“7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti yang Engkau Katakan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
7–13 Januari
Matius 1; Lukas 1
“Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti yang Engkau Katakan”
Sebelum anda membaca bahan kajian tambahan, baca dan renungkan Matius 1 dan Lukas 1, dan catatkan tanggapan rohani anda. Biarkan Roh membimbing persediaan anda. Kemudian kaji idea-idea dalam rangka panduan ini dan di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Berikan beberapa minit kepada ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula Matius 1 atau Lukas 1, dan jemput mereka untuk kongsikan ayat kegemaran dan jelaskan kebenaran ajaran yang telah dipelajari. Ia mungkin dapat membantu jika anda memberi penerangan ringkas berkenaan peristiwa-peristiwa dalam beberapa bab tersebut untuk memberi konteks kepada ayat-ayat yang dikongsi.
Mengajar Ajaran
Bapa Syurgawi bekerja melalui anak-anak beriman-Nya untuk mencapai tujuan-Nya.
-
Ahli-ahli kelas akan memperoleh pengalaman yang lebih bermakna ketika mengkaji Perjanjian Baru tahun ini jika mereka dapat peroleh pembelajaran daripada pengalaman-pengalaman orang yang mereka telah bacakan. Untuk membantu mereka mencapai ini, anda boleh menyenaraikan nama-nama orang yang didapati dalam Matius 1 dan Lukas 1 di papan tulis, bersama ayat suci rujukkan berkenaan individu-individu tersebut, seperti berikut:
-
Maria (Lukas 1:26–56)
-
Yusuf (Matius 1:18–25)
-
Elisabet (Lukas 1:5–7, 24–25, 40–45, 57–60)
-
Zakharia (Lukas 1:5–23, 59–64)
Jemput ahli-ahli kelas untuk memilih seorang yang mereka ingin ketahui lebih, bacakan ayat-ayat yang disenaraikan, dan kongsikan bersama seseorang di dalam kelas apa yang mereka telah pelajari daripada pengalaman orang itu. Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengikut teladan beriman orang itu?
-
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas merenung dengan lebih mendalam berkenaan sifat Maria dan peranannya dalam rancangan Bapa, anda boleh tunjukkan video-video “An Angel Foretells Christ’s Birth to Mary” dan “Mary and Elisabeth Rejoice Together” (LDS.org) atau baca Lukas 1:26–38, 46–56 bersama, beri perhatian kepada kata-kata Maria yang menunjukkan sesuatu berkenaan sifatnya. Apakah perkara lain yang kita belajar mengenai Maria? Apakah yang dia telah ajarkan berkenaan penerimaan kehendak Tuhan bagi kita?
Berkat-berkat Tuhan datang dalam masa-Nya sendiri.
-
Ada di antara ahli-ahli kelas anda yang, seperti Elisabet dan Zakharia, menjalankan hidup yang soleh namun belum lagi menerima berkat-berkat yang diharapkan. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka belajar dari teladan Elisabet dan Zakharia? Anda mungkin boleh bermula dengan menanyakan ahli-ahli kelas untuk menuliskan berkat-berkat yang mereka harapkan. Kemudian mereka dapat kaji Lukas 1:5–25, mencari ajaran-ajaran yang boleh dipelajari daripada Elisabet dan Zakharia berkenaan kesabaran terhadap Tuhan. Mereka juga boleh baca dan renungkan petikan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Galakkan mereka untuk tuliskan apa yang mereka telah pelajari di sebelah berkat yang diharapkan dan, jika bersesuaian, kongsikan pendapat-pendapat mereka.
-
Apakah contoh-contoh kisah bersabar dengan masa Tuhan yang ahli-ahli kelas dapat kongsikan daripada kehidupan masing-masing atau dari kisah dalam ayat suci? Apakah yang kita pelajari dari contoh-contoh ini?
“Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil.”
-
Ahli-ahli kelas kadangkala tertanya-tanya—seperti Maria—bagaimanakah rancangan Tuhan bagi mereka atau janji mereka dipenuhi. Untuk membantu ahli-ahli kelas faham bahawa melalui kuasa Tuhan tiada perkara yang mustahil, anda boleh tunjukkan gambar Pengisytiharan: Malaikat Gabriel Muncul kepada Maria (Buku Seni Injil, no. 28) dan jemput mereka untuk baca Lukas 1:26–38 bersama. Apakah yang kita boleh belajar berkenaan mengatasi perkara yang tampak mustahil melalui pengajian kata-kata dan tindakan Maria? Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman di mana Tuhan telah membantu mereka mencapai sesuatu yang mereka anggap mustahil. Untuk satu contoh moden di mana dengan bantuan Tuhan, Orang Suci dapat mencapai sesuatu yang nampak mustahil, tontonlah video “Sealed Together: The Manaus Temple Caravan” (LDS.org).
-
Kehidupan Juruselamat telah membuktikan kebenaran yang diisytiharkan oleh Gabriel: “Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil” (Lukas 1:37). Untuk menggambarkan asas ini, anda boleh tanyakan ahli-ahli kelas untuk fikirkan beberapa ketika di mana Juruselamat berjaya melakukan perkara-perkara mustahil ketika mengerjakan kehendak Bapa (lihat, contohnya, Yohanes 9:1–7). Untuk membantu ahli-ahli kelas lihat bagaimana asas ini berfungsi dalam hidup mereka, anda boleh menjemput mereka untuk renungkan soalan-soalan berikut: Apakah perbezaan yang diperoleh dalam kehidupan anda dengan mengetahui bahawa tiada perkara yang mustahil bagi Tuhan? Bagaimanakah ia mengubah cara layanan anda di dalam Gereja? Cara berinteraksi dengan keluarga anda? Ia juga dapat membantu untuk membandingkan Lukas 1:37 dengan firman Juruselamat dalam Markus 14:36.
Yesus Kristus Putera Tuhan.
-
Tujuan utama Matius, Lukas, dan penulis-penulis Injil lain adalah untuk memberi saksi bahawa Yesus Kristus Putera Tuhan. Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas kenali tujuan ini dari permulaan pembacaan Perjanjian Baru? Ini satu idea: Bahagikan kelas ke dalam kumpulan atau pasangan, dan berikan setiap kumpulan satu set ayat-ayat suci dari Matius 1 atau Lukas 1. Jemput mereka untuk cari peristiwa atau kata-kata yang memperkukuhkan kepercayaan mereka terhadap misi ilahi Yesus Kristus sebagai Putera Tuhan dan kongsikan pendapat mereka dengan kelas. Beberapa ayat yang anda mungkin cadangkan termasuklah Matius 1:18–25 dan Lukas 1:26–38, 39–45, 46–55. Cadangkan kepada kelas bahawa apabila mereka mengkaji Perjanjian Baru tahun ini, mereka mungkin boleh membuat senarai ayat-ayat suci yang memberi saksi bahawa Yesus Kristus Putera Tuhan. Anda juga boleh membuat senarai ini secara satu kelas.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Matius 2 dan Lukas 2 bagi kelas minggu depan, anda boleh cadangkan bahawa jika mereka membaca kisah kelahiran Juruselamat dengan penuh doa, mereka akan peroleh pemahaman yang baru, walaupun mereka telah membacanya berkali-kali.
Sumber-sumber Tambahan
Menunggu Jawapan Tuhan.
Elder Neal A. Maxwell telah mengajar, “Iman … termasuk kepercayaan dalam masa Tuhan, kerana Dia telah berfirman, ‘Tetapi segala hal mesti terjadi pada waktunya.’ (A&P 64:32.)” (“Lest Ye Be Wearied and Faint in Your Minds,” Ensign, Mei 1991, 90).
Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:
“Kita semua dipanggil untuk menunggu secara masing-masing. Kita tunggu untuk jawapan doa. Kita menunggu untuk perkara yang nampak sangat baik dan tepat bagi kita sehingga kita tidak dapat bayangkan mengapa Bapa Syurgawi lambat memberi jawapan.
“Saya ingati ketika saya bersedia untuk berlatih sebagai seorang juruterbang pejuang. Kebanyakan latihan tentera awal kami adalah dalam bentuk latihan fizikal. … Kami berlari dan berlari dan kami berlari lagi.
“Sambil saya berlari saya perhati sesuatu, yang, membuatkan saya terganggu. Berkali-kali saya dilalui mereka yang merokok, minum arak, dan melakukan segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Injil dan, terutamanya, Kata-kata Bijaksana.
“Saya ingat terfikir, ‘Tunggu sebentar! Bukankah saya sepatutnya dapat berlari dan tidak lemah?’ Namun saya amat lemah, dan saya dipotong oleh mereka yang sudah pastinya tidak mengikut Kata-kata Bijaksana. Saya mengaku, ia mengganggu saya pada ketika itu. Saya tanyakan diri, adakah perjanjian itu benar atau tidak?
“Jawapannya tidak datang dengan serta merta. Namun lambat laun saya belajar bahawa janji-janji Tuhan sering tidak dipenuhi dengan cepat atau dengan cara yang diharapkan; ia bergantung kepada masa Dia dan cara Dia. Bertahun kemudian saya dapat melihat bukti jelas berkat fana yang datang kepada mereka yang mematuhi Kata-kata Bijaksana—bersama berkat-berkat rohani yang datang segera melalui kepatuhan terhadap semua peraturan Tuhan” (“Continue in Patience,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 58).