“18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“18–24 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
18–24 Mac
Matius 13; Lukas 8; 13
“Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah”
Sambil anda membaca, fikirkan soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh ahli-ahli kelas anda apabila mereka cuba memahami pesanan setiap perumpamaan. Apakah yang mungkin susah difahami? Bagaimanakah pengajian anda mempersediakan anda untuk menjawab soalan-soalan mereka?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Kaji semula bersama kelas “Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan kaedah yang mereka gunakan untuk mengkaji Matius 13 dan Lukas 8; 13.
Mengajar Ajaran
Hati kita harus bersedia untuk menerima firman Tuhan.
-
Untuk membantu mereka yang diajar menggambarkan pesanan dalam perumpamaan tentang seorang penabur, anda mungkin boleh membawa beberapa biji benih, satu pasu berisi tanah, dan satu pasu yang berisi batu-batu kecil ke kelas. Minta seorang ahli kelas untuk menanam satu benih di dalam pasu yang berisi tanah dan satu lagi di dalam pasu yang berisi batu. Biji benih yang manakah akan tumbuh dengan lebih baik, dan mengapa? Bagaimanakah pelajaran berobjek ini berkaitan dengan perumpamaan dalam Matius 13:1–23? Bagaimanakah kita boleh menyediakan hati kita untuk menerima firman Tuhan?
-
Bagaimanakah anda dapat menggunakan perumpamaan tentang seorang penabur untuk mengilhami ahli-ahli kelas anda menyediakan hati untuk menerima firman Tuhan? Anda boleh tuliskan Pengikut dan Lain-lain di atas papan tulis. Jemput ahli-ahli kelas untuk baca Matius 13:10–17 dan perhati bagaimana Juruselamat menjelaskan perbezaan di antara pengikut-pengikut-Nya dan mereka yang telah mendengar perumpamaan-Nya. Kemudian tanya ahli-ahli kelas untuk carikan ayat 18–23, cari apa yang mungkin menyebabkan telinga kita menjadi “pekak” atau mata kita tertutup terhadap perkara-perkara rohani. Apakah arahan yang kita terima hari ini dari Tuhan dan hamba-hamba-Nya? Dari segi apakah kita memupuk “tanah yang baik”? (ayat 23).
-
Anda mungkin jemput beberapa ahli-ahli kelas datang bersedia untuk mengajar daripada sebahagian pesanan Elder Dallin H. Oaks’s “Perumpamaan Seorang Penabur” (Ensign atau Liahona, Mei 2015, 32–35). Apakah pemahaman tambahan bagi perumpamaan yang diperoleh daripada pesanan ini?
Perumpamaan-perumpamaan Yesus membantu kita memahami pembesaran, takdir, dan nilai Gereja-Nya.
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas faham kebenaran mengenai Gereja yang diajar dalam perumpamaan-perumpamaan dalam Matius 13? Anda boleh senaraikan beberapa perumpamaan di atas papan tulis (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith, 293–303). Minta kumpulan-kumpulan kecil ahli-ahli kelas untuk mengkaji setiap perumpamaan dan cari apa yang mereka pelajari berkenaan pembesaran dan takdir Gereja. Satu cara untuk mengumpulkan semua pendapat daripada setiap kumpulan adalah dengan melukis satu bulatan besar di atas papan dan labelkannya Gereja Tuhan (“kerajaan syurga”). Apabila setiap kumpulan berkongsi pendapat, mereka boleh tuliskan sesuatu dalam bulatan tersebut berkenaan pembesaran dan takdir Gereja.
-
Apakah yang kita pelajari dari perumpamaan harta yang terpendam di tanah dan mutiara yang sangat berharga berkenaan nilai untuk tergolong dalam Gereja, didapati dalam Matius 13:44–46? Terdapat ahli-ahli kelas anda (atau orang yang mereka kenali) yang mungkin telah berkorban—secara besar atau kecil—untuk menjadi ahli Gereja. Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengorbanan yang mereka atau orang lain telah lakukan untuk menjadi ahli Gereja. Apakah berkat-berkat yang datang dari akibat itu? Pertimbangkan untuk kongsikan kisah Presiden Gordon B. Hinckley berkenaan pegawai tentera laut dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Jemput ahli-ahli kelas untuk renungkan apa yang mereka rasa terdorong korbankan untuk Gereja.
Di akhirat dunia, Tuhan akan mengumpul semua yang soleh dan musnahkan mereka yang jahat.
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas pelajari ajaran daripada perumpamaan gandum dan lalang yang akan membantu mereka setia sebagai Orang Suci Zaman Akhir? Bermula dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk merumuskan perumpamaan itu dan maksudnya. Ia mungkin berguna untuk menunjukkan gambar gandum dan lalang dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Apakah ajaran-ajaran dari perumpamaan ini bagi kita hari ini? Mengapakah ia penting untuk ketahui bahawa Tuhan membenarkan Orang Suci-Nya “tumbuh bersama” (Matius 13:30) dengan orang yang jahat sehinggalah masa menuai? Bagaimanakah kita dapat kukuhkan iman kita dalam situasi ini, apabila kejahatan berada di sekeliling kita? Ajaran dan Perjanjian 86 memberikan pemahaman tambahan berkenaan aplikasi perumpamaan ini pada hari ini.
-
Kenyataan oleh Elder L. Tom Perry dalam “Sumber-sumber Tambahan” mencadangkan bahawa lalang mewakili “kejahatan dan keduniaan” yang menyusupi kehidupan kita. Untuk membantu ahli-ahli kelas renungkan bagaimana mereka dapat membezakan jenis lalang rohani ini, tuliskan beberapa kebenaran Injil dan beberapa idea atau amalan palsu di atas kepingan-kepingan kertas. Masukkan kepingan-kepingan kertas ke dalam satu bekas. Kemudian tanyakan ahli-ahli kelas untuk memilih beberapa dan bincangkan yang manakah benar dan yang manakah palsu. (Kebanyakan kebenaran dan kepalsuan tersebut dikenalpasti dalam ucapan-ucapan persidangan umum; anda boleh mencari idea-idea dari sana.) Bagaimanakah kita boleh mengikut nasihat Elder Perry untuk “pelihara perkara yang baik” dalam kehidupan kita?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Anda mungkin umumkan bahawa bacaan minggu depan memberitahukan orang yang mengikut Yesus tetapi kemudian “tidak mengikut Dia lagi” (Yohanes 6:66). Beritahu ahli-ahli kelas bahawa mereka dapat peroleh pemahaman yang membantu mereka dan yang lain untuk sentiasa percaya terhadap Juruselamat.
Sumber-sumber Tambahan
“Bukankah Ia Benar,?”
Presiden Gordon B. Hinckley telah kongsikan satu pengalaman bersama pegawai tentera laut dari Asia yang baru sahaja menjadi ahli Gereja:
“Dia telah diperkenalkan kepada saya sebelum dia perlu pulang ke negara asalnya. Kami berbicara tentang [kebenaran Injil], dan kemudian saya berkata: ‘Kaum anda bukan orang Kristian. Apakah yang akan berlaku apabila anda pulang sebagai ahli Kristian, khususnya, seorang Kristian Mormon?’
“Muka dia menjadi murung, dan dia menjawab, ‘Keluarga saya akan kecewa. Mereka mungkin mengusir saya dan menganggapkan diri sudah mati. Masa depan dan kerjaya saya, segala peluang akan dirampas daripada saya.’
“Saya bertanya, ‘Adakah anda bersedia untuk membayar harga yang sebegitu tinggi untuk Injil?’
“Matanya sedih, dibasahi tangisan, bersinar … apabila dia menjawab, ‘Ia benar, bukannya?’
“Malu kerana telah bertanyakan soalan tersebut, saya membalas, ‘Ya, ia benar.’
“Lalu dia menjawab, ‘Jadi apakah lagi yang penting?’” (“It’s True, Isn’t It?” Ensign, Julai 1993, 2).
Kita patut memupuk kebaikan.
Elder L. Tom Perry telah mengajar: “Musuh lama seluruh kaum manusia itu telah menjumpai banyak muslihat yang dia dapat fikirkan untuk menyerakkan lalang kesemua. Dia telah mencari cara untuk memasukkan lalang bahkan ke dalam rumah kita. Cara-cara yang jahat dan duniawi telah menjadi begitu tersebar sehingga nampaknya tidak ada cara untuk menyingkirkan semuanya. Cara-cara duniawi datang melalui wayar dan melalui udara ke dalam alat-alat yang telah kita ciptakan untuk mengajar dan menghiburkan kita. Gandum dan lalang telah saling membesar secara dekat bersama. Seseorang yang bertanggungjawab atas pengurusan padang mesti, dengan semua kuasanya, menyuburkan hal yang baik dan menjadikannya begitu kuat dan indah sehingga lalang-lalang tidak akan menarik minat dari mata atau telinga.” (“Finding Lasting Peace and Building Eternal Families,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 44).