Ajaran dan Perjanjian 2021
4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114: “Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”


“4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114: ‘Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“4–10 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 111–114,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Joseph Smith sedang berkhutbah

4–10 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 111–114

“Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 111–114, pertimbangkan kebenaran rohani yang Tuhan mahu ahli kelas anda untuk fahami. Roh Kudus akan membantu membimbing anda untuk mengetahui asas-asas yang harus difokuskan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk melukis peti harta karun di papan tulis. Ahli kelas boleh menulis pada papan tulis ayat-ayat dari bahagian 111–114 di mana mereka temui sesuatu yang mereka anggap sebagai “banyak harta” (Ajaran dan Perjanjian 111:2). Minta beberapa ahli untuk berkongsi apa yang mereka dapati berharga dalam ayat-ayat tersebut

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 111

Tuhan boleh “mengaturkan semua hal demi kebaikan [kita].”

  • Nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 111 boleh membantu ahli kelas anda apabila mereka bimbang tentang hal duniawi atau rohani, sepertimana ia telah membantu Joseph Smith dengan kebimbangannya tentang Sion. Anda boleh memulakan perbincangan tentang bahagian ini dengan menjemput ahli kelas untuk menyenaraikan perkara yang mereka atau orang yang mereka kenali bimbangkan. Kemudian, dengan kebimbangan-kebimbangan tersebut, mereka boleh mencari bahagian 111 untuk nasihat dan ketenangan yang diberikan Tuhan untuk membantu kita. Ahli kelas boleh berkongsi bagaimana Juruselamat telah membantu mereka ketika mereka meletakkan kepercayaan kepada-Nya.

  • Ahli kelas anda mungkin mempunyai pengalaman-pengalaman seperti Joseph—apabila mereka merasakan Tuhan telah menerima mereka walaupun “kebodohan” ada pada mereka (Ajaran dan Perjanjian 111:1). Bagaimanakah pengalaman mereka merupakan contoh kebenaran yang diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 111? Contohnya, apabila mereka merasakan Tuhan “mengaturkan semua hal demi kebaikan [mereka]”? (ayat 11). Apakah pengalaman-pengalaman tersebut ajarkan mereka tentang Juruselamat dan tentang diri mereka sendiri?

Ajaran dan Perjanjian 112:3–15, 22

Tuhan akan membimbing mereka yang dengan rendah hati mencari kehendak-Nya.

  • Untuk membantu ahli kelas membincangkan apa yang bahagian 112 ajarkan tentang kerendahan hati, pertimbangkan untuk membahagikan kelas kepada tiga kumpulan. Berikan setiap kumpulan salah satu daripada soalan berikut untuk direnungkan ketika mereka mengkaji semula ayat 3–15 dan 22: Apakah itu kerendahan hati? Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih rendah hati? Apakah berkat-berkat yang dijanjikan kepada orang yang rendah hati? Berikan masa untuk kelas berkongsikan jawapan mereka. Kumpulan-kumpulan boleh mendapatkan pandangan tambahan dengan membaca kenyataan Elder Quentin L. Cook dalam “Sumber-sumber Tambahan”. Mengapakah kerendahan hati penting untuk melakukan pekerjaan Tuhan?

    Imej
    dua orang sedang berdoa

    Jika kita rendah hati, Tuhan akan membimbing kita dan menjawab doa kita.

Ajaran dan Perjanjian 112:12–26

Mereka yang benar-benar berpaling kepada Tuhan mengenali Yesus Kristus.

  • Hakikat bahawa beberapa Rasul pada tahun 1837 berpaling menentang Nabi adalah peringatan yang baik bahawa tidak kira apa panggilan kita ada atau betapa banyak yang kita ketahui tentang injil, kita secara individunya mesti memastikan kita benar-benar berpaling kepada Tuhan. Membaca nasihat yang Tuhan berikan kepada Thomas B. Marsh untuk membantu dia menyatukan Kuorum Dua Belas dapat memberikan gambaran kepada kelas anda tentang apa maksudnya untuk berpaling kepada Tuhan. Mungkin beberapa ahli kelas boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 112:12–26 dengan memikirkan tentang seorang ahli keluarga atau kawan—seseorang yang mungkin bergoyah dengan iman mereka. Apakah kebenaran dalam ayat-ayat ini yang akan ditekankan oleh ahli kelas untuk membantu orang itu menjadi lebih berpaling kepada Tuhan? Berikan ahli kelas masa untuk merenungkan apa yang mereka boleh lakukan untuk menguatkan penukaran hati mereka sendiri kepada Tuhan.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Sifat seperti Kristus yang rendah hati.

Elder Quentin L. Cook mengajarkan:

“Malangnya, pada zaman kita dalam hampir semua bahagian masyarakat, kita nampak kepentingan diri dan keangkuhan ditayangkan tetapi kerendahan hati dan pertanggungjawapan kepada Tuhan diperkecilkan. Kebanyakan masyarakat tidak faham kebenaran dasar dan tidak faham mengapa kita berada di bumi ini. Kerendahan hati yang benar, yang mustahak untuk mencapai tujuan Tuhan bagi kita, adalah kurang nyata.

“Adalah penting untuk memahami kepentingan kerendahan hati Kristus, kesolehan, sifat, dan kebijaksanaan-Nya seperti yang diberi contoh dalam kitab suci. Adalah kurang bijak untuk memandang rendah keperluan untuk terus berusaha bagi memperolehi sifat-sifat seperti Kristus ini setiap hari, terutamanya kerendahan hati. …

“Pada Julai 23, 1837, Nabi Joseph bertemu dengan Elder Thomas B. Marsh, Presiden Kuorum Dua Belas. Elder Marsh merasa kecewa bahawa Nabi sudah panggil dua ahli kuorumnya untuk pergi ke England tanpa berunding bersama dia. Apabila Joseph bertemu dengan Elder Marsh, semua kelukaan hati diketepikan, dan Nabi menerima satu wahyu yang luar biasa. Ia menjadi bahagian ke-112 dalam Ajaran dan Perjanjian. Ia memberikan arahan dari syurga berkenaan kerendahan hati dan kerja penginjil. Ayat 10 membaca, ‘Jadilah engkau rendah hati; dan Tuhan Rajamu akan memimpin tanganmu, dan memberi engkau jawapan pada doa-doamu’ [Ajaran dan Perjanjian 112:10; penekanan ditambah]” (“The Eternal Everyday,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 51–52).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tumpu kepada orang. “Cara anda melayani orang sama pentingnya seperti apa yang anda ajari mereka. Kadangkala keasyikan kita dalam menyampaikan pelajaran menghalang kita daripada menyatakan kasih kita kepada mereka yang diajari. … Pertimbangkan bagaimana anda boleh tumpukan pada hal-hal yang penting” (Teaching in the Savior’s Way, 6).

Cetak