Ajaran dan Perjanjian 2021
29 November–5 Disember. Ajaran dan Perjanjian 137–138: “Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati”


“29 November–5 Disember. Ajaran dan Perjanjian 137–138: ‘Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“29 November–5 Disember. Ajaran dan Perjanjian 137–138,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
orang ramai di dunia roh

Joseph melihat bapa, ibu, dan abangnya di kerajaan selestial (Joseph Smith’s Vision of the Celestial Kingdom (Penglihatan Joseph Smith berkenaan Kerajaan Selestial), Robert Barrett).

29 November–5 Disember

Ajaran dan Perjanjian 137–138

“Penglihatan tentang Penebusan Orang Mati”

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan: “Kita semua dapat tertanya-tanya secara peribadi tentang keadaan di dunia roh. … Tetapi mari kita jangan mengajar atau menggunakannya sebagai ajaran rasmi apa yang tidak mencapai standard-standard ajaran rasmi” (“Percayalah Kepada Tuhan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2019, 28). Pastikan perbincangan anda berdasarkan tulisan suci dan kata-kata para nabi.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Terdapat banyak kebenaran ajaran yang mengilhami dalam Ajaran 137–38. Jemput ahli kelas untuk menyenaraikan sebahagian daripadanya. Kemudian anda boleh menghabiskan beberapa minit mengkaji senarai mereka sebagai satu kelas dan bercakap tentang mengapa kebenaran ini penting kepada mereka. Adakah sesiapa yang belajar sesuatu dari bahagian-bahagian ini yang tidak difahami sebelum ini?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 137; 138:32–37

Setiap jiwa akan mempunyai peluang untuk memilih kemuliaan selestial.

  • Ramai di antara kita mengenali orang yang tidak berpeluang untuk menerima injil dalam kehidupan ini—termasuk mereka yang mati sebagai kanak-kanak. Jemput ahli kelas untuk berkongsi kebenaran yang mereka temui dalam bahagian 137 yang membantu mereka memahami rancangan Tuhan untuk individu-individu tersebut. Apakah kebenaran yang kita temui dalam Ajaran dan Perjanjian 138:32–37 yang menambah pemahaman kita tentang rancangan Tuhan? Ahli kelas boleh berkongsi bagaimana kebenaran ini membuat mereka rasa tentang Bapa Syurgawi, rancangan keselamatan-Nya, dan Korban tebusan Yesus Kristus. Kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin berguna untuk perbincangan anda.

Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, 25–30

Membaca dan merenungkan tulisan suci menyediakan kita untuk menerima wahyu.

  • Pengalaman Joseph F. Smith yang digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, 25–30 membantu kita memahami bagaimana kita boleh menyediakan diri untuk menerima wahyu. Mungkin ahli kelas boleh bekerjasama untuk mengenal pasti apa yang mereka pelajari mengenai wahyu dari ayat-ayat ini. Anda boleh meminta ahli kelas untuk berkongsi bagaimana membaca dan merenungkan tulisan suci telah menyediakan mereka untuk menerima wahyu (lihat juga Joseph Smith—Sejarah 1:11–12).

  • Pesanan Presiden M. Russell Ballard “Penglihatan tentang Penebusan Orang-orang Mati” (Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 71–74) menggambarkan “persediaan sepanjang hayat Joseph F. Smith untuk menerima wahyu yang menakjubkan ini [Ajaran dan Perjanjian 138].” Jika ahli kelas anda telah membaca pesanan Presiden Ballard minggu ini, galakkan mereka untuk berkongsi sesuatu yang mengagumkan mereka. Atau anda boleh membaca sebahagian pesanan sebagai satu kelas. Apakah yang mengagumkan kita tentang kehidupan Presiden Smith dan sifatnya? Apakah yang kita boleh pelajari daripada teladannya?

    Imej
    lukisan Joseph F. Smith

    Joseph F. Smith, oleh Albert E. Salzbrenner

Ajaran dan Perjanjian 138:12–60

Pekerjaan keselamatan berterusan selepas kematian.

  • Untuk membantu ahli kelas menemui kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 138:12–60, anda boleh memberi mereka beberapa soalan mengenai dunia roh yang dijawab dalam ayat-ayat ini. Contohnya: Apakah yang Juruselamat lakukan semasa Dia berada di dunia roh? Siapakah utusan-utusan Tuhan, dan apakah pesanan mereka? Ahli kelas boleh memilih satu atau lebih soalan dan bekerja dalam kumpulan kecil untuk mencari jawapan. Kemudian mereka boleh saling berkongsi kebenaran yang mereka temui. Apakah perbezaan yang kebenaran ini buat dalam kehidupan kita?

  • Apakah yang kita akan katakan kepada seseorang yang bertanya, “Apa yang berlaku apabila kita mati?” Apakah yang kita akan kongsi dari Ajaran dan Perjanjian 138:12–60 yang boleh membantu menjawab soalan ini (lihat juga Alma 40:11–15).

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Rancangan Tuhan menyediakan satu cara untuk semua anak-Nya menerima injil.

Presiden Henry B. Eyring mengajarkan:

“Hanya sebilangan kecil anak-anak Tuhan dalam hidup ini dapat memperoleh satu pemahaman rancangan Tuhan yang lengkap, serta dapat menerima tatacara imamat dan perjanjian yang membuatkan kuasa penebusan Juruselamat berkesan dalam hidup kita. …

“Ada orang yang fikir ini tidak adil. Mungkin mereka nampak ini sebagai bukti bahawa rancangan ini tidak wujud, tidak ada keperluan demi penyelamatan—mereka rasa bahawa seorang Tuhan yang adil dan penyayang tidak akan menciptakan satu rancangan yang hanya tersedia ada bagi sebilangan kecil anak-anak-Nya sahaja. Ada orang yang membuat keputusan bahawa Tuhan mesti sudah berputus lebih dahulu siapakah yang akan Dia selamatkan dan buatkan injil sedia ada bagi mereka, manakala mereka yang tidak pernah dengar tentang Injil bukanlah ‘orang terpilih.’

“Tetapi kita tahu, melalui kebenaran yang dipulihkan oleh Nabi Joseph Smith, rancangan Tuhan adalah lebih penyayang dan lebih adil. Bapa Syurgawi kita cemas untuk mengumpulkan dan memberkati semua keluarga-Nya. Walaupun Dia tahu tidak semua akan memilih untuk dikumpul, rancangan-Nya memberikan semua anak-Nya peluang untuk menerima atau menolak jemputan-Nya.” (“Pengumpulan Keluarga Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 20–21).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Guna kata-kata para nabi. “Tulisan suci dan kata-kata para nabi dan rasul zaman akhir adalah sumber kebenaran yang kita ajar. Pada setiap peluang, ilhamilah orang yang anda ajar untuk berpaling kepada firman Tuhan untuk bimbingan” (Teaching in the Savior’s Way, 21).

Cetak