Ajaran dan Perjanjian 2021
Suatu Pola untuk Mengajar


“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
ahli kelas duduk dalam bulatan

Suatu Pola untuk Mengajar

Setiap garis panduan dalam sumber ini mengikut pola menjemput perkongsian dan mengajar ajaran.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sebagai sebahagian dari setiap kelas, jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka minggu lalu ketika mereka mengkaji tulisan suci secara individu dan sekeluarga dan menggunakan apa yang mereka pelajari. Bantu ahli-ahli kelas melihat bahawa pembelajaran peribadi mereka di luar kelas adalah penting. Penukaran hati individu mereka akan datang bukan sahaja melalui pembelajaran hari Ahad tetapi juga melalui pengalaman harian mereka. Apabila ahli kelas mendengar pengalaman dan kesaksian masing-masing tentang injil Yesus Kristus, mereka lebih cenderung untuk mencari pengalaman serupa bagi diri mereka sendiri.

Tidak semua orang akan membaca bab-bab untuk setiap pelajaran, dan bahkan mereka yang telah membaca mungkin berasa tidak selesa untuk berkongsi. Pastikan setiap ahli kelas berasa bernilai dalam kelas, sama ada mereka mempunyai sesuatu untuk dikongsi atau tidak.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Anda dan ahli kelas anda perlu memberi tumpuan kepada Yesus Kristus dan ajaran-Nya—kebenaran abadi Injil—yang terdapat dalam petikan tulisan suci yang diberikan. Semasa anda membincangkan ajaran dari tulisan suci, apakah ayat, petikan, pengalaman, soalan, dan sumber tambahan yang boleh anda kongsikan? Bagaimanakah anda boleh menggunakan sumber-sumber ini untuk membantu ahli-ahli kelas mengetahui dan memahami asas-asas injil? Bagaimanakah anda dapat membantu mereka membina iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Cetak