Ajaran dan Perjanjian 2021
25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124: “Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”


“25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124: ‘Sebuah Rumah Demi Nama-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“25–31 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 124,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Nauvoo

Nauvoo the Beautiful, oleh Larry Winborg

25–31 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 124

“Sebuah Rumah Demi Nama-Ku”

Untuk Roh membawa asas-asas kepada peringatan kita apabila kita mengajar (lihat Yohanes 14:26), kita mesti mengkaji dengan tekun dan merenungkan asas-asas tersebut terdahulu.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk menjemput para ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka temui dalam Ajaran dan Perjanjian 124 yang membuat mereka pertimbangkan asas injil dalam cara baharu. Apakah yang mereka telah baca—secara individu atau sekeluarga—yang mengubah cara mereka rasa, fikir, atau hidup?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 124:15, 20

Tuhan senang hati dengan integriti.

  • Dalam bahagian 124, Tuhan memuji Hyrum Smith dan George Miller untuk integriti mereka. Untuk membantu ahli kelas mengkaji sifat ini dengan lebih mendalam, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 124:15, 20 dan renungkan apa yang mereka pelajari tentang integriti dari ayat-ayat tersebut. Apakah lagi yang kita pelajari dari tulisan suci yang tersenarai di bawah “Integriti” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) atau dari pesanan Elder Richard J. Maynes “Memperoleh Kepercayaan Tuhan dan Keluarga Anda”? (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 75–77). Mungkin ahli kelas boleh berkongsi contoh-contoh orang berintegriti yang mereka kenal. Mengapakah integriti merupakan satu sifat yang bernilai?

Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60–61

Tuhan mahu kita mengalu-alukan dan menerima orang lain.

  • Ahli kelas anda mungkin belajar sesuatu dari gambaran Tuhan tentang Rumah Nauvoo yang dapat membantu dalam interaksi mereka dengan orang bukan Orang Suci Zaman Akhir atau ahli Gereja kurang aktif. Anda boleh lukis sebuah rumah di papan tulis dan menjemput ahli kelas lihat Ajaran dan Perjanjian 124:22–24, 60–61 untuk perkataan yang Tuhan gunakan untuk menggambarkan tujuan Rumah Nauvoo. Kemudian, mereka boleh menulis perkataan-perkataan itu di sekeliling rumah lukisan itu. Bagaimanakah istilah-istilah tersebut dapat digunakan oleh Gereja Yesus Kristus? Apakah yang kita boleh lakukan untuk mencipta budaya mengalu-alukan yang sama dalam bahagian kita dan rumah kita?

Ajaran dan Perjanjian 124:25–45, 55

Tuhan memerintahkan kita untuk membina bait suci agar kita dapat menerima tatacara-tatacara kudus.

  • Ahli kelas boleh membayangkan mereka tinggal di Nauvoo pada tahun 1841 dan bekerja membina Bait suci Nauvoo apabila seorang kawan bertanya, “Mengapakah kita asyik membina bait suci seperti ini?” Apakah yang kita akan katakan kepada kawan ini? Ahli kelas boleh mencari idea dalam Ajaran dan Perjanjian 124:28–30, 37–42, 55. Jika sesetengah ahli kelas tidak mengetahui tatacara yang disebutkan dalam ayat-ayat ini, pertimbangkan untuk menerangkan tujuan dan berkat-berkat tatacara-tatacara injil tersebut. Lihat temples.ChurchofJesusChrist.org untuk panduan tentang hal-hal yang sesuai dibincangkan di luar bait suci dan gambar bait suci yang boleh ditunjukkan dalam kelas.

    Imej
    Joseph Smith bersama para lelaki sedang membina Bait suci Nauvoo

    Joseph Smith at the Nauvoo Temple (Joseph Smith di Bait suci Nauvoo), oleh Gary E. Smith

Ajaran dan Perjanjian 124:45–55

Tuhan akan memberkati mereka yang berusaha mematuhi perintah-perintah-Nya.

  • Para Orang Suci telah diperintahkan untuk membina sebuah bait suci di Jackson County tetapi “dihalang oleh musuh mereka,” (Ajaran dan Perjanjian 124:51). Dalam ayat 49–55, Tuhan menangani situasi ini, mungkin terdapat pesanan yang meyakinkan bagi orang yang ingin mematuhi perintah-perintah Tuhan tetapi dihalang daripada melakukannya kerana keluarga atau keadaan lain. Anda boleh membaca ayat ini dengan ahli kelas dan meminta mereka untuk memikirkan situasi-situasi di mana orang mungkin tidak dapat memenuhi keinginan soleh mereka kerana keadaan mereka yang tidak dapat dikawal. Apakah nasihat dalam ayat ini yang boleh membantu seseorang dalam keadaan sedemikian? Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang kepatuhan?

Ajaran dan Perjanjian 124:91–92

Tuhan boleh membimbing kita melalui berkat bapa bangsa kita.

  • Adakah ahli kelas anda akan mendapat manfaat daripada perbincangan tentang bapa bangsa dan berkat bapa bangsa? Anda boleh bermula dengan menjemput ahli kelas bacakan Ajaran dan Perjanjian 124:91–92, mencari apa yang Hyrum Smith dipanggil untuk lakukan. Kemudian anda boleh menulis di papan tulis Apa dan Mengapa dan menjemput ahli kelas untuk membaca “Berkat Bapa Bangsa” (Panduan Tulisan Suci) untuk mengetahui apakah berkat bapa bangsa dan nilainya. Bagaimanakah seseorang bersedia untuk menerima berkat bapa bangsa? Pertimbangkan untuk menjemput beberapa orang yang telah menerima berkat bapa bangsa mereka untuk berkongsi mengapa mereka bersyukur baginya. (Ingatkan mereka untuk tidak berkongsi perkara yang terlalu peribadi atau kudus daripada berkat-berkat mereka.) Bagaimanakah kita dapat menunjukkan penghargaan terhadap berkat bapa bangsa kita?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Doa untuk ahli-ahli kelas anda. Berdoa dengan menyebut nama mereka yang anda ajar. Anda boleh berdoa untuk memahami keperluan mereka dan mengetahui apa yang harus diajar untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Anda juga boleh meminta Bapa Syurgawi untuk “menyediakan hati mereka” (Alma 16:16) bagi menerima kebenaran yang anda akan ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 6.)

Cetak