Ajaran dan Perjanjian 2021
6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2: “Kami Percaya”


“6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2: “Kami Percaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“6–12 Disember. Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Selimut kuilt menunjukkan tangan dengan pelbagai warna kulit

To All Worthy Male Members (Kepada Semua Ahli Lelaki Yang Layak), oleh Emma Allebes

6–12 Disember

Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

“Kami Percaya”

Baca dengan penuh doa Fasal-Fasal Kepercayaan dan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2, dan carikan ilham Roh Kudus semasa anda merancang pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk ahli kelas pada hari Ahad.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh menjemput ahli kelas untuk melengkapkan pernyataan berikut: “Saya gembira saya membaca tulisan suci minggu ini kerana …”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Fasal-Fasal Kepercayaan

Fasal-Fasal Kepercayaan mengandungi kebenaran asas injil yang dipulihkan.

  • Berikut adalah cara untuk membantu ahli kelas berkongsi apa yang mereka temui amat bermakna dalam Fasal-Fasal Kepercayaan: Anda boleh menulis nombor 1 hingga 13 di papan tulis dan minta ahli kelas menulis di sebelah nombor sesuatu yang mereka pelajari dari fasal-fasal kepercayaan yang berkaitan. Bagaimanakah perbezaan kebenaran ini mempengaruhi hubungan kita dengan Ibu Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus? Mungkin ahli kelas boleh berkongsi bagaimana Fasal-Fasal Kepercayaan telah meningkatkan pengkajian injil mereka atau membantu mereka berkongsi injil dengan orang lain.

Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9; Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2

Gereja Yesus Kristus dibimbing oleh wahyu.

  • Mengapakah wahyu berterusan penting kepada kita? Jemput ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang soalan ini. Ahli kelas juga boleh membincangkan bagaimana asas wahyu yang berterusan berkaitan dengan Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2. (Panduan minggi ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan sumber-sumber berguna yang berkaitan dengan wahyu-wahyu ini.) Apakah yang kita pelajari dari Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2 mengenai peranan wahyu dalam membimbing gereja? (lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9 dan kenyataan oleh Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Apakah contoh-contoh wahyu berterusan lain yang ahli kelas boleh fikirkan? Bagaimanakah wahyu ini mempengaruhi kehidupan kita dan membantu kita membina kerajaan Bapa Syurgawi?

  • Pertimbangkan untuk menjemput ahli kelas mengkaji semula Pengisytiharan Rasmi 1 dan 2 dan berkongsi sesuatu daripada wahyu-wahyu ini yang boleh membantu seseorang yang keberatan untuk menerima perubahan dasar, wahyu, atau ajaran Gereja baru-baru ini. Bagaimanakah ahli kelas belajar mempercayai Tuhan ketika mereka sedang ragu-ragu dengan sesuatu dalam Gereja? Bagaimanakah pembelajaran mereka minggu ini menguatkan iman mereka bahawa Tuhan memimpin Gereja-Nya? Pandangan daripada Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan” juga boleh membantu.

    Imej
    lukisan Wilford Woodruff

    Wilford Woodruff, oleh H. E. Peterson

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

“Roh Tuhan ada di sana.”

Presiden Gordon B. Hinckley sedang melayani sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul ketika wahyu yang digambarkan dalam Pengisytiharan Rasmi 2 telah diterima. Bertahun kemudian dia menggambarkan pengalamannya:

“Terdapat suasana yang kudus dan suci dalam bilik. Bagi saya, ia terasa seperti satu konduit dibuka antara takhta syurgawi dan yang berlutut, nabi Tuhan yang merayu disertai oleh para saudaranya. Roh Tuhan ada di sana. Dan dengan kuasa Roh Kudus jaminan bahawa perkara yang nabi doakan itu adalah benar , bahawa waktunya telah datang, dan sekarang berkat-berkat imamat yang menakjubkan itu harus diberikan kepada lelaki-lelaki yang layak di mana pun tanpa mengira keturunan.

“Setiap lelaki dalam bulatan itu, dengan kuasa Roh Kudus, tahu perkara yang sama.

“Ia adalah peristiwa yang tenang dan menakjubkan. … Tiada suara yang dapat didengar oleh telinga fizikal kami. Tetapi suara Roh berbisik dengan pasti ke dalam fikiran dan jiwa kami” (“Priesthood Restoration,” Ensign, Okt. 1988, 70).

“Ia adalah biasa untuk mempunyai soalan.”

Presiden Dieter F. Uchtdorf katakan yang berikut kepada mereka yang mempunyai keraguan tentang sejarah atau ajaran Gereja:

“Ia adalah biasa untuk mempunyai soalan—benih pertanyaan ikhlas kebanyakannya tumbuh dan menjadi matang membentuk sebuah pokok kefahaman. Terdapat hanya sedikit ahli Gereja yang, pada satu masa atau lain, yang tidak bergelut dengan soalan yang serius atau sensitif. Salah satu tujuan utama Gereja adalah untuk memelihara dan memupuk benih iman—walaupun kadang-kadang dalam tanah berpasir keraguan dan ketidakpastian. Iman ialah harapan untuk hal-hal yang tidak terlihat, tetapi benar.

“Oleh itu, saudara dan saudari yang saya kasihi—kawan yang saya kasihi—sila, meragui keraguan anda terdahulu sebelum meragui iman anda. Kita tidak boleh membiarkan keraguan untuk menakluki kita dan menahan kita dari kasih ilahi, kedamaian, dan kurnia yang datang melalui iman kepada Tuhan Yesus Kristus” (“Come, Join with Us,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 23; lihat juga Lawrence E. Corbridge, “Stand Forever” [Brigham Young University devotional, Jan. 22, 2019], speeches.byu.edu).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ia adalah OK untuk mengatakan “Saya tidak tahu.” Walaupun anda harus melakukan yang terbaik untuk menjawab sebarang pertanyaan yang ahli kelas anda ada tentang injil, Tuhan tidak mensyaratkan anda untuk mengetahui segalanya. Apabila anda tidak tahu bagaimana untuk menjawab sesuatu, akuinya. Kemudian tujukan pelajar anda kepada ajaran yang telah diungkapkan, dan berikan kesaksian yang tulus tentang apa yang anda tahu. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 24.)

Cetak