Ajaran dan Perjanjian 2021
Sumber-sumber Tambahan


“Sumber-sumber Tambahans,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Sumber-sumber Tambahan,” Ikulah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Sumber-sumber Tambahan

Sumber-sumber ini didapati di dalam aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Anda boleh menyesuaikan sebarang aktiviti dari sumber ini untuk digunakan dalam kelas Sekolah Minggu anda. Jika ahli-ahli kelas menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga, galakkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak

Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain versi cetak Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-anak, anda boleh mencari rakaman banyak lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan di aplikasi Sacred Music and Gospel Media.

Buku panduan Seminari dan Institut

Buku panduan seminari dan institut menyediakan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran untuk asas-asas yang terdapat di dalam tulisan suci. Ia juga mengandungi idea-idea ajaran berilham untuk kelas Sekolah Minggu.

Majalah Gereja

Majalah New Era, Ensign, dan Liahona mengandungi rencana dan ciri-ciri lain yang boleh menjadi asas-asas tambahan yang anda ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu.

Imej
seorang lelaki mengkaji bahan Gereja

Untuk Kekuatan Remaja

Sumber ini menggariskan standard Gereja yang membantu remaja dan orang lain menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia. Pertimbangkan untuk merujuk kepada ia secara kerap, terutamanya jika anda mengajar remaja.

Video dan Karya Seni

Karya seni, video, dan media lain dapat membantu mereka yang anda ajar membayangkan ajaran dan cerita yang berkaitan dengan tulisan suci. Layari Gospel Media library di ChurchofJesusChrist.org untuk melihat koleksi sumber media Gereja. Sumber-sumber ini juga boleh didapati di aplikasi Gospel Media, dan banyak gambar juga terdapat dalam Buku Seni Injil.

Topik Sejarah Gereja

Banyak artikel mengenai orang, artifak, geografi, dan peristiwa sejarah Gereja boleh didapati di ChurchofJesusChrist.org/study/history/topics.

Cetak