Ajaran dan Perjanjian 2021
30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97: “Demi Keselamatan Sion”


“30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97: ‘Demi Keselamatan Sion,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“30 Ogos–5 September. Ajaran dan Perjanjian 94–97,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Bait Suci Kirtland

Kirtland Temple, oleh Al Rounds

30 Ogos–5 September

Ajaran dan Perjanjian 94–97

“Demi Keselamatan Sion”

Bagaimanakah anda dapat membantu ahli kelas untuk menginginkan berkat-berkat yang dijanjikan dalam Ajaran dan Perjanjian 94–97?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Mungkin ahli kelas dapat berkongsi sesuatu yang mereka temui dalam Ajaran dan Perjanjian 94–97 yang mengilhami mereka untuk pergi ke bait suci dengan lebih kerap. Atau mereka boleh berkongsi pesanan lain yang mengilhami mereka semasa mereka membaca bahagian-bahagian ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 95:8; 97:10–17

Di dalam bait suci, Tuhan memberkati umat-Nya.

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan kebenaran yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 95 dan 97 untuk mengilhami ahli kelas untuk mencari berkat-berkat bait suci dengan tekun? Satu cara adalah dengan meletakkan satu gambar bait suci di tengah-tengah papan tulis dan tanya ahli kelas mengapakah Tuhan mengarahkan Orang Suci-Nya untuk membina bait suci. Ahli kelas boleh mencari beberapa jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 95:8; 97:10–17 dan tuliskan apa yang mereka temui pada papan tulis di sekitar gambar bait suci itu. Bagaimanakah tujuan-tujuan ini telah digenapi dalam kehidupan kita? Bagaimanakah kita boleh menjadikan bait suci sebahagian penting dalam kehidupan kita?

Ajaran dan Perjanjian 97:8–9

Kita boleh diterima oleh Tuhan.

  • Apakah yang kita belajar dari Ajaran dan Perjanjian 97:8 tentang apakah maksudnya untuk diterima oleh Tuhan? Bagaimanakah ia berbeza dengan cara kita kadangkala mencari penerimaan di dunia? Apakah berkat-berkat yang yang dijanjikan dalam ayat 9 kepada mereka yang diterima Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 97:18–28

Sion yang “suci hatinya.”

  • Untuk membantu ahli kelas anda berfikir tentang apakah itu Sion, anda boleh menulis di papan tulis Apa itu Sion? dan jemput mereka untuk mencari jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 97:19 dan 21 (lihat juga Musa 7:18) Ia mungkin boleh membantu untuk membincangkan bagaimana Juruselamat membantu kita menjadi “suci hati.” Apakah yang kita rasa diilhami untuk lakukan bagi membina Sion dalam hidup kita? di bahagian atau cabang kita? dalam komuniti kita?

    Imej
    Bait Suci Kirtland

    Pembinaan Bait Suci Kirtland menjadikan Orang Suci lebih “suci hatinya.”

  • Tuhan mengajar tentang Sion setelah memerintahkan para Orang Suci untuk membina sebuah bait suci “demi keselamatan Sion” (lihat Ajaran dan Perjanjian 97:12, 18–28). Mengapakah bait suci merupakan bahagian penting dalam pembinaan Sion? Bagaimanakah janji-janji Tuhan mengenai Sion dalam ayat 18–28 sedang digenapi di zaman kita?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Diterima oleh Tuhan.

Merujuk kepada “pola yang mudah” yang diajarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 97:8, Elder Erich W. Kopischke mengajarkan:

“Mencari dan memperoleh penerimaan Tuhan akan menuju ke pengetahuan bahawa kita dipilih dan diberkati oleh Dia. Kita akan bertambah yakin bahawa Dia akan memimpin dan mengarahkan kita untuk kebaikan. Belas kasihan-Nya akan menjadi jelas dalam hati kita, dalam kehidupan kita, dan dalam keluarga kita.

“Dengan sepenuh hati saya menjemput anda untuk memperoleh penerimaan Tuhan dan menikmati berkat-berkat yang dijanjikan-Nya. Apabila kita mengikuti pola mudah yang telah ditetapkan oleh Tuhan, kita akan mengetahui bahawa kita diterima oleh Nya, tanpa mengira kedudukan, status, atau batasan fana kita” (“Being Accepted of the Lord,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 106).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengenali orang yang anda ajar. Setiap orang yang anda ajar mempunyai pengalaman, perspektif, dan bakat-bakat yang unik. Berdoalah untuk mengetahui bagaimana sumbangan setiap orang dapat menjadi satu berkat kepada seluruh kelas. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)

Cetak