Ajaran dan Perjanjian 2021
18–24 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 121–123: “Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?”


“18–24 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 121–123: ‘Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu:Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“18–24 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 121–123,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Penjara Liberty

Liberty Jail Spring (Spring Penjara Liberty), oleh Al Rounds

18–24 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 121–123

“Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?”

Cara terbaik untuk bersedia mengajar adalah dengan membaca tulisan suci, memikirkan tentang orang yang anda ajar, dan mengikuti Roh. Aktiviti-aktiviti dalam panduan ini dapat menambah kepada ilham yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli kelas untuk pilih satu pesanan dari Ajaran dan Perjanjian 121–123 yang mereka ingin kongsikan dengan seseorang yang sedang menderita. Biarkan mereka menerangkan pilihan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 121:1–33122

Jika kita menahani ujian dengan baik, Tuhan akan memuliakan kita.

  • Anda mungkin mempunyai ahli kelas yang, disebabkan oleh ujian yang sukar, mempunyai perasaan yang serupa dengan apa yang dinyatakan oleh Joseph Smith dalam Ajaran dan Perjanjian 121:1–6. Selepas membaca ayat-ayat ini bersama, anda boleh menjemput ahli kelas untuk mengenal pasti dan berkongsi pesanan dalam ayat 7–33 yang memberi mereka harapan dan hiburan semasa ujian mereka. Apakah maksudnya untuk “bertahan … dengan baik”? (ayat 8). Bagaimanakah Juruselamat membantu kita bertahan dengan baik? Bagaimanakah kita boleh saling membantu sesama untuk bertahan dengan baik?

  • Untuk membantu ahli kelas pertimbangkan bagaimana ujian boleh “memberi [kita] pengalaman” dan “akan menjadi kebaikan [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 122:7), anda boleh memberikan mereka sekeping kertas dan minta mereka tuliskan satu ujian yang mereka telah alami. Di belakang kertas, ahli kelas boleh menulis perkataan “pengalaman” dan “kebaikan.” Semasa anda berbincang bersama Ajaran dan Perjanjian 122, galakkan ahli kelas untuk tuliskan pemikiran mereka tentang “di sebalik” ujian mereka: “pengalaman” atau “kebaikan” yang mereka perolehi. Sesetengah ahli kelas mungkin selesa berkongsi bagaimana ujian mereka menjadi untuk kebaikan mereka. Atau mereka boleh bacakan pengalaman Elder Koichi Aoyagi dalam “Bertahanlah Pada Jalanmu” (Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 126–28).

Ajaran dan Perjanjian 121:34–46

Kita mesti soleh untuk mengakses “kuasa syurga.”

  • Ia mungkin menarik untuk membandingkan bagaimana “kuasa atau pengaruh” dikekalkan di dunia dan bagaimana Tuhan mengajar bahawa kuasa atau pengaruh harus dikekalkan (lihat bahagian 121). Untuk membantu dalam perbincangan ini, anda boleh membuat jadual dua lajur di papan tulis yang berlabel Kuasa Duniawi dan Kuasa Syurga. Ahli kelas boleh mengisi jadual dengan perkataan dan frasa dari Ajaran dan Perjanjian 121:34–46. Bagaimanakah ayat-ayat ini mengubah cara kita melihat tanggungjawab kita dalam keluarga kita, sebagai pelayan rohani saudara dan saudari, atau dalam situasi lain di mana kita berharap untuk mempengaruhi orang lain untuk kebaikan?

  • Salah satu cara untuk membincangkan nasihat dan berkat yang indah dalam Ajaran dan Perjanjian 121:45–46 adalah untuk membahagikan kelas ke dalam kumpulan dan minta setiap kumpulan untuk mengkaji dan membincangkan frasa dari ayat-ayat ini, seperti “biarlah kehemahan mengisi fikiranmu tanpa henti” atau “bagaikan embun dari langit.” Mereka boleh mencari definisi perkataan, membaca tulisan suci yang berkaitan dalam nota kaki, dan bincangkan apakah makna frasa-frasa itu kepada mereka. Sesetengah kumpulan mungkin mahu melukis gambar untuk menggambarkan frasa mereka. Jemput setiap kumpulan untuk berkongsi dengan kelas apa yang mereka telah pelajari.

Ajaran dan Perjanjian 122:8–9

Yesus Kristus telah turun ke bawah semua perkara dan menguatkan kita dalam ujian-ujian kita.

  • Memahami bahawa Yesus Kristus “telah turun di bawah … segalanya” boleh memberi ahli kelas keyakinan untuk berpaling kepada-Nya. Tulisan suci tambahan ini boleh membantu menjelaskan maksud frasa ini: Yesaya 53:3–4; Ibrani 2:17–18; 1 Nefi 11:16–33; Alma 7:11–13. Ahli kelas boleh membaca ayat-ayat ini, bersama dengan Ajaran dan Perjanjian 122:8, mencari sesuatu yang meningkatkan kepercayaan mereka bahawa Yesus Kristus dapat membantu mereka dalam ujian mereka. Mereka boleh juga mencari ilham dalam lagu rohani tentang Juruselamat, seperti “Di Mana Kiranya Damai Sejaht’ra?” (Nyanyian Rohani, no. 46).

  • Kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” memberikan pandangan lanjut tentang bagaimana Juruselamat turun di bawah segalanya. Anda mungkin fikirkan satu cara di mana anda dapat menunjukkan bagaimana untuk berada “di bawah” satu objek berat menjadikan kita “kedudukan sempurna untuk mengangkat[nya].” Bagaimanakah pengetahuan bahawa Juruselamat turun di bawah segalanya membantu kita dalam ujian-ujian kita?

    Imej
    Yesus di atas tanah di Getsemani.

    Yesus memahami penderitaan kita. Not My Will, But Thine (Bukan Kehendakku, Tetapi Kehendak Mu), oleh Walter Rane.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kristus turun di bawah segala hal.

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan, “Ada jutaan orang yang takut akan Tuhan berdoa kepada Tuhan untuk dibebaskan dari penderitaan mereka. Juruselamat kita telah mengungkapkan bahawa Dia ‘turun di bawah segala hal’ (Ajaran&Perjanjian 88:6). Seperti Elder Neal A. Maxwell mengajar, ‘Dengan “turun di bawah segala hal,” Dia mengerti, secara sempurna dan peribadi, julat penderitaan manusia.’ [Ensign, Nov. 1997, 23]. Kita mungkin sebut bahawa, dengan turun di bawah kesemuanya, Dia berada pada kedudukan yang sempurna untuk mengangkat kita dan memberi kita kekuatan yang perlu untuk menahani kesengsaraan kita” (“Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 64).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Panggilan anda adalah terilham. Sebagai pengajar, anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk memberkati anak-anaknya. Dia mahu anda berjaya, jadi jika anda hidup layak untuk mendapat bantuan-Nya, Dia akan memberikan wahyu yang anda perlukan (lihat Teaching in the Savior’s Way, 5).

Cetak