Ajaran dan Perjanjian 2021
13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia: “Keluarga Adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”


“13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia: “Keluarga Adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“13–19 Disember. Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
sebuah keluarga

13–19 Disember

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia

“Keluarga Adalah Utama di dalam Rancangan Pencipta”

Semasa anda mengkaji “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” minggu ini, pertimbangkan kebenaran yang akan menyokong ahli kelas dalam usaha mereka untuk menguatkan rumah dan keluarga mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli kelas berkongsi apa yang mereka pelajari minggu ini dari kajian mereka tentang perisytiharan keluarga, anda boleh meminta mereka memilih mana-mana perenggan dan meringkaskan dalam satu ayat apa yang diajarkan oleh perenggan itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

“Keluarga adalah utama di dalam rancangan Pencipta.”

  • Gereja terkenal dengan penekanannya berkenaan keluarga, dan perisytiharan keluarga mengungkapkan sebab ajaran itu ditekankan. Untuk menggalakkan perbincangan tentang perkara ini, anda boleh menjemput ahli kelas membayangkan seseorang bertanya kepada mereka mengapa Gereja memberi penekanan kepada keluarga. Apakah kebenaran dari perisytiharan yang kita boleh kongsi untuk menjawab soalan orang itu?

  • Satu sebab perisytiharan keluarga sangat penting ialah ia menegaskan kebenaran yang sedang diserang di zaman kita. Apakah kebenaran dalam perisytiharan yang membantu kita tidak ditipu oleh idea-idea palsu tentang keluarga di dunia hari ini? Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi pilihan yang kita buat? Kenyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin berguna dalam menjawab soalan ini.

    Imej
    sebuah keluarga sedang memasak

    Ibu bapa harus membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang dan kesolehan.

“Kegembiraan dalam kehidupan kekeluargaan adalah paling mungkin dicapai apabila berasaskan ajaran Tuhan Yesus Kristus.”

  • Membincangkan asas-asas dalam perenggan enam dan tujuh perisytiharan keluarga boleh membantu ahli kelas anda mencari kebahagiaan yang lebih besar dalam perhubungan keluarga mereka. Pertimbangkan menyenaraikan asas-asas di papan tulis dan menjemput ahli kelas untuk memilih satu asas untuk dibincangkan secara berpasangan. Mereka boleh menggunakan soalan-soalan seperti berikut untuk membimbing perbincangan mereka: Apakah contoh-contoh asas ini yang kita lihat dalam kehidupan keluarga? Bagaimanakah menjalani asas ini membawa kebahagiaan dalam keluarga kita? Bagaimana menjalani asas ini membantu menjadikan Juruselamat sebagai landasan kehidupan keluarga kita? Apakah tulisan suci yang boleh membantu keluarga kita memahami asas ini dengan lebih baik? (Ahli kelas boleh mencari tulisan suci dengan menggunakan Panduan Tulisan suci [scriptures.ChurchofJesusChrist.org].) Setiap pasangan kemudian boleh berkongsi dengan kelas apa yang mereka pelajari.

    Tekankan bahawa tanpa mengira keadaan keluarga kita yang sekarang, kita boleh berusaha membina sebuah keluarga abadi di atas landasan Juruselamat dan injil-Nya.

“Kami memanggil warganegara-warganegara yang bertanggungjawab … untuk menyokong dan menggalakkan langkah-langkah yang dicipta dengan tujuan mengekalkan serta menguatkan keluarga.”

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas anda memahami tanggungjawab mereka untuk menegakkan kebenaran dalam perisytiharan keluarga? Untuk memulakan perbincangan, anda boleh membincangkan apa yang ahli pelajari dari tajuk perisytiharan. Apakah itu perisytiharan? Apakah yang melayakkan Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas Rasul untuk mengeluarkan perisytiharan kepada dunia mengenai keluarga? Ahli kelas boleh menyenaraikan apa yang mereka anggap sebagai pesanan utama perisytiharan (galakkan mereka untuk memberi ayat spesifik). Kemudian mereka dapat membincangkan cara-cara untuk menggalakkan pesanan-pesanan ini dalam komuniti atau negara mereka. Pesanan Sister Bonnie L. Oscarson “Pembela Perisytiharan Keluarga” mengandungi contoh yang anda boleh kaji semula bersama sebagai kelas (Ensign atau Liahona, Mei 2015, 14–17).

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Keluarga dalam rancangan Tuhan.

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan:

“Orang Suci Zaman Akhir yang memahami rancangan keselamatan Tuhan mempunyai pandangan dunia unik yang membantu mereka memahami perintah-perintah Tuhan, tatacara injil yang tetap, peranan asas penting Juruselamat kita, Yesus Kristus. Korban tebusan Juruselamat menyelamatkan kita daripada kematian dan, dengan syarat pertaubatan kita, menyelamatkan kita dari dosa. “Dengan pandangan duniawi itu, Orang Suci Zaman Akhir mempunyai keutamaan dan latihan yang nyata dan diberkati dengan kekuatan untuk menahani kekecewaan dan kepedihan kehidupan fana. …

“Rancangan injil yang perlu diikuti oleh setiap keluarga yang bersedia untuk kehidupan abadi dan permuliaan telah dipelan rangka dalam perisytiharan Gereja pada tahun 1995, ‘Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.’ Pengisytiharan, semestinya, amat berbeza daripada undang-undang kini, latihan dan pembelaan dunia kita. Hari ini, perbezaan yang amat ketara ialah hidup bersama tanpa berkahwin, perkahwinan sama jantina, dan pembesaran kanak-kanak dalam perhubungan-perhubungan tersebut. Mereka yang tidak percaya atau inginkan permuliaan dan yang amat terpengaruh dengan cara keduniaan akan menganggap perisytiharan keluarga ini hanya satu kenyataan yang perlu diubah. Sebaliknya, Orang Suci Zaman Akhir menegaskan bahawa perisytiharan keluarga menerangkan jenis perhubungan keluarga yang diperlukan supaya perkembangan abadi yang paling penting boleh terjadi” (“Rancangan dan Perisytiharan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 29).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Hidup mengikuti injil dengan seluruh hati anda. “Kuasa datang apabila seorang pengajar telah melakukan segala yang boleh untuk bersedia, bukan hanya pelajaran individu, tetapi untuk memastikan hidupnya selaras dengan Roh” (Boyd K. Packer, Teach Ye Diligently [1975], 306).

Cetak