Ajaran dan Perjanjian 2021
Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus


“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Yesus duduk bersama para rasul

Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus

Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengasihi dan mengajar anak-anak-Nya dengan cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini dengan kuasa imamat-Nya yang kudus. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, sewaktu anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus akan membantu anda berjaya (lihat 2 Nefi 33:1).

Mereka yang diamanahkan kepada penjagaan anda ialah anak-anak Bapa Syurgawi, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk membantu mereka. Melalui Roh Kudus, Tuhan akan membimbing ketika anda bersedia dan semasa anda mengajar. Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang harus anda katakan dan apa yang harus anda lakukan (lihat 2 Nefi 32:5).

Tujuan utama ajaran dan pembelajaran injil adalah untuk mengubah kehidupan. Matlamat anda sebagai seorang pengajar adalah untuk membantu orang yang anda ajar melakukan semua yang mereka boleh untuk menjadi lebih bertukar hati kepada injil Yesus Kristus—satu usaha yang melangkau jauh dari masa kelas. Jemputlah orang yang anda ajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran asas dan ajaran Yesus Kristus dan untuk bertindak atas apa yang mereka pelajari. Menggalakkan mereka untuk membuat kajian secara individu dan dengan keluarga di luar kelas sebagai sumber utama pembelajaran injil mereka. Apabila mereka bertindak secara iman dengan mengkaji sebagai individu dan dengan keluarga, mereka akan mengundang Roh ke dalam hidup mereka dan Roh akan membawa penukaran hati yang sejati. Segala yang anda lakukan sebagai seorang pengajar harus tertuju kepada objektif kudus ini.

Hanya ajar ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan seperti yang terdapat di dalam tulisan suci dan kata-kata para nabi zaman akhir. Ajaran tulen—kebenaran abadi dan tidak berubah yang diajar oleh Tuhan dan hamba-Nya—menjemput Roh dan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan.

Panggilan untuk mengajar adalah amanah kudus, dan ia adalah perkara biasa untuk merasa terkejut pada masa-masa tertentu. Tetapi ingatlah bahawa Bapa Syurgawi anda telah memanggil anda, dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini pekerjaan Tuhan, dan semasa anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2), Dia akan memperbesar keupayaan, kurnia, dan bakat anda, dan pelayanan anda akan memberkati kehidupan orang yang anda ajar.

Cetak