Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128: “Suara Kegembiraan Bagi yang Hidup dan yang Mati”


“1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128: ‘Suara Kegembiraan Bagi yang Hidup dan yang Mati,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 November. Ajaran dan Perjanjian 125–128,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
keluarga bersama nenek moyang di dunia roh

Us with Them and Them with Us (Kita Bersama Mereka dan Mereka Bersama Kita), oleh Caitlin Connolly

1–7 November

Ajaran dan Perjanjian 125–128

“Suara Kegembiraan Bagi yang Hidup dan yang Mati”

Renungkan kata-kata berikut daripada Elder Ulisses Soares: “Pengajar terbaik ialah contoh yang baik. Mengajar sesuatu yang kita betul-betul ikut boleh membuat perubahan dalam hati orang yang kita ajar.” (“Bagaimanakah Saya Boleh Faham?Ensign atau Liahona, Mei 2019, 7).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli kelas boleh menulis di papan tulis frasa-frasa dari Ajaran dan Perjanjian 125–128 yang mengilhami mereka. Biarkan mereka berkongsi fikiran mereka tentang frasa tersebut. Bagaimanakah pengkajian kebenaran ini mempengaruhi tindakan-tindakan mereka minggu ini?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 126

“Menguruskan keluargamu dengan baik.”

  • Panggilan yang Brigham Young terima untuk melayan dalam Gereja memerlukannya dan keluarganya untuk membuat pengorbanan besar; firman-firman Tuhan kepada Brigham dalam bahagian 126 boleh mengilhami satu perbincangan kelas tentang mengapa Tuhan kadangkala memerlukan pengorbanan dalam pelayanan kita. Bagaimanakah Tuhan telah membantu kita memenuhi tanggungjawab kita di rumah, dalam panggilan Gereja, dan aspek-aspek yang lain dalam kehidupan?

Ajaran dan Perjanjian 127:2–4

Kita boleh bergantung kepada Tuhan pada masa-masa yang sukar.

  • Bagaimanakah Ajaran dan Perjanjian 127:2–4 boleh membantu ahli kelas berasakan bahawa, seperti Joseph Smith, mereka sedang berenang dalam “air yang dalam”? Anda boleh menjemput ahli kelas untuk bacakan ayat ini dan kongsikan bagaimana mereka akan meringkaskan sikap Joseph terhadap cabarannya. Apakah frasa-frasa dari ayat tersebut yang dapat membantu seseorang yang sedang dalam kesusahan? Bagaimanakah Joseph bergantung kepada Tuhan semasa percubaannya? Bagaimanakah kita dapat mengikuti contohnya?

Ajaran dan Perjanjian 128

Keselamatan nenek moyang kita penting bagi keselamatan kita.

  • Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengilhami ahli kelas untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga. Ajaran dan Perjanjian 128:15–18 dapat membantu mereka merasakan kepentingan pekerjaan ini; anda boleh menjemput mereka carikan ayat-ayat ini untuk sesuatu yang meningkatkan keinginan mereka untuk melakukan pembaptisan bagi nenek moyang mereka yang sudah mati. Soalan-soalan seperti berikut mungkin dapat membantu mereka merenungkan ayat-ayat ini: Mengapakah “kita tanpa orang-orang kita yang telah mati tidak dapat dijadikan sempurna”? (ayat 15). Mengapakah Joseph Smith memanggil pembaptisan bagi yang telah mati “suatu cara istimewa subjek yang paling mulia dari semua subjek yang termasuk dalam injil abadi”? (ayat 17; lihat juga petikan dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Bagaimanakah bumi dikutuk jika tidak ada “ikatan yang kuat … antara para bapa dan anak”? (ayat 18). Jika ahli-ahli kelas memerlukan bantuan untuk memulakan kerja sejarah keluarga, anda boleh bercakap dengan mereka bagaimana untuk memulakannya.

    Anda juga boleh mengilhami mereka dengan ayat-ayat yang menyatakan kebahagiaan yang datang daripada pekerjaan bait dan sejarah keluarga, seperti Ajaran dan Perjanjian 128:19–23. Ahli kelas boleh membaca ayat-ayat ini dan mencari frasa-frasa yang menunjukkan perasaan Joseph Smith tentang keselamatan bagi mereka yang telah mati. Kemudian anda boleh meminta mereka untuk berkongsikan pengalaman ketika mereka mempunyai perasaan yang sama tentang pekerjaan ini.

  • Kerana keselamatan orang yang telah mati adalah unik kepada Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita mungkin mempunyai peluang untuk menerangkan ajaran ini kepada orang-orang yang belum pernah mendengarnya sebelum ini. Ahli kelas boleh mencari Ajaran dan Perjanjian 128 untuk sesuatu yang mereka boleh kongsi dalam perbualan dengan seseorang yang bertanya mengenai pembaptisan untuk orang yang telah mati. Apakah ajaran ini ajarkan kita tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Biarkan ahli kelas berlatih apa yang mereka akan katakan.

    Imej
    remaja putera dengan kad-kad nama keluarga

    Melakukan pelayanan bait suci untuk nenek moyang kita mengikat hati kita kepada mereka.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Presiden Gordon B. Hinckley berkata:

“Korban tebusan Yesus bagi semua pihak mewakili pengorbanan yang perwakilan. Dia menetapkan pola di mana Dia menjadi wakil untuk semua manusia. Pola ini di mana seorang manusia boleh bertindak bagi pihak yang lain dibawa ke hadapan dalam tatacara Rumah Tuhan. Di sini kita melayani bagi mereka yang telah mati tanpa pengetahuan injil. Mereka mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak tatacara yang telah dilaksanakan. Mereka diletakkan pada kedudukan yang sama dengan mereka yang berjalan di bumi. Orang yang telah mati diberi peluang yang sama seperti yang hidup. Sekali lagi, betapa besarnya dan mulianya syarat yang telah dibuat oleh Maha Kuasa melalui wahyu-Nya kepada Nabi-Nya” (“The Great Things Which God Has Revealed,” Ensign atau Liahona, Mei 2005, 82–83).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Doa untuk ahli-ahli kelas anda. Berdoa dengan menggunakan nama mereka yang anda ajar, dan cuba memahami keperluan khusus mereka. Semasa anda berbuat demikian, Bapa Syurgawi dapat membantu anda mengetahui apa yang harus diajar untuk membantu memenuhi keperluan tersebut. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 6.)

Cetak