Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134: “Bersedialah Kamu untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”


“15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134: ‘Bersedialah Kamu untuk Kedatangan Pengantin Lelaki,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 November. Ajaran dan Perjanjian 133–134,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
lima anak dara yang bijak

The Bridegroom Cometh (Pengantin Lelaki Datang), oleh Elizabeth Gibbons

15–21 November

Ajaran dan Perjanjian 133–134

“‘Bersedialah Kamu untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”

Apakah kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 133–134 yang anda rasa akan membantu kelas anda? Pertimbangkan dengan penuh doa tentang keperluan mereka semasa anda mengkaji minggu ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh menulis perkataan dengar di papan tulis dan jemput ahli kelas untuk menulis di sebelahnya ayat-ayat dari Ajaran dan Perjanjian 133–134 yang mereka percaya kita perlu dengar pada zaman kita. Minta mereka untuk berkongsi pandangan mereka tentang ayat-ayat itu. (Bantu ahli kelas memberi tumpuan kepada asas ajaran dan bukan pandangan politik.)

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 133:1–19; 37–39

Tuhan mahu kita bersiap sedia untuk Kedatangan Kedua-Nya.

  • Bagaimanakah anda akan membantu kelas anda memahami mengapa ia penting untuk menguduskan diri untuk membantu orang lain bersedia bagi Kedatangan Kedua Juruselamat? Anda boleh menjemput ahli kelas untuk mengkaji semula Ajaran dan Perjanjian 133:1–19, 37–39 dan buat dua senarai: satu senarai nasihat Tuhan tentang bagaimana menguduskan diri kita dan satu lagi nasihat tentang cara menyediakan dunia untuk pengembalian Juruselamat. Apakah maksudnya, dalam pengertian rohani, untuk “pergilah … keluar dari Babilon” (ayat 5) dan “pergi ke Sion”? (ayat 12). Untuk mengetahui lanjut maksud pengudusan, lihat “Pengudusan” dalam Panduan Tulisan suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

Ajaran dan Perjanjian 133:19–53

Kedatangan Kedua akan menjadi perkara gembira bagi orang soleh.

  • Dalam kajian tulisan suci mereka di rumah, ahli kelas anda mungkin menemui petikan yang bermakna dalam bahagian ini yang menyebabkan mereka menantikan kedatangan Kedua Juruselamat. Jemput mereka untuk berkongsi petikan-petikan ini. Anda juga boleh menjemput kelas untuk mengkaji ayat 19–53 secara berpasangan, mencari sebab untuk menantikan Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Semasa ahli kelas berkongsi apa yang mereka temui, galakkan mereka untuk bercakap tentang bagaimana Juruselamat telah “menebus mereka, [membawa] mereka dan mengangkat mereka,” (ayat 53). Ini adalah satu peluang yang baik untuk menyanyi bersama satu lagu rohani mengenai kuasa penebusan Juruselamat, seperti “Penebusku Hidup” (Nyanyian Rohani, no. 52). Apakah “nyanyian kebahagiaan kekal” (ayat 33) lain yang membantu kita merasakan “kebaikan hati penuh kasih Tuhan [kita]”? (ayat 52).

Ajaran dan Perjanjian 134

“Kerajaan ditubuhkan oleh Tuhan demi manfaat manusia.”

  • Untuk membantu ahli kelas belajar dari Ajaran dan Perjanjian 134, anda boleh meletakkan soalan-soalan seperti berikut dalam satu bekas atau di papan tulis: Bagaimanakah Tuhan mahu kerajaan memberi manfaat kepada anak-anak-Nya? Apakah yang kita perlu lakukan jika undang-undang duniawi bercanggah dengan undang-undang syurga? Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai warga dunia? Jemput ahli kelas untuk memilih soalan dan gunakan bahagian 134 untuk mencipta jawapan. Galakkan ahli kelas untuk mengelak dari bercakap tentang isu atau pandangan politik tertentu.

  • Kebebasan untuk “menyembah bagaimana, di mana, atau apa pun yang [kita] mahu” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:11) adalah satu keistimewaan yang Tuhan inginkan bagi semua orang. Jika anda rasa ia akan memberi manfaat kepada kelas anda untuk bercakap mengenai asas kebebasan beragama, pertimbangkan membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 134:4, 7, 9. Apakah ayat-ayat ini ajarkan kita tentang peranan kerajaan dalam melindungi kebebasan beragama? Bagaimanakah kita dapat mempromosikan kebebasan beragama untuk orang lain dan diri sendiri? Ahli kelas boleh mencari pandangan untuk membantu menjawab soalan ini dalam “Sumber-sumber Tambahan.”

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Dasar kebebasan agama.

Elder Robert D. Hales telah mengajar:

“Ada empat aspek dasar kebebasan agama yang harus kita Orang Suci Zaman Akhir bergantung pada dan melindungi.

“Yang pertama ialah kebebasan untuk percaya. “Tidak ada seorang pun yang harus dikritik, dianiaya, atau diserang oleh individu atau kerajaan, berdasarkan kepercayaannya tentang Tuhan. …

“Aspek dasar kedua kebebasan agama ialah kebebasan untuk mengongsikan iman dan kepercayaan kita dengan orang lain. … Sebagai ibu bapa, penginjil sepenuh masa, dan penginjil ahli, kita bergantung pada kebebasan agama untuk mengajar ajaran Tuhan dalam keluarga kita dan di seluruh dunia.

“Aspek dasar kebebasan agama ialah kebebasan untuk menubuhkan organisasi, satu gereja, dan untuk menyembah secara aman bersama orang lain. Fasal kepercayaan ke-sebelas mengisytiharkan, “Kami menuntut hak istimewa untuk menyembah Tuhan Yang Maha Kuasa menurut suara hati nurani kami sendiri, dan memperkenankan semua orang hak istimewa yang sama, biarlah mereka menyembah bagaimana, di mana, atau apa yang mereka kehendaki.’ …

“Aspek dasar ke-empat kebebasan agama ialah kebebasan untuk mengikut agama kita—bukan hanya dalam rumah dan gereja tetapi juga di tempat awam.” (“Mengekalkan Hak pilihan, Mempertahankan Kebebasan Agama,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 112).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengajar “mengapa.” “Jika [ahli kelas] memahami rancangan abadi Bapa Syurgawi untuk kebahagiaan anak-anak-Nya, sebab-sebab untuk asas dan perintah injil menjadi lebih jelas dan motivasi untuk mematuhinya meningkat” (Teaching in the Savior’s Way, 20).

Cetak