Ajaran dan Perjanjian 2021
27 September–3 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 109–110: “Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu”


“27 September–3 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 109–110: ‘Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“27 September–3 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 109–110,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Bait Suci Kirtland

Kirtland Temple (Bait suci Kirtland), oleh Jon McNaughton

27 September–3 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 109–110

“Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu”

Bahagian 109 dan 110 menggambarkan beberapa peristiwa paling kudus tentang Pemulihan. Pastikan anda membenarkan ahli kelas berkongsi apa yang mereka fikir dan rasakan semasa mereka mengkaji peristiwa ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuhan mengisytiharkan bahawa “kemasyhuran rumah ini [Bait suci Kirtland] akan tersebar ke negeri-negeri asing” (Ajaran dan Perjanjian 110:10). Anda boleh menjemput ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang ditemui dalam kajian mereka yang mereka rasa harus disebarkan kepada orang di seluruh dunia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 109; 110:1–10

Tuhan mahu memberkati kita di rumah kudus-Nya.

  • Mengkaji bahagian 109 adalah peluang yang baik untuk membantu ahli kelas menguatkan keinginan mereka untuk menyembah di bait suci. Anda boleh menulis di papan tulis nombor beberapa ayat yang menyebutkan berkat-berkat bait suci—seperti ayat 12–13, 22–23, 24–28, 29–32. Ahli kelas boleh memilih ayat-ayat untuk dibaca dan direnungkan, secara individu atau dalam kumpulan, dan kemudian berikan ringkasan kepada kelas tentang berkat-berkat yang digambarkan oleh ayat-ayat tersebut. Ahli kelas yang pernah ke bait suci boleh berkongsi bagaimana mereka telah mengalami berkat-berkat ini dalam kehidupan mereka.

    Anda juga boleh membaca atau menyanyi bersama “Roh Tuhan” (Nyanyian Rohani, no. 2), yang telah dinyanyikan waktu pembaktian Bait suci Kirtland. Ahli kelas boleh menunjukkan berkat-berkat bait suci yang digambarkan dalam lagu rohani dan berkongsikan pengalaman mereka yang berkaitan, jika berpatutan.

  • Menerima berkat-berkat bait suci sering memerlukan pengorbanan. Apakah Ajaran dan Perjanjian 109:5 ajarkan tentang pengorbanan Orang Suci awal untuk membina Bait suci Kirtland? Apakah pengorbanan yang kita buat untuk menerima berkat bait suci hari ini? Mungkin ahli kelas sudi berkongsi pengalaman mereka.

  • Mengkaji gambaran Juruselamat yang bangkit dalam Ajaran dan Perjanjian 110:1–10 adalah cara yang baik untuk membina iman kita kepada Yesus Kristus. Anda boleh meminta ahli kelas untuk memberi perhatian kepada gambaran yang diberi oleh ayat-ayat tersebut dan pertimbangkan apakah yang imej-imej itu ajarkan mengenai Yesus Kristus. Apakah yang mewakili “turapan berlapiskan emas murni”? atau suara “bagaikan bunyi deru perairan yang luas”?

    Imej
    bahagian dalaman Bait suci Kirtland

    Setiap penjuru Bait suci Kirtland mempunyai mimbar untuk para pemimpin imamat.

Ajaran dan Perjanjian 110:11–16

Kunci-kunci imamat yang diperlukan untuk melakukan pekerjaan Tuhan ada di dalam Gereja hari ini.

  • Untuk membantu ahli kelas memahami kunci-kunci imamat yang Musa, Elias, dan Elia berikan kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait suci Kirtland, anda boleh menjemput mereka untuk membaca dan membincangkan kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan,” secara individu atau dalam kumpulan. Mengapakah kunci-kunci ini penting dalam kehidupan kita sekarang? Anda juga boleh meminta setiap ahli kelas memilih salah satu nabi yang menganugerahkan kunci-kunci tersebut—Musa, Elias, dan Elia—dan belajar tentang dia dari Panduan Tulisan Suci. Apakah kehidupan para nabi itu ajarkan kita tentang kunci-kunci yang mereka berikan? Ini boleh mendorong kepada perbincangan tentang apa yang Tuhan harapkan kita lakukan sekarang kerana kunci-kunci ini ada di bumi.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kunci-kunci menganugerahkan kuasa dan hak kuasa untuk pekerjaan Tuhan.

Elder Quentin L. Cook menerangkan:

“Bait suci Kirtland agak tidak terkenal menurut tempat dan saiz. Tetapi dari segi kepentingan terbesar kepada manusia, ia membentukkan keabadian. Para nabi purba memulihkan kunci-kunci imamat untuk tatacara-tatacara penyelamatan abadi injil Yesus Kristus. Ini menghasilkan kegembiraan yang besar bagi ahli-ahli yang setia.

“Kunci-kunci ini menyediakan ‘kuasa dari syurga’ [Ajaran dan Perjanjian 38:38] untuk tanggungjawab-tanggungjawab ilahi terlantik yang merupakan tujuan utama Gereja. Pada hari Easter yang menakjubkan di Bait suci Kirtland, tiga kunci telah dipulihkan:

Pertama, Musa muncul dan menganugerahkan kunci-kunci pengumpulan Israel dari empat bahagian dunia, iaitu pekerjaan penginjil.

Kedua, Elias muncul dan menganugerahkan kunci-kunci zaman keagamaan injil Abraham, yang termasuk pemulihan perjanjian Abraham [lihat Abraham 2:8–11]. Presiden Russell M. Nelson telah mengajar bahawa kunci-kunci perjanjian bertujuan untuk menyediakan ahli-ahli gereja untuk kerajaan Tuhan [lihat “Covenants,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 88]. …

Ketiga, Elia muncul dan menganugerahkan kunci-kunci kuasa pemeteraian bagi zaman ini, iaitu pekerjaan sejarah keluarga dan tatacara-tatacara bait suci yang membolehkan penyelamatan bagi mereka yang hidup dan mati. (“Bersedia Untuk Bertemu Dengan Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 114–15).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput Roh ke dalam pengajaran anda. “Tujuan utama dari segalanya yang dilakukan oleh seorang pengajar injil—setiap soalan, setiap tulisan suci, setiap aktiviti—adalah untuk menjemput Roh membina iman dan menjemput semua orang untuk datang kepada Kristus. … Muzik kudus, tulisan suci, kata-kata nabi hari ini, ungkapan kasih dan kesaksian, dan saat-saat renungan sunyi semuanya menjemput hadirat Roh” (Teaching in the Savior’s Way, 10).

Cetak