“31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
31 Disember–6 Januari
Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri
Apabila anda membaca dan merenungkan petikan tulisan suci dalam rangka panduan ini, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Ini akan menjemput Roh ke dalam persediaan anda. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan idea-idea berikut dapat membantu anda mengilhami orang-orang di kelas anda untuk mengkaji Perjanjian Baru tahun ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Salah satu objektif anda sebagai pengajar adalah untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk belajar dari tulisan suci secara sendirian dan dengan keluarga mereka. Mendengar pengalaman orang lain dapat mengilhami mereka untuk mencari pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, pada permulaan setiap kelas, minta ahli-ahli kelas berkongsi tulisan suci dari kajian mereka yang memberi ilham atau tanggapan kepada mereka.
Mengajar Ajaran
Untuk benar-benar belajar daripada Juruselamat, kita mesti menerima jemputan-Nya, “Ikutlah aku.”
-
Mengkaji Perjanjian Baru adalah peluang bukan sahaja untuk mempelajari tentang Juruselamat dan ajaran-Nya tetapi untuk mengetahui cara untuk mengikuti Dia dengan lebih sempurna. Laporan dalam Matius 19:16–22 adalah cara yang baik untuk memperkenalkan tema ini (lihat juga video “Christ and the Rich Young Ruler” di LDS.org). Anda juga boleh minta ahli-ahli kelas untuk mencari laporan ini untuk sesuatu yang mereka pelajari tentang menjadi pengikut Yesus Kristus dan berkongsi apa yang mereka pelajari. Untuk idea aktiviti lain yang berkaitan dengan asas ini, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
Pembelajaran memerlukan tindakan dengan iman.
-
Bagaimanakah anda mengilhami ahli-ahli kelas anda untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam pembelajaran mereka, dari meletakkan tanggungjawab tunggal pada pengajar? Ini satu idea. Jemput ahli kelas melemparkan objek lembut kepada anda dan anda tidak berusaha untuk menangkapnya. Gunakan aktiviti ini untuk memulakan perbincangan mengenai peranan pelajar dan pengajar dalam pembelajaran injil. Kenyataan Elder David A. Bednar tentang pembelajaran dengan iman, yang terdapat dalam “Sumber-sumber Tambahan,” boleh membantu dalam perbincangan ini.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bahawa pembelajaran injil memerlukan iman untuk bertindak, anda boleh membahagikan mereka ke dalam kumpulan dan menjemput setiap kumpulan untuk membaca salah satu dari laporan berikut: Markus 5:25–34; Lukas 5:17–26; dan Yohanes 9:1–7. Apakah yang dilakukan oleh orang dalam setiap laporan untuk menunjukkan iman mereka kepada Juruselamat? Apakah tindakan yang boleh kita ambil untuk mempelajari injil dan menunjukkan iman kita bahawa Tuhan akan membantu kita mempelajari kebenaran?
-
Semua ahli-ahli kelas mempunyai tanggungjawab untuk menjemput Roh ke dalam kelas. Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami ini, minta mereka membaca Alma 1:26 dan Ajaran dan Perjanjian 50:13–22; 88:122–23 dan kongsi apa yang pengajar dan pelajar boleh lakukan untuk menjemput Roh. Ia mungkin berguna untuk menulis jawapan mereka di papan tulis di bawah tajuk seperti ini: Apa yang boleh dilakukan oleh pengajar dan Apa yang boleh dilakukan oleh pelajar. Adakah ia membantu untuk membuat poster dengan jawapan ahli-ahli kelas yang boleh dipaparkan untuk beberapa minggu akan datang?
Kita perlu mengetahui kebenaran untuk diri kita sendiri.
-
Terdapat banyak petikan dalam Perjanjian Baru mengajarkan asas-asas yang boleh membimbing pencarian kita untuk kebenaran. Contohnya termasuk Lukas 11:9–13; Yohanes 5:39; 7:14–17; dan 1 Korintus 2:9–11. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas anda membaca petikan ini dalam kajian peribadi mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari. Atau anda boleh membaca petikan-petikan ini sebagai kelas dan jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka mendapat kesaksian mereka.
-
Tidak kira berapa lama kita berada di Gereja, kita semua perlu sentiasa menguatkan kesaksian kita. Untuk membantu ahli kelas mengenal pasti kebenaran yang perlu mereka ketahui untuk diri mereka sendiri, anda boleh menulis pada jalur kertas beberapa rujukan tulisan suci yang mengajar kebenaran penting, seperti Yohanes 3:16–17; 1 Korintus 15:22; Mosia 3:13; Alma 7:11–13; dan Ajaran dan Perjanjian 135:3. Mintalah ahli kelas membaca tulisan suci ini, meringkaskan kebenaran abadi yang mereka dapat, dan bincangkan apa yang dapat mereka lakukan untuk mendapatkan kesaksian tentang mereka. Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik untuk remaja, pertimbangkan untuk menyembunyikan jalur kertas di sekeliling kelas dan menjemput mereka untuk “mencari kebenaran.”
-
Kisah Rasul-Rasul 17:10–12 menggambarkan Orang Suci yang mencari tulisan suci dan memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang kebenaran. Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas mengikuti teladan mereka, baca ayat-ayat ini bersama dan jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi petikan tulisan suci yang telah memperkuat kesaksian mereka tentang injil.
Bagaimanakah kita dapat membuat kajian tulisan suci kita lebih bermakna?
-
Membangunkan tabiat pengkajian tulisan suci mungkin mencabar untuk ahli-ahli kelas yang merasakan yang mereka tidak mempunyai masa, kefahaman, atau kemahiran yang diperlukan. Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka berjaya? Anda boleh mula dengan membincangkan cerita mengenai tukang kapak di “Sumber-sumber Tambahan.” Untuk membantu ahli-ahli kelas memperoleh keyakinan untuk mengkaji tulisan suci, anda boleh berkongsi maklumat dari “Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Mungkin anda atau ahli kelas lain dapat berkongsi pengalaman menggunakan beberapa idea atau pengalaman yang bermakna ketika mengkaji tulisan suci. Anda juga boleh memilih satu bab dalam Perjanjian Baru dan cuba mengkajinya sebagai satu kelas dengan menggunakan beberapa idea ini.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas mengkaji Matius 1 dan Lukas 1 di rumah sebagai persediaan untuk perbincangan minggu depan, anda boleh bertanya soalan ini: “Pernahkah anda diminta melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil?” Bab-bab ini menggambarkan kebenaran itu “bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil” (Lukas 1:37).
Sumber-sumber Tambahan
Memperolehi pengetahuan rohani untuk diri kita.
Elder David A. Bednar menjelaskan: “Saya telah melihat ciri-ciri umum di antara para pengajar yang mempunyai pengaruh terbesar dalam hidup saya. Mereka telah membantu saya mencari pembelajaran dengan iman. Mereka enggan memberi saya jawapan mudah kepada soalan yang sukar. Sebenarnya, mereka tidak memberi saya sebarang jawapan pun. Sebaliknya, mereka menunjuk jalan dan membantu saya mengambil langkah-langkah untuk mencari jawapan saya sendiri. … Jawapan yang diberikan oleh orang lain biasanya tidak diingati lama, jika diingati sama sekali. Tetapi jawapan yang kita temukan atau diperoleh menerusi tindakan iman, biasanya, dikekalkan seumur hidup. … Hanya dengan cara ini seseorang boleh bergerak dari bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman rohani orang lain dan memperolehi berkat-berkat itu sendiri” (“Seek Learning by Faith,” Ensign, Sep. 2007, 67).
Meluangkan masa untuk kajian tulisan suci.
Brother Tad R. Callister mengajarkan:
“Dua tukang kapak … mengadakan pertandingan untuk menentukan siapa yang boleh menebang lebih banyak pokok dalam satu hari. Pada waktu matahari terbit, pertandingan itu bermula. Setiap jam lelaki yang lebih kecil mengembara ke hutan selama 10 minit atau lebih. Setiap kali dia melakukan ini, pesaingnya tersenyum dan mengangguk, yakin bahawa dia sedang maju. Lelaki yang lebih besar tidak pernah meninggalkan posisinya, tidak pernah berhenti menebang, tidak pernah berehat.
“Apabila hari itu berakhir, lelaki yang lebih besar itu terkejut untuk mengetahui bahawa pesaingnya, yang kelihatan seperti membazir begitu banyak masa, telah memotong lebih banyak pokok daripada dia. ‘Bagaimana kamu melakukannya apabila kamu mengambil banyak masa rehat?’ dia bertanya.
“Pemenang menjawab, ‘Oh, saya sedang mengasah kapak saya.’
“Setiap kali kita mengkaji tulisan suci, kita mengasah kapak rohani kita” (“The Joy of Learning,” Ensign, Okt. 2016, 14).