Ajaran dan Perjanjian 2021
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu


“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021

Imej
wanita dan lelaki di dalam kelas

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Bersedia untuk Mengajar di Sekolah Minggu

Pengkajian peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Ini adalah benar bagi anda dan mereka yang anda ajar. Semasa anda bersedia untuk mengajar, mulakan dengan pengalaman anda sendiri dalam tulisan suci. Persediaan anda yang paling penting akan berlaku apabila anda datang kepada Kristus, membaca tulisan suci, dan mencari ilham Roh Kudus.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga adalah bahagian penting dalam pengkajian peribadi anda dan persediaan anda untuk mengajar. Ini akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai asas-ajaran ajaran yang terdapat di dalam tulisan suci. Ia juga membolehkan anda mengilhami dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga bagi meningkatkan pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga mereka (untuk bantuan melakukan ini, lihat “Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga” dalam sumber ini). Apabila anda lakukan ini, ingat untuk menjadi sensitif kepada ahli-ahli kelas yang mempunyai keadaan keluarga yang mungkin tidak menyokong kajian tulisan suci sekeluarga dan malam keluarga secara tetap.

Semasa persediaan anda, fikiran dan tanggapan akan datang kepada anda tentang orang yang anda ajar, bagaimana asas dalam tulisan suci akan membina iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, dan bagaimana anda dapat mengilhami mereka untuk mengetahui asas tersebut ketika mereka mengkaji tulisan suci untuk diri mereka sendiri.

Idea-idea Pengajaran

Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan rangka panduan pengajaran dalam sumber ini. Jangan fikirkan idea-idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebaliknya cadangan untuk mencetuskan ilham anda sendiri. Anda mengenali ahli-ahli kelas anda, dan anda akan lebih mengenali mereka semasa anda belajar bersama di dalam kelas. Tuhan juga mengenali mereka, dan Dia akan mengilhami anda dengan cara terbaik untuk membantu ahli-ahli kelas mengembangkan pembelajaran injil yang mereka lakukan di rumah mereka.

Terdapat banyak sumber lain yang anda boleh gunakan semasa anda bersedia, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan majalah-majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut tentang ini dan sumber-sumber lain, lihat bahagian yang bertajuk “Sumber-sumber Tambahan” di dalam sumber ini.

Beberapa Perkara untuk Diingati

  • Sebagai seorang pengajar, anda mempunyai tanggungjawab penting untuk menyokong, menggalak, dan mengembangkan pembelajaran injil peribadi dan sekeluarga ahli-ahli kelas. Walaupun beberapa ahli kelas mungkin tidak konsisten mempelajari injil di rumah, anda boleh memberi kesan yang besar dalam menggalakkan dan membantu mereka menjadikan rumah mereka sebagai pusat pembelajaran injil.

  • Penukaran hati ahli-ahli kelas kepada injil Yesus Kristus akan semakin mendalam apabila mereka memahami dan menerapkan ajaran yang benar. Galakkan mereka untuk mencatat dan bertindak berdasarkan tanggapan yang mereka terima daripada Roh Kudus.

  • Pengajaran adalah lebih dari syarahan, tetapi ia juga lebih daripada sekadar memimpin satu perbincangan. Sebahagian daripada peranan anda adalah untuk menggalakkan penyertaan yang membina dan berdasarkan tulisan suci. Anda harus juga berkongsi pandangan berilham yang anda peroleh semasa anda mengkaji tulisan suci.

  • Ingatlah bahawa ramai ahli kelas mempunyai pengalaman yang bermakna dari pengkajian tulisan suci di rumah. Anda boleh menyokong pembelajaran injil mereka dengan menyediakan peluang kerap untuk mereka berkongsi apa yang mereka pelajari di rumah dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan mereka.

  • Bapa Syurgawi mahu anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda, termasuk mesyuarat majlis pengajar. Dalam mesyuarat ini, anda boleh berunding dengan pengajar lain mengenai sebarang cabaran yang anda mungkin hadapi. Anda juga boleh membincangkan dan mengamalkan asas-asas pengajaran seperti Kristus.

  • Sesetengah orang belajar dengan lebih baik apabila mereka mempunyai peluang untuk mengajar. Sekali-sekala, pertimbangkan untuk membenarkan ahli-ahli kelas, termasuk remaja, untuk mengajar sebahagian daripada pelajaran. Buat keputusan ini berdasarkan keperluan dan kebolehan ahli-ahli kelas. Jika anda menjemput seorang ahli kelas untuk mengajar, luangkan masa untuk membantu dia bersedia terlebih dahulu dengan menggunakan idea-idea yang terdapat dalam sumber ini dan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Ingat bahawa sebagai pengajar yang dipanggil, anda sememangnya bertanggungjawab untuk apa yang diajar di dalam kelas.

  • Sumber ini merangkumi garis panduan pengajaran untuk setiap minggu sepanjang tahun. Pada hari Ahad di mana Sekolah Minggu tidak diadakan, keluarga akan terus membaca Ajaran dan Perjanjian di rumah mengikut jadual yang digariskan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Anda boleh pilih untuk langkau pelajaran pada minggu di mana Sekolah Minggu tidak diadakan, atau anda boleh mengajar dari beberapa pelajaran dalam satu kelas.

Cetak