“18–24 Februari. Matius 5; Lukas 6: ‘Berbahagialah Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“18–24 Februari. Matius 5; Lukas 6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
18–24 Februari
Matius 5; Lukas 6
“Berbahagialah Kamu”
Catatkan tanggapan anda apabila anda mengkaji Matius 5 dan Lukas 6. Wahyu akan datang apabila anda berusaha memenuhi keperluan kelas anda. Rangka panduan ini dapat membantu menyediakan idea tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Presiden Joseph Fielding Smith mengatakan bahawa Khutbah di atas Bukit adalah “ceramah terhebat yang pernah dikhutbahkan, sepanjang yang kita ketahui” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Fielding Smith [2013], 234). Mengapa ahli-ahli kelas merasakan bahawa ini benar? Apakah yang boleh mereka kongsikan?
Mengajar Ajaran
Kebahagiaan abadi berasal dari cara kita jalankan hidup menurut ajaran dan kehidupan Yesus Kristus.
-
Khutbah di atas Bukit oleh Juruselamat, yang ditujukan terutama kepada para pengikut terdekatnya, bermula dengan pernyataan-pernyataan yang dikenali sebagai Ucapan Bahagia, di mana Kristus menjemput kita untuk memikirkan semula apa yang dimaksudkan untuk menjalani hidup yang diberkati—kehidupan dengan kebahagiaan berpanjangan. Untuk memulakan perbincangan mengenai kebahagiaan berpanjangan, anda boleh meminta ahli-ahli kelas berkongsi apa yang membuat mereka bahagia. Menurut Ucapan Bahagia, apa dikatakan oleh Yesus yang menjadikan seseorang “diberkati,” atau bahagia secara abadi? Bagaimanakah ajaran Yesus berbeza dari cara orang lain yang cuba mencari kebahagiaan?
-
Untuk membantu ahli kelas memahami istilah seperti suci hatinya atau pendamai, anda boleh menyenaraikan beberapa istilah dari ayat 3–12 di papan tulis. Kemudian jemput ahli-ahli kelas untuk mencadangkan kebalikan dari setiap istilah dan apa yang mereka pelajari mengenai setiap istilah dengan melakukan ini. Minta ahli-ahli kelas untuk merenungkan apa yang mereka boleh ubah untuk menjadi jenis orang yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini. Apakah yang ditambahkan oleh 3 Nefi 12:3, 6 kepada pemahaman kita tentang Matius 5:3, 6?
-
Satu lagi cara untuk menerokai ayat-ayat ini adalah untuk menjemput setiap ahli kelas untuk mempelajari tulisan suci tambahan mengenai salah satu Ucapan Bahagia dan berkongsi dengan kelas apa yang mereka pelajari. Bagaimanakah seseorang yang mereka kenali memberi contoh asas itu?
Para pengikut Juruselamat menjadi cahaya dunia.
-
Bagaimanakah perasaan ahli-ahli kelas anda apabila mereka membaca kenyataan Yesus bahawa mereka adalah “cahaya dunia”? Apakah yang dimaksudkan untuk menyembunyikan cahaya kita “di bawah pasu,” dan mengapa kita tergoda untuk melakukan ini? Kenyataan oleh Elder Robert D. Hales dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin menggalakkan. Siapa yang telah menjadi “cahaya” kepada ahli-ahli kelas anda?
-
Fikirkan satu cara untuk menunjukkan pengajaran Kristus bahawa kita adalah cahaya kepada dunia. Bolehkah anda menunjukkan gambar sebuah bandar terang pada waktu malam? Bolehkah anda membawa lampu suluh dan menyembunyikannya di bawah bakul? Mengapa Juruselamat membandingkan para pengikut-nya dengan cahaya? Bagaimanakah kita dapat menggunakan pemahaman ini untuk menjadi cahaya kepada orang lain? (lihat A&P103:9–10). Ahli-ahli kelas boleh membincangkan atau lakon peranan cara-cara di mana cahaya injil dapat menerangi kehidupan mereka dan memberkati orang lain.
-
Beberapa tulisan suci lain yang boleh menambahkan perbincangan anda tentang cahaya termasuk 3 Nefi 18:24; Ajaran dan Perjanjian 50:24; 84:44–47; 88:50, 67; dan 93:36–40. Ahli kelas mungkin juga menikmati menyanyi lagu rohani tentang cahaya, seperti “Tuhan Terangku” dan “Pimpin, Ya T’rang,” Nyanyian Rohani, no. 30, 35. Apa yang ditambahkan oleh lagu rohani dan tulisan suci kepada pemahaman kita tentang Matius 5:14–16?
Yesus Kristus mengajarkan hukum yang lebih tinggi yang dapat membawa kita ke arah kesempurnaan.
-
Keadaan yang diterangkan di dalam Matius 5 adalah khusus untuk zaman Juruselamat, tetapi asas-asas yang Dia ajarkan adalah universal. Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat penggunaan ini dalam kehidupan mereka, jemput mereka untuk memilih salah satu petikan berikut dan fikirkan contoh moden yang menggambarkan apa yang diajarkan oleh Juruselamat: ayat 21–24; 27–30; 33–37; 38–39; 40–42; dan 43–44. Mereka boleh melakukan ini secara individu atau dalam kumpulan dan berkongsi contoh mereka dengan kelas.
-
Remaja mungkin menikmati permainan padanan yang membantu mereka melihat ajaran Juruselamat Matius 5:21–48 menggantikan hukum Musa. Anda boleh membuat satu set kad dengan frasa yang bermula “kamu sudah mendengar” (menggambarkan hukum Musa) dari Matius 5:21–44. Buat set kad lain dengan frasa dari ayat-ayat yang bermula “tetapi sekarang aku berkata” (menggambarkan hukum Kristus yang lebih tinggi). Letakkan kedua-dua set kad dengan muka depannya menghadap bawah, dan biarkan seorang ahli kelas memilih salah satu kad “kamu sudah mendengar”, diikuti oleh satu dari set yang lain, mencari padanan. Teruskan sehingga ahli-ahli kelas memadankan hukum Musa dengan ajaran baru Kristus. Untuk setiap padanan, bincangkan kenapa pengajaran Juruselamat diperlukan pada zaman kita.
-
Bagaimana anda boleh membantu ahli-ahli kelas melihat bahawa perintah Juruselamat untuk menjadi “sempurna” bermaksud, seperti yang Presiden Russell M. Nelson jelaskan, untuk menjadi “lengkap” atau “selesai”? (Matius 5:48; “Perfection Pending,” Ensign, Nov. 1995, 86–88). Ini satu idea: memotong gambar Yesus menjadi teka-teki, dan jemput ahli-ahli kelas menulis di belakang setiap bahagian satu ajaran dari Matius 5 yang mereka diilhamkan untuk digunakan dalam kehidupan mereka. Biarkan mereka bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki itu. Bagaimanakah Korban tebusan Yesus Kristus membantu kita menjadi “lengkap” atau “selesai”? (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Rahmat”).
-
Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menetapkan matlamat untuk bertindak atas dorongan yang diterima semasa belajar Matius 5. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membuat susulan untuk jemputan ini dalam pelajaran masa depan.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Matius 6–7 pada minggu akan datang, anda boleh memberitahu mereka bahawa Presiden Harold B. Lee memanggil Khutbah di atas Bukit “undang-undang untuk kehidupan yang sempurna” (Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee [2000], 200).
Sumber-sumber Tambahan
Menjadi cahaya.
Elder Robert D. Hales mengajarkan: “Pernahkah anda berhenti untuk berfikir bahawa mungkin anda adalah cahaya yang dihantar oleh Bapa Syurgawi untuk memimpin rumah yang lain pulang dengan selamat atau menjadi suar dari jauh untuk menunjukkan jalan kembali ke lorong sempit dan kecil yang membawa kepada kehidupan abadi? Cahaya anda adalah suar dan tidak boleh berhenti membakar atau menyesatkan mereka yang mencari jalan pulang” (“That Ye May Be the Children of Light” [Brigham Young University fireside, Nov. 3, 1996], 9; speeches.byu.edu).
Mencari kesempurnaan.
Presiden Harold B. Lee mengajar: “Apakah anda mengira Juruselamat menganjurkan sebuah tujuan yang tidak mungkin untuk dicapai sehingga memperolok-olok kita dalam upaya kita untuk berusaha mencapai kesempurnaan? Memang mustahil bagi kita untuk mencapai tingkat kesempurnaan dalam kefanaan ini seperti yang dibicarakan Tuhan, tetapi di dalam kehidupan ini kita meletakkan landasan yang di atasnya akan kita bangun di dalam kekekalan; oleh kerana itu, kita harus memastikan agar landasan yang kita letakkan didasarkan pada kebenaran, kesolehan dan iman.” (Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee, 195).
Presiden Joseph Fielding Smith berkata: “[Kesempurnaan] itu tidak akan datang sekaligus, melainkan baris demi baris dan ajaran demi ajaran, contoh demi contoh, dan bahkan itu pun tidak selama kita tinggal dalam kehidupan fana ini. … Tetapi di sini kita meletakkan landasannya. Di sinilah tempat di mana kita diajar kebenaran-kebenaran sederhana ini dari Injil Yesus Kristus, dalam keadaan percubaan ini, untuk mempersiapkan kita mencapai kesempurnaan itu. Adalah tugas saya, tugas anda, untuk menjadi lebih baik hari ini daripada saya kelmarin, dan bagi anda untuk menjadi lebih baik hari ini daripada anda kelmarin, dan menjadi lebih baik hari esok daripada anda hari ini.” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Fielding Smith [2013], 234–35).