberi ahli kelas masa untuk menulis frasa-frasa yang mereka temui dalam bahagian ini di papan tulis dan minta mereka berkongsi pandangan mereka. Apakah pengalaman mereka yang berkaitan dengan atau menggambarkan frasa-frasa tersebut?

Ajaran dan Perjanjian 107

Tuhan memimpin Gereja-Nya melalui hak kuasa imamat.

  • Anda boleh memulakan perbincangan mengenai jawatan imamat dengan menjemput kelas untuk membuat satu senarai sebab Tuhan memberi kita para nabi, rasul, dan pemimpin Gereja yang lain. Mungkin ahli kelas boleh menambah kepada senarai mereka selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 107:18–20. Kemudian anda boleh meluangkan masa untuk mengkaji semula tanggungjawab yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka yang memegang jawatan berikut: Presidensi Utama (ayat 9, 21–22, 65–66, 91–92), Dua Belas Rasul (ayat 23–24, 33–35, 38, 58), Tujuh Puluh (ayat 25–26, 34, 93–97), dan uskup (ayat 13–17, 68–76, 87–88). Apakah yang kita boleh lakukan untuk menyokong pemimpin kita dengan “keyakinan, iman, dan doa”? (ayat 22).

  • Bagaimanakah kita akan menjawab jika seorang kawan bukan dari gereja kita bertanya, “Apa itu imamat?” atau “Apa itu kunci-kunci imamat?” Bagaimanakah ajaran-ajaran dalam “Sumber-sumber Tambahan” mempengaruhi jawapan kita? Mungkin ahli kelas juga boleh mendapatkan maklumat berguna dalam Ajaran dan Perjanjian 107:1–4, 18–20. Bagaimanakah imamat membantu kita menerima “misteri-misteri kerajaan syurga” dan “syurga dibukakan kepada [kita]”? Bagaimanakah ia membantu kita “menikmati persekutuan dan hadirat Tuhan Bapa, dan Yesus”? (ayat 19).

Ajaran dan Perjanjian 107:27–31, 85

Tuhan memerintah kerajaan-Nya melalui majlis.

  • Presiden M. Russell Ballard berkata, “Saya tahu bahawa majlis ialah cara Tuhan dan Dia menciptakan segala dalam alam semesta melalui satu majlis syurgawi” (“Majlis Keluarga,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 63). Bagaimanakah anda boleh membantu orang yang anda ajar memahami cara untuk berunding bersama di rumah dan di gereja? Mungkin anda boleh minta beberapa ahli kelas datang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka di gereja atau di rumah di mana mereka menggunakan asas-asas berunding dalam Ajaran dan Perjanjian 107:27–31, 85 (atau pesanan Presiden Ballard yang dirujukkan di atas). Pertimbangkan untuk menjemput ahli kelas dalam minggu yang akan datang bersedia untuk berkongsi idea tentang apa yang membuat suatu majlis berkesan. Galakkan ahli kelas untuk mengenal pasti asas-asas yang mereka pelajari dari perbincangan ini yang akan membantu mereka menjadi lebih berkesan apabila mereka mengambil bahagian dalam majlis keluarga dan gereja pada masa depan.

    Imej
    mesyuarat majlis pengajar

    Berunding bersama adalah salah satu cara Tuhan melakukan pekerjaan-Nya.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Hak kuasa imamat.

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan:

“Kita tidak biasa bercakap tentang wanita yang memiliki hak kuasa imamat dalam panggilan Gereja mereka, tetapi apakah hak kuasa lain itu? Apabila seorang wanita—muda atau tua—ditetapkan untuk mengkhutbahkan injil sebagai penginjil sepenuh masa, dia diberikan hak kuasa imamat untuk melaksanakan fungsi imamat. Begitu juga apabila seorang wanita ditetapkan untuk berfungsi sebagai pegawai atau pengajar dalam organisasi Gereja di bawah arahan seseorang yang memegang kunci-kunci imamat. Sesiapa yang berfungsi dalam jawatan atau panggilan yang diterima dari orang yang memegang kunci-kunci imamat menjalankan hak kuasa imamat dalam melaksanakan tugasnya” (“The Keys and Authority of the Priesthood,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 51).

Presiden M. Russell Ballard berkata:

“Bapa kita di Syurga pemurah hati dengan kuasa-Nya. Semua lelaki dan semua perempuan mempunyai akses kepada kuasa ini untuk membantu kehidupan mereka. Semua yang membuat perjanjian kudus bersama Tuhan dan menghormati perjanjian itu menjadi layak untuk menerima wahyu peribadi, untuk diberkati oleh pelayanan para malaikat, untuk bercakap dengan Tuhan, menerima injil yang dipulihkan, dan akhirnya, untuk menjadi pewaris bersama Yesus Kristus bagi semua yang Bapa memiliki” (“Men and Women in the Work of the Lord,” New Era, Apr. 2014, 4–5).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu pelajar mengangkat satu sama lain. “Setiap individu dalam kelas anda adalah sumber kesaksian, pandangan, dan pengalaman yang kaya dengan amalan Injil. Jemputlah mereka untuk berkongsi dan mengangkat satu sama lain” (Teaching in the Savior’s Way,5).

Cetak