Ikutlah Aku
1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9: ‘Engkau Adalah Kristus’


“1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9: ‘Engkau Adalah Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Perubahan rupa Kristus

The Transfiguration, oleh Carl Heinrich Bloch

1–14 April

Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9

“Engkau Adalah Kristus”

Pesanan apakah yang anda telah dengar atau baca dari persidangan umum baru-baru ini yang menyokong ajaran dalam bab-bab ini? Apabila anda mengkaji, renung keperluan ahli-ahli kelas anda dan mencatatkan sebarang tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Satu cara anda boleh menggalakkan ahli-ahli kelas untuk mengkaji tulisan suci secara peribadi dan dengan keluarga mereka adalah untuk menjemput mereka berkongsi setiap minggu bagaimana pembelajaran tulisan suci mereka telah memberkati kehidupan mereka. Sebagai contoh, bagaimana pembelajaran mereka dalam bab-bab ini mempengaruhi pengalaman mereka dengan persidangan umum?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 16:13–17

Kesaksian pada Yesus Kristus datang melalui wahyu.

  • Adakah sesiapa dalam kelas anda yang pernah menjelaskan kepada seseorang tentang bagaimana mereka tahu Injil adalah benar? Dalam Matius 16:13–17, apakah yang Juruselamat ajar tentang bagaimana kita menerima satu kesaksian? Anda boleh berkongsi bagaimana Alma memperolehi kesaksiannya (lihat Alma 5:45–46) atau apa yang Tuhan ajar Oliver Cowdery tentang wahyu (lihat Ajaran dan Perjanjian 6:14–15, 22–23; 8:2–3). Apa yang anda fikir Petrus atau Alma atau Oliver Cowdery mungkin akan berkata jika seseorang menanya mereka bagaimana mereka tahu Injil adalah benar?

  • Mungkin terdapat orang di kelas anda yang berdoa untuk wahyu peribadi tetapi tidak tahu bagaimana mengenalinya apabila ia datang. Elder David A. Bednar menggunakan dua pengalaman biasa dengan cahaya untuk mengajar bagaimana kita menerima wahyu; anda mungkin mahu berkongsi pandangan Elder Bednar dengan ahli-ahli kelas (lihat “The Spirit of Revelation,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 87–90; lihat juga video “Patterns of Light: Spirit of Revelation” di LDS.org). Apakah cerita atau pengajaran tulisan lain yang kelas anda boleh fikirkan yang akan membantu seseorang mengenali wahyu peribadi? (Sebagai contoh, lihat 1 Raja-Raja 19:11–12; Galatia 5:22–23; Enos 1:1–8; Ajaran dan Perjanjian 8:2–3.)

Matius 16:13–19; 17:1–9

Kunci imamat adalah penting untuk keselamatan kita.

  • Untuk memulakan satu perbincangan tentang kunci imamat, anda boleh menulis soalan seperti yang berikut di papan tulis: Apakah kunci imamat? Siapakah yang memegang kunci? Bagaimanakah kunci imamat diberikan? Anda juga boleh berkongsi beberapa rujukan tulisan suci yang membantu menjawab soalan-soalan ini, seperti Matius 16:19; Ajaran dan Perjanjian 107:18–19; 128:8–11; 132:18–19, 59; dan Joseph Smith—Sejarah 1:72. Ahli-ahli kelas boleh mencari bantuan tambahan dengan merujuk Handbook 2: Administering the Church (2010), 2.1.1; pesanan Elder Neil L. Andersen “Power in the Priesthood” (Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 92–95); atau True to the Faith, 126–27. Beri masa kepada ahli-ahli kelas untuk menyelidik satu soalan pilihan mereka. Mereka kemudian boleh mengajar satu sama lain apa yang mereka belajar.

  • Satu perbincangan tentang Petrus dan Para Rasul yang lain menerima kunci imamat di Gunung Perubahan Rupa boleh membantu ahli-ahli kelas menguatkan kesaksian mereka dalam pemulihan kunci imamat dalam zaman akhir. Untuk mengilhamkan perbincangan sedemikian, anda boleh meminta setengah kelas anda untuk mengkaji Matius 17:1–9 (lihat juga rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) dan yang lain untuk mengkaji Ajaran dan Perjanjian 110. Mereka kemudian boleh berkongsi dengan satu sama lain tentang apa yang mereka belajar dan lihat persamaan di antara dua catatan itu. Video “Priesthood Keys: The Restoration of Priesthood Keys” (LDS.org) juga boleh membantu.

  • Adakah ahli-ahli kelas anda memahami bagaimana kunci imamat memberkati hidup mereka? Untuk membantu mereka, anda boleh menjemput mereka untuk mencari Handbook 2, 2.1.1, untuk satu senarai orang yang memegang kunci. Siapakah orang-orang ini dalam bahagian dan pancang anda? Anda boleh menyenaraikan nama mereka di papan tulis atau menjemput beberapa daripada orang itu untuk berucap kepada kelas. Bagaimanakah mereka menggunakan kunci imamat yang diberi kepada mereka untuk mengarahkan pekerjaan imamat dalam panggilan mereka? Bagaimanakah kita diberkati dengan pelayanan para pemimpin imamat ini?

patung Petrus memegang kunci

Kunci imamat adalah kuasa untuk mengarahkan penggunaan imamat.

Markus 9:14–30

Ketika mencari iman yang lebih mendalam, kita mesti berpegang teguh kepada iman yang kita sudah ada.

  • Elder Jeffrey R. Holland menggunakan cerita seorang bapa mencari penyembuhan untuk anak lelakinya untuk mengajar kita bagaimana kita perlu mendekati Tuhan apabila kita berasa bahawa iman kita tidak mencukupi (lihat “Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 93–95). Tiga titik utama dari ucapannya termasuk dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda boleh membahagikan kelas kepada empat kumpulan dan menugaskan satu kumpulan untuk membincangkan Markus 9:14–30 dan kumpulan yang lain untuk membincangkan salah satu pemerhatian Elder Holland. Mereka boleh mencari pesanan dari cerita tulisan suci ini yang boleh membantu kita meningkatkan iman kita. Setiap kumpulan boleh berkongsi dengan kelas beberapa pandangan yang datang dari perbincangan mereka.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk belajar di rumah minggu ini, beritahu mereka bahawa rangka panduan yang seterusnya dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu mereka dan keluarga mereka untuk mempunyai Hari Easter yang lebih bermakna. Sebagai tambahan, anda boleh mencadangkan bahawa Hari Easter Ahad mungkin adalah satu masa baik untuk mereka menjemput ahli-ahli kurang aktif atau kawan-kawan dari iman lain untuk datang ke gereja.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9

Presidensi badan sokongan menerima pihak berkuasa yang diwakilkan.

“Semua organisasi badan sokongan bahagian dan pancang beroperasi di bawah arahan uskup atau presiden pancang, yang memegang kunci untuk memimpin. Presidensi badan sokongan dan penasihat mereka tidak menerima kunci. Mereka menerima pihak berkuasa yang diwakilkan untuk berfungsi dalam panggilan mereka” (Handbook 2, 2.1.1).

Tiga pemerhatian untuk membantu kita menambahkan iman.

Selepas menceritakan semula cerita dalam Markus 9:14–29, Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

“Pemerhatian nombor satu mengenai cerita ini adalah apabila menghadapi cabaran iman, bapa menegaskan kekuatannya dahulu dan hanya kemudian mengakui pembatasannya. Perisytiharan awalnya bersetuju dan tanpa keraguan: ‘Tuhan, saya percaya.’ Saya ingin berkata kepada semua yang ingin iman yang lebih, ingat lelaki ini! Dalam masa ketakutan atau kesusahan, berpegang teguh kepada tanah yang anda sudah menang, walaupun tanah itu terhad. … Berpegang teguh kepada apa yang anda sudah tahu dan berdiri kukuh sehingga pengetahuan tambahan datang. … Saiz iman anda atau tahap pengetahuan anda bukan isunya—ia adalah integriti yang anda tunjukkan terhadap iman yang anda sudah ada dan kebenaran yang anda sudah tahu.

Pemerhatian kedua adalah variasi yang pertama. Apabila masalah datang dan soalan timbul, jangan memulakan pencarian iman anda dengan berkata betapa banyak yang anda tidak ada, seolah-olah mengarahnya dengan ‘ketidakpercayaan’ anda. … Saya bukan meminta anda berpura-pura mempunyai iman yang anda tidak ada. Saya sedang meminta anda menjadi taat kepada iman yang anda sudah ada. … Berterus terang tentang pertanyaan soalan anda; kehidupan penuh dengan soalan-soalan dalam semua subjek. Tetapi jika anda dan keluarga anda mahu disembuhkan, jangan biarkan soalan-soalan itu berdiri di perjalanan iman mengerjakan mukjizat. …

“Pemerhatian terakhir: Apabila keraguan atau kesusahan datang, jangan takut untuk meminta bantuan. Jika kita mahunya dengan rendah hati dan jujur seperti bapa ini, kita boleh mendapatkannya. Tulisan suci mengungkapkan keinginan yang mendalam ini sebagai ‘maksud yang bersungguh-sungguh,’ mengikuti ‘dengan maksud hati yang sepenuhnya, bertindak tanpa kemunafikan dan tanpa penipuan di hadapan Tuhan’ [2 Nefi 31:13]. Saya bersaksi bahawa sebagai tindak balas kepada desakan sedemikian Tuhan akan menghantar bantuan dari kedua-dua belah dunia (fana dan roh) untuk menguatkan kepercayaan kita” (“Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 93–94).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan-soalan yang menjemput kesaksian. Menanya soalan-soalan yang menggalakkan ahli-ahli kelas untuk memberi kesaksian mereka boleh menjadi cara efektif untuk menjemput Roh. Sebagai contoh, ketika membincangkan Matius 16:13–17, anda boleh bertanya, “Apa yang anda telah belajar tentang Juruselamat yang telah menguatkan kesaksian anda tentang-Nya sebagai Juruselamat?” (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 32.)