Ikutlah Aku
11–17 Februari. 2–4 Yohanes: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’


“11–17 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 Februari. Yohanes 2–4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Yesus sedang bercakap dengan Nikodemus

11–17 Februari

Yohanes 2–4

“Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”

Membaca Yohanes 2–4 merupakan satu cara yang baik untuk memulakan persediaan mengajar. Catatkan sebarang tanggapan rohani yang anda terima, dan gunakan rangka panduan ini untuk gambaran tambahan dan idea-idea pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan tiga tajuk di atas papan tulis: Yohanes 2, Yohanes 3, dan Yohanes 4. Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula bab-bab tersebut, dan kemudian minta mereka tuliskan di bawah setiap tajuk satu ayat yang telah membantu mereka memahami ajaran dan peristiwa dalam bab itu. Bincangkan ayat-ayat suci yang mereka telah tuliskan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yohanes 2:1–11

Kehidupan kita berubah apabila kita mengikut Yesus Kristus.

  • Kadangkala kita boleh perolehi pemahaman rohani dengan memberi perhatian kepada butiran dalam laporan tulisan suci. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas bacakan Yohanes 2:1–11 dan senaraikan butiran yang meningkatkan penghargaan mereka terhadap mukjizat yang berlaku di jamuan perkahwinan itu. Bagaimanakah mukjizat ini menyatakan kemuliaan Tuhan? (lihat ayat 11).

  • Ia mungkin dapat membantu ahli-ahli kelas memahami kisah ini jika mereka pertimbangkan mukjizat itu dari pandangan unik mereka yang telah menyaksikannya. Bagaimanakah sikap kita terhadap mukjizat kadangkala seperti orang yang berada di jamuan perkahwinan itu—contohnya, seperti Maria, yang tahu bahawa satu mukjizat boleh berlaku, atau pemimpin itu, yang tidak perihatin bahawa satu mukjizat telah pun berlaku? Pertimbangkan untuk jemput beberapa ahli kelas berikan laporan jamuan itu seolah-olah mereka salah satu daripada hadirin jamuan itu.

Yohanes 2:13–22

Kita boleh mempertahankan tempat dan perkara yang kudus.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas belajar daripada laporan Yesus menghalau penukar-penukar wang daripada Rumah Tuhan itu? Bagaimanakah mereka boleh mempertahankan tempat-tempat kudus seperti rumah, gereja, bait suci, dan tulisan suci? Penyataan ini daripada Presiden David O. McKay mungkin dapat membantu: “‘Jangan jadikan rumah Bapa-Ku tempat berniaga.’ (Yohanes 2:16.) Pembuatan dan pembelanjaan duit, … cerewet, dan terutamanya mengumpat jiran di rumah penyembahan, dasarnya melanggar perintah ini yang diberikan hampir dua ribu tahun dahulu” (dalam Conference Report, Oct. 1956, 7). Bagaimanakah kita memelihara kesucian bait suci dan tempat-tempat kudus yang lain?

Yohanes 3:1–21

Kita haruslah dilahirkan semula untuk memasuki kerajaan Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas faham jemputan Yesus bagi dilahirkan semula (lihat Yohanes 3:3), anda boleh menjemput mereka untuk kongsikan pandangan-pandangan yang mereka peroleh daripada apa yang Juruselamat telah ajarkan Nikodemus dalam ayat-ayat suci tersebut. Apakah kata dan frasa yang telah Dia gunakan? Apakah tulisan suci atau kenyataan lain daripada pemimpin-pemimpin Gereja yang dapat mengembangkan pemahaman ahli-ahli kelas tentang jemputan ini? (Lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk kenyataan daripada pemimpin-pemimpin Gereja.)

  • Bagaimanakah ahli-ahli kelas menerangkan kepada seseorang dari agama lain apakah maksudnya untuk dilahirkan semula? Bagaimanakah mereka akan memasukkan pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan dalam perbualan ini? Pertimbangkan untuk jemput ahli-ahli kelas untuk melatih bagaimana mereka akan menjawab soalan ini dengan rakan sebelah mereka. Petikan daripada Nabi Joseph Smith dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh ditambahkan ke dalam perbincangan ini.

  • Ada yang percaya bahawa seseorang tidak mungkin berubah; Nikodemus, sebaliknya, merupakan satu contoh seseorang yang telah berubah akibat mengikut Injil Yesus Kristus. Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat ini, anda boleh menjemput mereka untuk cari Yohanes 3:1–2; Yohanes 7:40–52; dan Yohanes 19:39–40. Apakah yang kita pelajari daripada petikan-petikan berkenaan sikap dan kepercayaan Nikodemus? Bagaimanakah lambat laun dia berubah? Apakah contoh-contoh yang kita boleh kongsikan berkenaan orang dikenali yang telah berubah kerana Injil?

  • Dengan melihat seorang bayi atau gambar seorang bayi mungkin dapat memberi kelas anda peluang yang baik untuk membezakan sifat seorang bayi dan sifat seseorang yang telah dilahirkan semula secara rohani.

Yohanes 4:6–34

Yesus Kristus menawarkan kita air yang memberikan hidup dan “makanan” kerana melakukan pekerjaan Tuhan.

  • Badan-badan kita memerlukan makanan dan air setiap hari. Yesus merujuk kepada keperluan sejagat tersebut apabila Dia mengajar wanita Samaria dan pengikut-pengikut-Nya. Untuk membantu ahli-ahli kelas faham apa yang Juruselamat sedang ajarkan, anda boleh tunjukkan gambar-gambar makanan dan air di atas papan tulis dan jemput ahli-ahli kelas untuk tuliskan kebenaran rohani yang Yesus telah ajarkan di bawah setiap gambar tersebut. Bagaimanakah penyembahan Tuhan secara rohani dan kebenaran dapat menghilangkan kedahagaan rohani kita? Bagaimanakah kelaparan rohani dipuaskan dengan melaksanakan kehendak Tuhan?

    aliran air

    Yesus Kristus menawarkan kita air yang memberikan hidup.

  • Membayangkan perkembangan kesaksian wanita Samaria berkenaan Yesus Kristus dapat membantu ahli-ahli kelas renungkan bagaimana mereka kenal bahawa Dia ialah Mesias. Secara satu kelas, carikan istilah-istilah yang wanita Samaria telah gunakan untuk merujuk kepada Juruselamat dalam Yohanes 4:6–30. Apakah maksud istilah-istilah berkenaan pengetahuan dia bahawa siapakah Yesus? Bagaimanakah kesaksian kita telah bertambah bahawa Dia Juruselamat kita?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhamkan ahli-ahli kelas membaca Matius 5 dan Lukas 6, beritahu mereka bahawa bab-bab tersebut mengandungi apa yang Presiden Joseph Fielding Smith gelar “[khutbah] terhebat yang pernah dikhutbahkan, sejauh mana kita ketahui” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Fielding Smith [2013], 234).

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Yohanes 2–4

Video-video ajaran dan tindakan Yesus.

“Jesus Turns Water into Wine,” “Jesus Cleanses the Temple,” “Jesus Teaches of Being Born Again,” “Jesus Teaches a Samaritan Woman” (LDS.org)

Apakah maksudnya untuk dilahirkan semula.

Nabi Joseph Smith telah mengajar: “Sebaiknya anda membaptiskan satu beg pasir menggantikan manusia, jika ia tidak dilakukan untuk pengampunan dosa-dosa dan untuk menerima Roh Kudus. Pembaptisan melalui pencelupan hanya setengah pembaptisan, ia tidak berkesan tanpa setengah yang lain—iaitu, pembaptisan Roh Kudus” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 95).

Elder David A. Bednar telah mengajar: “Penukaran hati … amat kuat, tidak lemah—satu kelahiran semula rohani dan perubahan dasar berkenaan apa yang kita rasa dan inginkan, apa yang kita fikirkan dan lakukan, dan apakah kita. Pastinya, intipati Injil Yesus Kristus melibatkan perubahan dasar dan tetap dalam alamiah kita yang terjadi akibat pergantungan kita kepada ‘jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias yang Kudus (2 Nefi 2:8). Apabila kita memilih untuk mengikut Tuan, kita memilih untuk diubahkan—dilahirkan semula secara rohani” (“Ye Must Be Born Again,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 20).

Elder D. Todd Christofferson mengajar: “Anda mungkin bertanya, Mengapakah perubahan hebat ini tidak berlaku dengan lebih cepat bagi saya? Anda patut ingat bahawa contoh-contoh hebat rakyat Raja Benyamin, Alma, dan mereka yang lain dalam kitab suci—menakjubkan dan luar biasa. Bagi kebanyakan kita, perubahan berlaku secara beransur dan demi masa. Dilahirkan semula, berbeza daripada kelahiran fizikal, merupakan satu proses dan bukannya satu peristiwa. Dan melibatkan diri dalam proses ini merupakan tujuan utama kefanaan” (“Born Again,” Ensign atau Liahona, Mei 2008, 78).

Elder Dallin H. Oaks telah mengajar:

“Kita dilahirkan semula apabila kita memulakan perhubungan perjanjian bersama Juruselamat dengan dilahirkan semula dengan air dan Roh dan mengambil nama Yesus Kristus. Kita boleh memperbaharui kelahiran semula itu setiap hari Sabat apabila kita mengambil sakramen.

“Orang Suci Zaman Akhir mengesahkan bahawa mereka yang telah dilahirkan semula dengan cara ini merupakan putera dan puteri roh Yesus Kristus (lihat Mosia 5:7; 15:9–13; 27:25). Namun, untuk memahami berkat-berkat status dilahirkan semula, kita harus mematuhi janji-janji dan bertahan sampai akhir. Pada masa yang sama, melalui rahmat Tuhan, kita telahpun dilahirkan semula sebagai makhluk baru dengan keibubapaan rohani dan harapan untuk warisan yang hebat” (“Have You Been Saved?” Ensign, Mei 1998, 56).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pengajar tidaklah lebih baik daripada pelajar. Peranan anda sebagai seorang pengajar amat penting, namun anda bukannya satu-satunya punca ilham dalam kelas itu. Bantu ahli-ahli kelas belajar daripada Roh dan kongsikan dengan satu-sama lain yang apakah yang mereka telah belajar.