Ikutlah Aku
21–27 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias


“21–27 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“21–27 Januari. Yohanes 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

wanita sedang berkongsi injil di stesen kereta api

21–27 Januari

Yohanes 1

Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias

Sebelum anda membaca apa-apa bahan tambahan, baca dan renungkan Yohanes 1, dan catatkan tanggapan yang anda terima. Ini akan menjemput Roh ke dalam persediaan anda. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan idea-idea berikut dapat membantu anda mengilhami orang-orang di kelas anda untuk memahami dan mengaplikasikan ajaran dalam bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka sedang pelajari, anda boleh minta mereka untuk menulis soalan, komen, atau pandangan dari bacaan mereka pada jalur kertas dan memasukkannya ke dalam bekas. Keluarkan jalur kertas dari bekas untuk dibincangkan sebagai kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yohanes 1:1–5

Yesus Kristus “sejak permulaan dengan Tuhan.”

  • Yohanes memulakan kesaksiannya tentang Kristus dengan memberi kesaksian tentang peranan Juruselamat sebelum Dia dilahirkan. Apakah yang diajar oleh Yohanes mengenai pra-fana Kristus? Mengapakah ia penting untuk mengetahui peranan pra-fana Kristus? Ia mungkin membantu untuk menulis soalan ini di papan tulis dan minta ahli-ahli kelas mencari jawapan Yohanes 1:1–5 (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–5 [Panduan Tulisan Suci]) dan kenyataan Elder James E. Talmage dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Apakah rujukan tulisan suci lain yang boleh dikongsi oleh oleh ahli-ahli kelas yang mengajar lebih banyak tentang pra-fana Kristus? (Contohnya, lihat “Yesus Kristus” dalam Panduan Tulisan Suci.) Sebagai kelas, anda juga boleh mengaji semula “The Living Christ: The Testimony of the Apostles” (Ensign atau Liahona, Apr. 2000, 2).

  • Jika anda ingin menggunakan ayat-ayat ini untuk bercakap mengenai ciptaan Tuhan, anda boleh membaca Yohanes 1:3 dan menunjukkan gambar yang menggambarkan keindahan bumi. Anda juga boleh menunjukkan video “Our Home” (lds.org/topics/environmental-stewardship-and-conservation). Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana ciptaan Juruselamat membantu mereka merasakan kasihnya.

Yohanes 1:1–14

Yesus Kristus ialah Cahaya.

  • Cahaya jasmani dapat membantu kita memahami lambang cahaya rohani. Bagaimana anda boleh menggambarkan lambang ini kepada kelas anda? Anda boleh mematikan lampu di dalam bilik dan menyalakan lampu suluh untuk menunjukkan perbezaan antara cahaya dan kegelapan. Kemudian minta ahli-ahli kelas untuk mencari setiap perkataan cahaya dalam Yohanes 1:1–14, dan jemput mereka untuk berkongsi bagaimana Juruselamat dan injil-Nya memberikan cahaya rohani dalam kehidupan mereka. Bagaimanakah ahli-ahli kelas mengalami cahaya-Nya? Sebagai sebahagian dari perbincangan ini, anda mungkin mahu mereka membaca lebih lanjut mengenai Cahaya Kristus dalam Ajaran dan Perjanjian 84:45–46; 88:11–13, atau anda mungkin merujukkan mereka kepada “Cahaya Kristus” dalam Panduan Tulisan Suci. Bagaimana kita menjadi cahaya kepada dunia?

    cahaya matahari melalui pembentukan batu di pantai

    Juruselamat dan injil-Nya memberikan cahaya rohani.

  • Disebabkan Yohanes 1:1–14 ditulis dalam bahasa simbolik, mungkin ia sukar difahami. Salah satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas memahami kesaksian Yohanes ialah dengan menjemput mereka membuat senarai kata-kata dan frasa yang berulang dalam ayat-ayat ini dan berkongsi apa yang ia ajarkan kita tentang Juruselamat.

  • Berikut adalah cara untuk melibatkan ahli-ahli kelas dalam ayat-ayat ini: Paparkan beberapa gambar (termasuk gambar dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) yang menggambarkan aspek kehidupan dan misi ketuhanan Yesus Kristus. Jemput ahli-ahli kelas untuk membaca Yohanes 1:1–14, mencari perkataan atau frasa yang boleh berfungsi sebagai tajuk untuk gambar tersebut.

Yohanes 1:35–51

Kita boleh mendapatkan kesaksian kita sendiri tentang Juruselamat dan kemudian menjemput orang lain untuk “marilah lihat.”

  • Dalam Yohanes 1, jemputan untuk “marilah lihat” berulang dua kali (lihat ayat 39, 46). Kita mungkin tidak mempunyai peluang untuk melihat Juruselamat secara jasmani seperti yang Andreas dan Natanael, tetapi kita boleh bertindak terhadap jemputan yang sama. Anda boleh bertanya ahli-ahli kelas apa yang mereka fikir tentang maksud “marilah lihat” di zaman kita dan berkongsi pengalaman mereka sendiri untuk memperoleh kesaksian Juruselamat.

  • Untuk memperkenalkan perbincangan mengenai ayat-ayat ini, pertimbangkan untuk minta ahli-ahli kelas berkongsi cerita tentang bagaimana mereka telah memperkenalkan injil Yesus Kristus kepada orang lain. Siapa yang mereka telah jemput untuk “marilah lihat”? Apa yang kita pelajari daripada Andreas dan Filipus mengenai berkongsi kesaksian kita tentang Kristus?

  • Kadang-kadang orang tidak berkongsi injil kerana mereka mendapati bahawa ia adalah menakutkan atau rumit. Laporan dalam Yohanes 1:35–51 menunjukkan bahawa berkongsi injil boleh menjadi mudah dan semula jadi. Anda boleh minta ahli-ahli kelas membaca ayat-ayat ini dan membincangkan bagaimana mereka dapat menggunakannya untuk membantu seseorang yang gelisah untuk berkongsi injil. Mereka boleh menggunakan petikan oleh Elder Neil L. Andersen dalam Sumber-sumber Tambahan” untuk idea-idea. (Lihat juga video “Good Things to Share” di LDS.org.)

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas mengkaji Matius 3, Markus 1, dan Lukas 3, anda boleh minta mereka memikirkan seseorang yang mereka ingin membantu membawa kepada Kristus. Beritahu mereka bahawa dalam bab ini mereka akan membaca tentang misi seorang nabi yang menyediakan orang untuk menerima Juruselamat.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Yohanes 1

Yesus Kristus sejak permulaan bersama Bapa.

Elder James E. Talmage mengajarkan: “Bahawa Firman itu adalah Yesus Kristus, yang bersama dengan Bapa pada permulaan dan yang Dia sendiri telah melaburkan dengan kuasa dan pangkat Tuhan, dan bahawa Dia datang ke dunia dan tinggal di antara manusia, telah disahkan. Kenyataan ini disokong melalui wahyu yang diberikan kepada Musa, di mana dia dibenarkan untuk melihat banyak penciptaan Tuhan, dan mendengar suara Bapa berkenaan dengan perkara-perkara yang telah dibuat: ‘Dan melalui kuasa firman-Ku, telah Aku ciptakan mereka, iaitu Putera Tunggal-Ku, yang penuh dengan rahmat dan kebenaran’ [Musa 1:32, 33]” (Jesus the Christ, 3rd ed. [1916], 10).

Kita boleh menjemput orang lain untuk “marilah lihat.”

Elder Neil L. Andersen mengajar:

“Juruselamat mengajar kita bagaimana untuk berkongsi injil. Saya suka cerita Andreas, yang bertanya, ‘Rabbi, di manakah rabbi tinggal?’ [Yohanes 1:38]. Yesus boleh menjawab dengan lokasi tempat Dia tinggal. Tetapi sebaliknya Dia berkata kepada Andreas, ‘Marilah lihat’ [Yohanes 1:39]. Saya suka berfikir bahawa Juruselamat sedang berkata, ‘Marilah dan lihat bukan hanya di mana saya tinggal tetapi bagaimana saya tinggal. Datang dan lihat siapa Saya. Datang dan rasakan Roh.’ Kita tidak tahu semuanya tentang hari itu, tetapi kita tahu bahawa ketika Andreas menemui saudaranya Simon, dia menyatakan, ‘Kami sudah berjumpa … Kristus’ [Yohanes 1:41].

“Bagi mereka yang menunjukkan minat dalam perbualan kita, kita boleh mengikuti contoh Juruselamat dengan menjemput mereka ‘marilah lihat.’ Ada orang yang akan menerima jemputan kita, dan ada orang lain yang tidak. Kita semua kenal seseorang yang telah dijemput beberapa kali sebelum menerima jemputan untuk ‘marilah lihat.’ Marilah kita juga berfikir tentang orang-orang yang pernah bersama kita tetapi kita jarang jumpa sudah, menjemput mereka untuk kembali dan melihat sekali lagi. …

“Bagi mereka yang menggunakan Internet dan telefon bimbit, ada cara baru untuk menjemput orang lain untuk ‘marilah lihat.’ Marilah kita berkongsi kepercayaan kita secara dalam talian lebih sebahagian dari kehidupan seharian kita” (“It’s a Miracle,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 79).

Muzik boleh mengajar kita tentang Kristus.

Pertimbangkan menggunakan lagu rohani “For the Beauty of the Earth,” Hymns, no. 92, semasa anda membincangkan peranan Juruselamat sebagai Pencipta (lihat Yohanes 1:3). Anda juga boleh menggunakan video “For the Beauty of the Earth” di thetabernaclechoir.org.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Membantu pelajar menyamakan tulisan suci kepada diri mereka sendiri. Jemputan yang sama yang diberikan oleh Kristus kepada pengikut-Nya—untuk datang dan melihat—dapat membantu orang-orang yang kamu ajar ingin mengikuti Juruselamat. Galakkan pelajar untuk mengaplikasikan asas-asas yang terdapat di dalam tulisan suci ke dalam kehidupan mereka sendiri dan menjemput orang lain untuk melakukan perkara yang sama. (Lihat 1 Nefi 19:23; Teaching in the Savior’s Way, 21.)