Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132: “Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat daripada Tuhan, Itu Adalah kerana Kepatuhan”


“8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132: ‘Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat daripada Tuhan, Itu Adalah kerana Kepatuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 November. Ajaran dan Perjanjian 129–132,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Joseph Smith mengajar di Nauvoo

Joseph Smith in Nauvoo (Joseph Smith di Nauvoo), 1840, oleh Theodore Gorka

8–14 November

Ajaran dan Perjanjian 129–132

“Apabila Kita Menerima Apa Pun Berkat daripada Tuhan, Itu Adalah kerana Kepatuhan”

Walaupun ia penting untuk mempunyai rancangan pengajaran, ia juga penting untuk menjadi responsif kepada Roh dan keperluan ahli kelas. Ketahui dari ahli kelas apakah asas-asas dalam bahagian 129–132 yang bermakna kepada mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli kelas mungkin telah mempelajari sesuatu daripada kajian mereka dari bahagian 129–132 yang berkaitan dengan pelbagai topik injil. Untuk memberi mereka peluang berkongsi apa yang mereka telah pelajari, anda boleh menulis beberapa topik di papan tulis, seperti malaikat, permuliaan, kepatuhan, sifat Tuhan, dan perkahwinan abadi (anda juga boleh menulis lain-lain di papan tulis bagi topik tambahan). Ahli kelas boleh mengambil beberapa minit untuk mencari ayat di bahagian ini yang berkaitan dengan salah satu topik dan menulis rujukan itu di papan tulis. Anda kemudian boleh membaca ayat-ayat sebagai satu kelas dan bercakap tentang apa yang diajar oleh setiap topik itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 130:2, 18–23; 131:1–4; 132:20–25

Kehidupan ini bertujuan untuk mempersiapkan kita untuk permuliaan.

  • Terdapat banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai permuliaan atau kehidupan di kerajaan selestial—kebanyakannya mungkin di luar kemampuan kita untuk memahami sekarang. Tetapi Tuhan telah mendedahkan beberapa petunjuk berharga, dan banyak daripadanya ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 130–32. Ahli kelas boleh mengkaji satu atau lebih rujukan yang disenaraikan di atas dan berkongsi apa-apa pandangan yang mereka temui mengenai permuliaan atau kerajaan selestial. Bagaimanakah pengetahuan tentang maklumat ini mengenai kehidupan abadi memberkati kehidupan kita sekarang?

Ajaran dan Perjanjian 130:20–21; 132:5

Berkat datang dari kepatuhan kepada Tuhan.

  • Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 dan 132:5 mengajar asas yang sama. Galakkan ahli kelas untuk membaca kedua-dua ayat dan nyatakan, dengan menggunakan kata-kata mereka sendiri, apakah asas tersebut. Bagaimanakah asas ini ditunjukkan dalam kehidupan kita? Bagaimanakah kita dapat mencari harapan dan keyakinan dalam Kristus ketika kita patuh tetapi berkat yang kita harapkan tidak datang dengan segera? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh mengkaji bersama pandangan dari pesanan Elder Dale G. Renlund “Banyak Berkat” (Ensign atau Liahona, Mei 2019, 70–73).

Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:3–25

Bapa Syurgawi membolehkan keluarga menjadi abadi.

  • Apakah yang kita boleh katakan kepada kawan yang bertanya, “Mengapakah perkahwinan dan keluarga begitu penting di gereja anda?” Ahli kelas boleh berfikir tentang bagaimana mereka akan menjawab soalan itu ketika mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:3–25; atau kata-kata Elder Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi cara hidup kita?

    Imej
    seorang lelaki dan seorang wanita di luar Bait suci Accra Ghana

    Hubungan keluarga dapat dibuat abadi melalui tatacara bait suci.

Ajaran dan Perjanjian 132:1–2, 29–40

Perkahwinan poligami diterima oleh Tuhan hanya apabila Dia memerintahkannya.

  • Jika ahli kelas mempunyai soalan tentang perkahwinan poligami, bantu mereka melihat bahawa Joseph Smith dan para Orang Suci awal yang lain juga mempunyai soalan. Galakkan mereka untuk mencari soalan yang Joseph tanyakan kepada Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 132:1 dan jawapan yang dia terima dalam ayat 29–40 (lihat juga Yakub 2:27, 30). Mungkin ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka mencari jawapan kepada soalan injil dan bagaimana mereka kekal setia walaupun beberapa soalan mereka belum dijawab.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Keluarga adalah “tarekat syurga.”

Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:

“Saya bersyukur saya kepunyaan gereja yang menghargai perkahwinan dan keluarga. Ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dikenali sebagai orang yang mempunyai perkahwinan dan keluarga terbaik di seluruh dunia. Saya percaya ini disebabkan, sebahagiannya, oleh kebenaran berharga yang dipulihkan oleh Joseph Smith bahawa perkahwinan dan keluarga adalah abadi. Keluarga-keluarga bukan sahaja bererti untuk jadikan hal berlaku dengan lebih senang di bumi ini, dan untuk disingkir apabila kita sampai ke syurga. Tetapi, mereka tata tertib syurga. Mereka ialah lambang pola selestial dan suatu contoh keluarga abadi Tuhan.

“Tetapi perkahwinan kuat dan hubungan keluarga tidak berlaku hanya kerana kita ahli-ahli Gereja. Ia memerlukan kerja yang berterusan dan sengaja. Ajaran keluarga abadi harus memberi inspirasi untuk mendedikasikan usaha terbaik kita dalam menyelamatkan dan memperkaya perkahwinan dan keluarga kita.” (“Pujian Kepada Orang Yang Menyelamatkan,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 77).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mewujudkan satu persekitaran yang selamat. “Galakkan [ahli kelas] untuk membantu anda mewujudkan persekitaran terbuka, penyayang, dan penuh hormat supaya semua orang merasa selamat berkongsi pengalaman, soalan, dan kesaksian mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 15).

Cetak