Ikutlah Aku
25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6: ‘Janganlah Takut’


“25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6: ‘Janganlah Takut’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Kristus memberi makan kepada orang ramai

Feed Them, oleh Jorge Cocco

25–31 Mac

Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6

“Janganlah Takut.”

Apabila anda bersedia untuk mengajar dari Matius 14–15; Markus 6–7; dan Yohanes 5–6, cari pesanan yang berkaitan dengan kelas anda. Pertimbangkan bagaimana untuk melibatkan ahli-ahli kelas dalam satu pengalaman yang bermakna dengan tulisan suci.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Satu cara untuk memulakan satu perbincangan bab-bab ini adalah untuk menjemput beberapa ahli-ahli kelas untuk memilih satu bab dari pembacaan dan datang bersedia untuk berkongsi satu pesanan dari bab itu yang bermakna untuk mereka. Ketika mereka berkongsi, ahli-ahli kelas lain boleh bertanya soalan atau menambah pandangan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yohanes 5:16–47

Yesus Kristus ialah Putera Terkasih Bapa Syurgawi.

  • Dalam Yohanes 5, Jesus menyediakan beberapa pandangan tentang Diri-Nya, Bapa-Nya, dan hubungan-Nya dengan Bapa. Untuk membantu kelas menemui pandangan-pandangan ini, cuba membahagikan mereka kepada kumpulan dan memberi mereka beberapa minit untuk menyenaraikan kebenaran-kebenaran yang mereka boleh cari dalam ayat-ayat 16–47 tentang ciri-ciri Tuhan, Yesus Kristus, dan hubungan Mereka. Jemput kumpulan-kumpulan untuk mengambil giliran membaca kebenaran dari senarai mereka sehingga setiap kebenaran pada setiap senarai telah dikongsikan. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini membantu kita lebih memahami Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya? Bagaimanakah kita boleh mengikuti contoh kepatuhan Yesus Kristus kepada Bapa?

  • Satu aktiviti di rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menjemput pelajar-pelajar untuk mencatatkan setiap kali Yesus menggunakan perkataan Bapa dalam Yohanes 5. Jemput beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka belajar apabila mereka menyelesaikan aktiviti itu. Pandangan apakah yang mereka terima tentang Bapa Syurgawi dan Putera-Nya? Apakah yang Injil dipulihkan ajar yang membantu mereka lebih memahami siapa Bapa kita dan mengapa kita menyembah-Nya? Beberapa idea boleh didapati dalam Panduan Tulisan Suci judul “Tuhan” dan judul “God the Father” dalam True to the Faith, 74–76. Sebagai sebahagian daripada perbincangan ini, anda mungkin menyanyi, mendengar, atau membaca “O Bapaku,” Nyanyian Rohani, no. 132 sebagai kelas.

Matius 14:16–21; Markus 6:33–44; Yohanes 6:5–14

Juruselamat boleh membesarkan tawaran kita untuk mencapai tujuan-Nya.

  • Apakah yang boleh membantu ahli-ahli kelas mencari makna peribadi untuk mukjizat Yesus memberi makan kepada lima ribu orang? Anda boleh menanya bagaimana membaca tentang mukjizat ini meningkatkan iman mereka dalam kebolehan Juruselamat untuk memberkati mereka secara peribadi. Adakah mereka pernah berasa bahawa keupayaan atau kebolehan mereka tidak mencukupi untuk mencapai satu matlamat atau satu perintah dari Tuhan? Adakah mereka pernah berasa bahawa Juruselamat membesarkan atau melipatgandakan usaha mereka untuk membantu mereka mencapai sesuatu yang kelihatan mustahil?

    roti dan ikan

    Yesus memberi makan kepada 5,000 orang dengan lima ketul roti dan dua ekor ikan.

  • Video “The Feeding of the 5,000” (LDS.org) boleh membantu ahli-ahli kelas merenungkan mukjizat yang dihuraikan dalam petikan-petikan ini. Butiran apakah yang kita boleh cari dalam cerita ini yang meningkatkan iman kita dalam Juruselamat? Dalam cara apakah Juruselamat boleh memberi makan kepada kita secara rohani? Bilakah kita pernah diberi makan dan disokong oleh Yesus Kristus? Untuk contoh satu mukjizat hari kita yang hampir sama dengan mukjizat roti dan ikan, lihat video “Pure and Simple Faith” (LDS.org) atau Paul VanDenBerghe, “Power in Prayer,” New Era, Julai 2012, 34–36.

Matius 14:22–33

Yesus Kristus menjemput kita untuk mengetepikan ketakutan dan keraguan kita supaya kita boleh lebih datang kepada-Nya.

  • Cerita dalam Matius 14:22–33 boleh membantu ahli-ahli kelas menambahkan iman mereka dalam Juruselamat dan keinginan mereka untuk mengikuti-Nya. Jemput ahli-ahli kelas untuk membaca cerita ini, memberi perhatian istimewa kepada kata-kata yang diucapkan oleh Kristus, Petrus, dan Rasul lain. Bagaimana kata-kata Yesus boleh membantu Petrus mempunyai iman untuk meninggalkan perahu dan berjalan di atas air? Bagaimanakah peringatan Yesus untuk “tabahkan hati” dan “janganlah takut” (ayat 27) boleh digunakan untuk kita hari ini? Apakah yang boleh kita belajar dari Petrus tentang makna menjadi pengikut Yesus Kristus dan mempercayai-Nya?

  • Matius 14:22–33 mengandungi kata-kata dan frasa-frasa yang boleh memberi inspirasi kepada ahli-ahli kelas untuk melatih lebih iman dalam Juruselamat. Minta mereka untuk mencari kata-kata dan frasa-frasa yang berinspirasi, tulis pada papan tulis, dan bincangkan apa yang mereka tulis. Bolehkan ahli-ahli kelas berhubung dengan pengalaman Petrus? Anda boleh menggalakkan mereka untuk berfikir tentang dan berkongsi pengalaman di mana mereka, seperti Petrus, mengambil tindakan untuk mengikuti Juruselamat, walaupun hasilnya tidak menentu. Apakah yang mereka belajar dari pengalaman itu? Bagaimanakah Yesus Kristus telah menyelamatkan mereka dalam masa ketakutan atau keraguan mereka?

Yohanes 6:22–71

Sebagai pengikut Kristus, kita mesti rela mempercayai dan menerima kebenaran walaupun ia susah dilakukan.

  • Peristiwa dalam Yohanes 6 boleh menyediakan satu perspektif yang berguna apabila orang mempertanyakan ajaran, sejarah, atau polisi Gereja Kristus. Dalam bab ini, beberapa pengikut Yesus enggan menerima pengajaran-Nya bahawa Dia ialah Roti yang Memberikan Hidup dan bahawa mereka hanya boleh diselamatkan melalui pengorbanan tubuh dan darah-Nya. Untuk membantu ahli-ahli kelas anda menggunakan cerita ini dalam hidup mereka, anda boleh menulis soalan-soalan seperti yang berikut di papan tulis dan menanya ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan dalam ayat-ayat 22–71: Apakah yang orang harapkan? (lihat ayat 26). Apakah yang Kristus tawarkan kepada mereka? (lihat ayat 51). Apakah yang orang salah faham? (lihat ayat-ayat 41–42, 52). Apakah beberapa cara kita boleh memilih untuk berjalan dengan Kristus walaupun kita mempunyai soalan-soalan? Jemput mereka untuk merenung soalan Juruselamat dan jawapan Petrus dalam ayat-ayat 67–69. Apakah beberapa ajaran, tatacara, atau “kata-kata kehidupan abadi” lain yang hanya boleh didapati dalam Gereja dipulihkan Kristus? Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana ajaran-ajaran dan tatacara-tatacara ini boleh memberkati mereka dan keluarga mereka. Untuk pandangan dari seorang Rasul hari ini, jemput seorang ahli kelas untuk membaca pernyataan Elder M. Russell Ballard dalam “Sumber-sumber Tambahan.”

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Ahli-ahli kelas mungkin berinspirasi untuk membaca petikan untuk kelas minggu depan jika anda menunjukkan bahawa peristiwa-peristiwa yang mereka baca boleh memperkayakan pengalaman mereka ketika mendengar persidangan umum. Menggalakkan mereka datang bersedia untuk berkongsi pandangan mereka di kelas seterusnya.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6

“Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”

Selepas memetik Yohanes 6:68–69, Elder M. Russell Ballard mengajar:

“Bagi sebahagian orang, jemputan Kristus untuk mempercayai dan tetap terus menjadi susah—atau sukar diterima. Sesetengah pengikut berjuang untuk memahami satu polisi atau ajaran Gereja. Sesetengah orang bimbang tentang sejarah kita atau ketidaksempurnaan ahli dan pemimpin Gereja sekarang atau dahulu. Ada orang yang merasa sukar untuk mengikut satu agama yang memerlukan banyak pengorbanan. Akhirnya, sesetengah orang menjadi ‘jemu dalam melakukan yang baik’ [A&P 64:33]. Kerana alasan-alasan ini atau lain, sesetengah ahli-ahli Gereja berbolak-balik dalam iman mereka, berfikir mereka mungkin harus ikut orang yang ‘meninggalkan Yesus dan tidak mahu mengikut Dia lagi.’

“Jika ada di antara anda yang goyah dalam imanmu, saya menanya anda soalan sama yang Petrus tanya: ‘Kepada siapakah [anda] akan pergi?’ …

“… Sebelum anda membuat pilihan rohani berbahaya untuk meninggalkan Injil, saya menggalakkan anda untuk berhenti dan berfikir dengan baik sebelum menyerahkan perkara yang membawa anda kepada kesaksian anda dalam pemulihan Gereja Yesus Kristus. Berhenti dan fikir tentang apa yang anda telah rasa di sini dan mengapa anda merasa itu. Fikir tentang masa apabila Roh Kudus bersaksi kepada anda tentang kebenaran abadi” (“To Whom Shall We Go?” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 90–91).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengar. “Mendengar adalah satu tindakan kasih. … Minta Bapa Syurgawi membantu anda untuk memahami apa yang ahli-ahli kelas anda katakan. Apabila anda memberi perhatian kepada pesanan diucapkan dan tidak diucapkan, anda akan memahami keperluan, kebimbangan, dan keinginan mereka dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way, 34).