Ikutlah Aku
28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan’


“28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“28 Januari–3 Februari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Yohanes Pembaptis Membaptiskan Yesus

Tingkap kaca berwarna dalam Bait Suci Nauvoo Illinois, oleh Tom Holdman

28 Januari–3 Februari

Matius 3; Markus 1; Lukas 3

“Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”

Ketika anda membaca dan merenungkan Matius 3; Markus 1; dan Lukas 3, catatkan tanggapan yang anda peroleh. Ini akan mengundang Roh ketika anda membuat persediaan. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan idea-idea berikut boleh membantu anda mengilhami mereka yang anda ajar untuk memahami dan mengaplikasikan ajaran dalam tulisan suci tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas kongsikan bagaimana pembelajaran Perjanjian Baru telah memberkati kehidupan mereka, anda boleh tuliskan soalan berikut di atas papan tulis: Apakah yang anda telah lakukan akibat apa yang anda telah baca dalam Perjanjian Baru minggu ini?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 3:1–12; Lukas 3:2–18

Pengikut-pengikut menyediakan diri dan orang lain untuk menerima Yesus Kristus.

  • Bagaimanakah kita bersedia untuk kunjungan tetamu penting? Soalan seperti ini dapat membantu anda memperkenalkan perbincangan bagaimana Yohanes Pembaptis menyediakan orang untuk menerima Yesus Kristus. Kemudian anda boleh bahagikan kelas ke dalam tiga kumpulan untuk bacakan Matius 3:1–6; Matius 3:7–12; dan Lukas 3:10–15, kajikan bagaimana Yohanes Pembaptis menyediakan orang untuk menerima Yesus Kristus dalam hidup mereka. Benarkan setiap kumpulan mengambil giliran kongsikan apa yang didapati.

  • Sepertimana yang dilakukan oleh Yohanes Pembaptis, nabi-nabi hidup membantu menyediakan kita untuk menerima Juruselamat dalam kehidupan kita. Untuk membantu ahli-ahli kelas membuat perhubungan di antara nabi hari ini dan Yohanes Pembaptis, anda boleh mengkaji semula ajaran-ajaran Yohanes Pembaptis dalam Matius 3:1–12 dan Lukas 3:2–18 dan beberapa nasihat dari persidangan umum baru-baru ini. Bagaimanakah kepatuhan kepada nasihat nabi membantu kita menerima Juruselamat?

  • Terjemahan Joseph Smith, Lukas 3:4–11 memberi gambaran lebih misi Yesus Kristus selain daripada yang didapati dalam Lukas 3:4–6. Apakah ahli-ahli kelas pelajari daripada ayat-ayat tersebut berkenaan Juruselamat dan keperluan kita untuk bertaubat?

    Yohanes Pembaptis sedang mengkhutbah

    John the Baptist Preaching in the Wilderness, oleh Robert T. Barrett

Lukas 3:3–14

Kita perlu “lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat.”

  • Di dalam Lukas 3:8, Yohanes Pembaptis telah mengajar orang ramai bahawa sebelum mereka boleh dibaptiskan, mereka perlu lakukan “perkara-perkara,” atau buktikan, pertaubatan mereka. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas kenal bukti pertaubatan mereka sendiri? Anda mungkin boleh suruh mereka untuk mencari dalam Lukas 3:8–14 dan lihat apakah yang Yohanes anggapkan “perkara-perkara” pertaubatan. Mereka juga boleh kaji semula Moroni 6:1–3 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37. Anda mungkin boleh lukiskan sebuah pokok berbuah di atas papan tulis dan biarkan ahli-ahli kelas melabelkan buah-buah di atas pokok itu dengan “perkara-perkara” pertaubatan yang mereka jumpai. Ini juga merupakan masa yang baik untuk bincangkan apakah maksudnya untuk benar-benar bertaubat. Tunjukkan bahawa satu cara untuk kita “luruskanlah jalan bagi-Nya” (Lukas 3:4) adalah melalui pertaubatan akan sebarang halangan yang mengelak Roh mencapai kita.

  • Nyanyikan lagu rohani “Ya Tuhan, Tambahkan,” Nyanyian Rohani, no. 48, dan galakkan perbincangan berkenaan bagaimana pertaubatan dapat membantu kita menjadi lebih seperti Juruselamat. Untuk melihat muzik video lagu rohani ini, lihat thetabernaclechoir.org.

Matius 3:13–17

Kita mengikut Yesus Kristus apabila kita dibaptiskan dan menerima Roh Kudus.

  • Untuk mengimbas kisah pembaptisan Yesus Kristus, cuba idea ini: Tanya ahli-ahli kelas bagaimana mereka boleh gunakan Matius 3:13–17 untuk mengajar seseorang, seperti seorang kanak-kanak atau seorang yang beragama lain, mengenai pembaptisan. (Mereka juga boleh gunakan gambar ini dalam rangka panduan minggu ini dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.) Apakah unsur penting pembaptisan yang mereka akan tekankan? Mereka boleh melatihkan idea-idea dengan mengajar satu sama lain.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas mengingati pembaptisan mereka dan merenungkan kepentingan mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisan, anda mungkin jemput mereka untuk membaca Matius 3:13–17 dan penyataan Elder Robert D. Hales dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas mungkin suka kongsikan perasaan mereka berkenaan pembaptisan dan perjanjian pembaptisan mereka. Mereka juga boleh nyanyikan “Ikut Aku,” Nyanyian Rohani, no. 43.

  • Yohanes Pembaptis telah mengajar bahawa Juruselamat akan dibaptiskan “dengan Roh Tuhan dan api” (Matius 3:11). Pembaptisan api berlaku apabila kita ditetapkan dan kita menerima kurnia Roh Kudus. Mengapakah kita perlukan kurnia Roh Kudus untuk maju dalam kerajaan Tuhan? Apakah kesan pembaptisan api dan Roh Kudus kepada kita? (lihat Alma 5:14). Video “Baptism of the Holy Ghost” (LDS.org) boleh membantu perbincangan ini.

  • Berikut satu aktiviti yang akan membantu ahli-ahli kelas membincangkan ajaran pembaptisan dengan lebih. Tuliskan soalan-soalan berikut di atas papan tulis dan rujukan tulisan suci di atas kepingan-kepingan kertas. Jemput ahli-ahli kelas untuk memilih kepingan kertas dan kemudian baca setiap tulisan suci dengan seluruh kelas. Bincangkan soalan manakah yang telah dijawab oleh setiap tulisan suci dengan tepat. Adakah tulisan suci atau gambaran lain yang dapat membantu menjawab soalan-soalan tersebut?

    • Apakah yang tulisan suci itu ajarkan tentang kepentingan pembaptisan? (3 Nefi 11:38)

    • Apakah lambang pembaptisan secara pencelupan? (Roma 6:3–5)

    • Bagaimanakah perjanjian pembaptisan saya mengubah cara saya hidup? (Mosia 18:8–10)

    • Kenapakah kita tidak membaptiskan bayi-bayi kecil? (Moroni 8:8–12)

    • Mengapakah pembaptisan yang dilaksanakan oleh seseorang yang berwewenang, dan bukan sahaja kerana keinginan ikhlas penting? (Ibrani 5:4)

    • Jika saya sudah dibaptiskan dalam gereja lain, mengapakah saya perlu dibaptiskan semula? (Ajaran dan Perjanjian 22:1–4)

    • Mengapakah pembaptisan perlu diikuti dengan penerimaan kurnia Roh Kudus? (Yohanes 3:5)

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas mengkaji Matius 4 dan Lukas 4–5 di rumah, jemput mereka untuk fikirkan satu godaan yang mereka hadapi, dan beritahu mereka bahawa bab-bab tersebut akan mengajar mereka apa yang Juruselamat telah lakukan apabila Dia menghadapi godaan.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Matius 3; Markus 1; Lukas 3

Maksud perjanjian pembaptisan kita.

Elder Robert D. Hales telah mengajar:

“Apabila kita memahami perjanjian pembaptisan dan kurnia Roh Kudus, ia akan mengubah kehidupan kita dan akan mewujudkan kesetiaan kita yang seluruh kepada kerajaan Tuhan. … Kemasukkan ke dalam kerajaan Tuhan begitu penting sehinggakan Yesus telah dibaptiskan untuk menunjukkan kepada kita ‘kecilnya lorong’ [2 Nefi 31:9]. …

“Apabila kita mengikut teladan Yesus, kita, juga, menunjukkan bahawa kita akan bertaubat dan patuh perintah-perintah Bapa di Syurga. Kita merendahkan diri kita dengan sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal apabila kita mengenali dosa-dosa kita dan mencari pengampunan bagi pelanggaran-pelanggaran kita [lihat 3 Nefi 9:20]. Kita berjanji bahawa kita bersedia untuk mengambil ke atas diri nama Yesus Kristus dan selalu mengingati Dia. …

“Dengan memilih untuk berada dalam kerajaan [Tuhan], kita memisahkan—bukan memulaukan—diri kita daripada dunia. Pemakaian kita akan menjadi sederhana, fikiran kita suci, perbahasaan kita bersih. Tayangan wayang dan televisyen yang di lihat, muzik yang didengari, buku-buku, majalah, dan surat khabar yang dibaca akan meningkatkan diri. Kita akan memilih kawan-kawan yang menggalakkan matlamat abadi kita, dan kita akan melayan orang dengan baik hati. Kita akan menghindari maksiat tidak berakhlak, perjudian, merokok, minuman keras, dan dadah yang terlarang. Aktiviti-aktiviti Ahad kita akan mencerminkan perintah Tuhan untuk mengingati hari Sabat dan menguduskannya. Kita akan mengikut teladan Yesus Kristus dalam cara kita melayan orang. Kita akan hidup layak untuk memasuki Rumah Tuhan” (“The Covenant of Baptism: To Be in the Kingdom and of the Kingdom,” Ensign, Nov. 2000, 7–8).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengajar ajaran asas. Hyrum Smith telah mengajar, “Khutbahkan asas-asas pertama Injil—khutbahkannya berkali-kali; anda akan dapati setiap hari idea-idea baru dan cahaya tambahan akan dizahirkan kepada anda. Anda boleh memperkembangkannya supaya boleh memahami dengan lebih jelas lagi. Anda kemudian boleh membuatnya lebih senang difahami kepada mereka yang anda ajari” (Manuscript History of the Church, vol. E-1, p. 1994, josephsmithpapers.org).