“15–21 April. Easter: ‘Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“15–21 April. Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
15–21 April
Easter
“Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?”
Ketika anda membuat persediaan minggu ini, pertimbangkan bagaimana perbincangan kelas pada Hari Ahad Easter dapat meningkatkan kepercayaan kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tanyakan ahli-ahli kelas bagaimana mereka akan menjawab soalan-soalan seperti “Apakah itu Korban Tebusan Yesus Kristus?” dan “Bagaimanakah saya boleh menerima berkat-berkat Korban Tebusan Kristus?” Adakah mereka membaca sebarang tulisan suci minggu ini yang dapat membantu menjawab soalan-soalan itu?
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus membebaskan kita daripada dosa dan kematian, memperkuatkan kita ketika lemah, dan menolong kita ketika dicabar.
-
Adakah ahli-ahli kelas anda faham bahawa selain daripada mengatasi dosa dan kematian, Yesus Kristus juga dapat menghibur kita ketika digoda dan memperkuatkan kita ketika lemah? Satu cara untuk membantu mereka menjumpai asas-asas tersebut adalah dengan menulis kata-kata itu di atas papan tulis: Dosa, Kematian, Godaan, Kelemahan. Minta setiap ahli-ahli kelas untuk bacakan salah satu ayat suci yang tersenarai dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan renungkan bagaimana Juruselamat membantu kita mengatasi atau menahani perkara-perkara tersebut. Ahli-ahli kelas boleh menulis apa yang dipelajari dari tulisan suci di bawah setiap tajuk dan kongsikan kesaksian mereka berkenaan Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya.
-
Apakah yang diajar oleh tulisan suci berkenaan nilai pembayaran Yesus Kristus bagi keselamatan kita? Contohnya, lihat Lukas 22:39–44; Mosia 3:7; dan Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Apakah harga yang dibayar oleh Bapa Syurgawi? (lihat Yohanes 3:16).
-
Sebelum kelas, pertimbangkan untuk menjemput beberapa ahli kelas bawakan satu petikan daripada satu pesanan persidangan yang menghuraikan bagaimana Juruselamat memberkat kita melalui Korban Tebusan-Nya (contohnya, lihat “Sumber-sumber Tambahan”). Bagaimanakah ajaran-ajaran nabi hari ini mengembangkan pemahaman kita berkenaan berkat-berkat Korban Tebusan Juruselamat? Bagaimanakah mereka memperkukuhkan kesaksian kita terhadap kuasa Korban Tebusan-Nya?
-
Mungkin satu ajaran objek mudah yang dapat membantu menggambarkan perbezaan di antara bersih daripada dosa dan disempurnakan: Anda boleh tuliskan beberapa baris daripada Moroni 10:32, tetapi masukkan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Kemudian jemput seorang ahli kelas untuk padamkan kesalahan-kesalahan tersebut. Adakah masalah itu diselesaikan? Apakah ajaran-ajaran yang kita belajar daripada ayat suci dan ajaran berobjek ini berkenaan kesan Korban Tebusan bagi kita? Kenyataan ini daripada Presiden Dieter F. Uchtdorf mungkin juga dapat membantu: “Jika keselamatan hanya bermaksud pemadaman kesalahan dan dosa kita, maka keselamatan—betapa hebatnya ia—tidak memenuhi aspirasi Bapa untuk kita. Hasrat Dia lebih tinggi: Dia inginkan putera dan puteri-Nya menjadi seperti Dia” (“Kurnia Rahmat,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 108).
-
Kisah dan analogi dapat membantu kita memahami Korban Tebusan Kristus. Contohnya, Elder Jeffrey R. Holland telah kongsikan satu kisah tentang dua beradik yang mendaki satu dinding gaung dalam pesanannya Di Mana Keadilan, Kasih, Belas Kasihan Bertemu” (Ensign atau Liahona, Mei 2015, 104–6). Juga ada video bertajuk “Where Justice, Love, and Mercy Meet” di LDS.org. atau anda boleh menonton bersama “Handel’s Messiah: Debtor’s Prison” (LDS.org; lihat huraian di “Sumber-sumber Tambahan”) dan bincangkan bagaimana Korban tebusan Yesus Kristus membebaskan kita daripada penjara kita.
Saksi-saksi dalam Perjanjian Baru memberi kesaksian bahawa Yesus Kristus telah mengatasi kematian.
-
Pertimbangkan untuk mengkaji semula laporan tulisan suci berkenaan Hari Easter pertama—Kebangkitan Yesus Kristus. Anda boleh jemput seorang ahli kelas untuk kongsikan cerita itu dalam kata-kata sendiri (lihat Yohanes 20:1–17). Anda juga boleh menunjukkan video “He Is Risen” (LDS.org).
-
Kelas anda mungkin dapat peroleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kesaksian Kebangkitan Yesus Kristus jika mereka membayangkan diri seorang peguam atau wartawan yang sedang menyiasat tuntutan bahawa Kristus telah dibangkitkan. Jemput mereka untuk cari orang di dalam tulisan suci yang dapat menjadi saksi (lihat Matius 28:1–10; Lukas 24:13–35; Yohanes 20:19–29; 1 Korintus 15:3–8, 55–58). Mereka mungkin dapat tuliskan satu rumusan pendek berkenaan apa yang orang itu telah berkata ketika memberi saksi di mahkamah atau ketika ditemu duga untuk satu laporan surat khabar.
-
Satu cara untuk meningkatkan penghargaan kita terhadap Kebangkitan Juruselamat adalah dengan memikirkan bagaimana kita akan menerangkan kepercayaan kita kepada orang lain. Bagaimanakah ahli-ahli kelas kongsikan kesaksian Yesus Kristus mereka dalam situasi-situasi berikut: seorang ahli keluarga telah didiagnos dengan penyakit yang serius; seorang rakan kehilangan orang tersayang; seorang jiran bertanya mengapa anda merayaikan hari Easter. Galakkan mereka untuk merujuk tulisan suci (seperti yang terdapat dalam “Sumber-sumber Tambahan”) ketika mereka merancang jawapan mereka. Jemput beberapa ahli kelas untuk kongsikan pendapat mereka.
Yesus Kristus memberikan kita harapan dan kegembiraan.
-
Kita semua dapat mempunyai harapan dan cerialah kerana Juruselamat. Anda mungkin bacakan Yohanes 16:33 dan bincangkan bagaimana Korban Tebusan Yesus Kristus dapat membantu kita menjadi gembira walaupun menghadapi godaan. Bagaimanakah kita menerima kegembiraan dan memperoleh sokongan ketika menghadapi godaan?
-
Membaca kesaksian Petrus dalam 1 Petrus 1:3–11 dapat memberikan ahli-ahli kelas harapan yang lebih dalam Korban Tebusan Yesus Kristus. Berikan mereka masa untuk merenungkan ayat-ayat itu dan bekerjasama secara pasangan untuk mencari ayat suci lain yang juga menerangkan bagaimana memperoleh harapan dalam Yesus Kristus (lihat Panduan Tulisan Suci, “Harapan”). Mereka boleh gunakan ayat suci yang didapati untuk membuat satu poster pameran di dalam rumah atau dalam talian (lihat contoh-contoh gambar yang punyai petikan yang mengilham di LDS.org). Ahli-ahli kelas mungkin dapat pertimbangkan keadaan ahli keluarga atau rakan yang mungkin memerlukan harapan yang lebih.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Apakah yang akan mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Matius 18 dan Lukas 10? Anda mungkin beritahu mereka bahawa bab-bab ini mengandungi dua perumpamaan Yesus yang paling diingati, kedua-duanya menyampaikan ajaran yang penting tentang bagaimana kita harus melayan satu sama lain.
Sumber-sumber Tambahan
Easter
Tulisan suci berkenaan Korban Tebusan Juruselamat.
Pesanan-pesanan berkenaan Korban Tebusan Juruselamat.
-
Presiden Thomas S. Monson, “He Is Risen!” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 87–90
-
Elder D. Todd Christofferson, “Kebangkitan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 111–14
-
Elder Dallin H. Oaks, “Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 61–64
-
Sister Carole M. Stephens, “Tuan Penyembuh,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 9–12
Lagu-lagu rohani berkenaan Korban Tebusan Juruselamat.
Ahli-ahli kelas mungkin akan suka bernyanyi lagu-lagu rohani berikut dan membaca tulisan suci berkaitan yang disebutkan di bawah halaman itu. Terdapat ahli-ahli kelas yang mungkin telah pelajari beberapa lagu rohani sebagai pengkajian tulisan suci bersama keluarga minggu ini; galakkan mereka untuk kongsikan pengalaman mereka.
-
“Teguhlah Landasan,” Nyanyian Rohani, no. 28
-
“Di Mana Kiranya Damai Sejah’tra?” Nyanyian Rohani, no. 46
-
“Kuberdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82
-
“Dia Bangkit!” Nyanyian Rohani, no. 85
Video-video tentang Hari Easter.
Setiap tahun Gereja menerbitkan pesanan Easter, yang boleh didapati di mormon.org/easter.
Yesus Kristus membebaskan kita.
Pada tahun 1741, George Frideric Handel telah mengarangkan sebuah lagu mengenai Yesus Kristus yang bertajuk Messiah. Handel telah menetapkan bahawa hasil pendapatan dari persembahan Messiah akan didermakan untuk membayar kebebasan penghutang daripada penjara penghutang. Lebih daripada 140 orang yang telah dipenjarakan kerana tidak dapat membayar hutang mereka dibebaskan akibat pendermaan tersebut. Untuk mengulas peristiwa ini, Presiden Russell M. Nelson telah berkata, “Tanpa Korban Tebusan Yesus Kristus, kita semua akan berhutang, seperti mereka yang berada dalam penjara penghutang. Penebus kita, Tuhan Yesus Kristus, datang untuk membayar hutang yang bukan kepunyaan Dia tetapi kerana kita mempunyai hutang yang tidak dapat dibayar.” Untuk melihat gambaran peristiwa ini, lihat “Handel’s Messiah: Debtor’s Prison” di LDS.org.