Ikutlah Aku
4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5: ‘Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh’


“4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5: ‘Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Yesus menyembuhkan lelaki lumpuh

Healing in His Wings, oleh Jon McNaughton

4–10 Mac

Matius 8–9; Markus 2–5

“Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh”

Persediaan anda bermula apabila anda mengkaji Matius 8–9 dan Markus 2–5dengan penuh doa. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat mempertingkatkan pengajian anda dan menganjurkan idea tambahan berikutan idea yang didapati di sini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh membawa beberapa gambar yang menunjukkan peristiwa-peristiwa dari Matius 8–9 dan Markus 2–5 (lihat Buku Seni Injil, no. 4041, atau LDS.org) atau senaraikan peristiwa-peristiwa tersebut di atas papan tulis. Tanyakan ahli-ahli kelas untuk kongsikan apa yang mereka tahu tentang setiap mukjizat. Apakah pesanan yang mereka dapati dalam mukjizat-mukjizat tersebut?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Matius 8–9; Markus 25

Mukjizat berlaku berkadaran dengan kehendak Tuhan dan keimanan kita terhadap Yesus Kristus.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin telah memperoleh gambaran yang berkuasa ketika pengajian peribadi tentang mukjizat-mukjizat dalam bab-bab tersebut (lihat senarai pemulihan dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Pertimbangkan untuk jemput ahli-ahli kelas kongsikan gambaran mereka dengan seorang ahli kelas lain atau seluruh kelas.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas faham perhubungan di antara iman dan mukjizat, anda boleh baca pemulihan yang bermukjizat dari Matius 8–9 dan Markus 25, dengan memberi perhatian kepada seseorang yang telah disembuhkan atau keimanan orang lain. (Jika anda kesuntukan masa untuk membincangkan semua mukjizat, tanyakan ahli-ahli kelas yang mana satu paling bermakna bagi mereka.) Ayat-ayat suci berikut mungkin dapat mempertingkatkan perbincangan anda: Mormon 9:15–21; Eter 12:12–16; Moroni 7:27–37; dan Ajaran dan Perjanjian 35:8. Apakah pelajaran berkenaan iman dan mukjizat yang diperolehi daripada penyembuhan yang dilakukan oleh Juruselamat dan ayat-ayat suci tersebut? Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Mukjizat.”

  • Pastinya terdapat ahli kelas anda yang beriman dan sedang mencari mukjizat, tetapi mukjizat belum terjadi secara yang diingini. Apakah yang diajar oleh kitab suci dan pembimbing Gereja berkenaan ini? Dalam satu rencana yang bertajuk “Accepting the Lord’s Will and Timing,” Elder David A. Bednar berkongsi kisah ketika dia menasihati sepasang suami isteri yang berada dalam situasi ini (Ensign, Ogos 2016, 31–35; lihat juga 2 Korintus 12:7–10; Ajaran dan Perjanjian 42:43–52). Pernahkah ahli-ahli kelas melihat berkat-berkat yang datang ke dalam kehidupan mereka atau kehidupan orang lain apabila mukjizat yang diingini tidak terjadi?

  • Apabila membaca tentang mukjizat-mukjizat dalam Matius 8–9 dan Markus 25, ada yang mungkin tertanya jika perkara hebat sedemikian masih terjadi dalam zaman ini. Moroni menerangkan bahawa zaman kita “akan dikatakan bahawa mukjizat-mukjizat telah berakhir,” tetapi dia juga berjanji bahawa Tuhan masihlah Tuhan bermukjizat, kerana Tuhan merupakan “Makhluk yang tidak berubah” (Mormon 8:26; 9:18–21; lihat juga Moroni 7:27–29). Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas untuk meningkatkan kepercayaan mereka terhadap kuasa Tuhan untuk memberkati kehidupan mereka? Anda mungkin boleh meminta mereka untuk kongsikan contoh-contoh mukjizat yang pernah disaksikan. Anda juga mungkin pertimbangkan untuk kongsi kisah-kisah mukjizat dari sejarah Gereja (lihat “Sumber-sumber Tambahan”).

Seorang wanita memegang hujung kain Yesus

Trust in the Lord, oleh Liz Lemon Swindle

Matius 8:23–27; Markus 4:35–41

Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk membawa kedamaian dalam ketika ribut kehidupan.

  • Anda mungkin prihatin terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi ahli-ahli kelas anda. Oleh kerana kita semua menghadapi cabaran dalam kehidupan kita, pengajian semula kisah dalam Markus 4:35–41 dapat membina keimanan ahli-ahli kelas bahawa Juruselamat dapat memberi kedamaian. Berikan setiap orang sehelai kertas, dan jemput mereka untuk tuliskan satu cabaran yang pernah dialami pada satu belah kertas itu. Di belakang, jemput mereka untuk tuliskan sesuatu dari Markus 4:35–41 yang mengilhami mereka untuk merujuk kepada Juruselamat ketika menghadapi cabaran. Galakkan ahli-ahli kelas untuk kongsikan apa yang ditulis, jika mereka selesa berbuat demikian.

  • Nyanyian Rohani “Tuhan, Badai S’dang Mengamuk” Nyanyian Rohani, no. 38, adalah berdasarkan kisah dalam Matius 8:23–27 dan Markus 4:35–41. Ahli-ahli kelas mungkin dapat mencari ayat lagu dalam nyanyian rohani yang berkaitan dengan ayat-ayat dalam kitab suci. Anda juga dapat tunjukkan satu gambar yang menunjukkan senario itu (lihat Buku Seni Injil, no. 40) dan bincangkan apakah ketika yang digambarkan oleh pelukis itu. Apakah cara yang lain anda dapat membantu ahli-ahli kelas faham kuasa dan mukjizat ini?

Markus 2:1–12

Penyelamatan mereka yang sesat memerlukan usaha bersatu kita.

  • Kisah mukjizat ini mengajar kepentingan bekerja sama untuk membantu Juruselamat menyelamatkan mereka melalui keperluan rohani atau fizikal. Pesanan Elder Chi Hong (Sam) Wong “Rescue in Unity” (Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 14–16) dapat mempertingkatkan perbincangan berkenaan kebenaran ini. Pertimbangkan untuk menjemput seorang ahli kelas datang bersedia untuk mengimbas kembali kisah dari kitab suci dan kemudian kongsikan apa yang Elder Wong telah ajarkan. Apakah yang boleh kita pelajar dari Markus 2:1–12 berkenaan nilai bekerjasama untuk menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan? (Lihat juga Markus 3:24–25).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Matius 10–12; Markus 2; dan Lukas 711 ketika minggu yang akan datang, beritahu kepada mereka bahawa mereka akan peroleh beberapa nasihat yang akan membantu mereka memenuhi panggilan dan tanggungjawab dalam Gereja.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Matius 8–9; Markus 2–5

Nabi Joseph Smith menyembuhkan mereka yang sakit.

Pada Julai 1839, sekumpulan besar Orang Suci telah dihalau keluar Missouri dan sedang hidup dalam kereta kuda, khemah, dan di atas tanah berdekatan Commerce, Illinois. Ramai yang jatuh sakit, dan Joseph dan Emma Smith keletihan kerana sedang menolong mereka. Wilford Woodruff menggambarkan apa yang telah berlaku pada 22 Julai: “Ia merupakan hari kuasa Tuhan. Ramai di kalangan Orang Suci yang sakit di dua belah sungai [Mississippi], dan Joseph berada bersama mereka, memegang tangan mereka dan dengan suara yang lantang memerintahkan mereka dalam nama Yesus Kristus untuk bangun daripada katil-katil mereka dan disembuhkan, dan mereka bangun daripada katil dan disembuhkan oleh kuasa Tuhan. … Ia sememangnya masa untuk bersuka cita” (Wilford Woodruff, Journal, 22 Julai, 1839, Perpustakaan Sejarah Gereja).

Elder Franklin D. Richards menenangkan satu Ribut.

Elder LeGrand Richards, seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul, telah berkongsikan satu pengalaman daripada kehidupan datuknya, Elder Franklin D. Richards, yang pada tahun 1848 seorang pemimpin bagi satu kumpulan Orang Suci British yang sedang merentasi Lautan Atlantik untuk ke Amerika Syarikat: “Kapal yang dilayari oleh [Elder Richards] berada dalam bahaya [akibat ribut teruk], sehinggakan ketua kapal datang kepadanya dan merayunya untuk menjadi pengantara dengan Tuhan bagi pihak kapal dan penumpang-penumpangnya; dan Datuk, mengingati bahawa dia telah dijanjikan bahawa dia mempunyai kuasa terhadap segala unsur, berjalan keluar ke atas dek kapal dan mencapai tangannya ke langit dan menyergah laut dan ombak, dan dengan serta merta ia menjadi damai” (in Conference Report, Apr. 1941, 84).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan kesaksian sentiasa. Kesaksian kebenaran rohani anda yang sederhana dan ikhlas mempunyai dorongan yang berkuasa terhadap mereka yang anda ajar. Kesaksian anda tidak perlu panjang lebar. Ia mungkin, contohnya, satu kesaksian mudah berkenaan mukjizat memperoleh Injil dalam kehidupan anda.