“13–19 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“13–19 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
13–19 Mei
Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18
“Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?”
Ketika anda mengkaji Matius 19–20; Markus 10; dan Lukas 18, dengan doa pertimbangkan apa ahli-ahli kelas telah pelajari atau rasai dalam kajian mereka sendiri.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ia mungkin berguna untuk sekali sekala membincangkan pengalaman ahli-ahli kelas yang berkaitan dengan penekanan tahun ini berkenaan pembelajaran Injil yang berpusatkan rumah tangga. Apakah pengalaman berjaya yang boleh mereka kongsikan? Apakah halangan atau cabaran yang mereka sedang hadapi? Apakah nasihat yang mereka boleh berikan kepada satu sama lain?
Mengajar Ajaran
Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ditahbiskan oleh Tuhan.
-
Kerap kali, pandangan dunia berkenaan perkahwinan menyimpang daripada kebenaran abadi. Untuk membantu kelas anda belajar pandangan Tuhan berkenaan perkahwinan, anda mungkin jemput mereka untuk baca Matius 19:3–9 dan senaraikan di atas papan tulis kebenaran-kebenaran yang dijumpai berkenaan perkahwinan. Mereka juga boleh senaraikan kebenaran tambahan yang dijumpai dalam ayat-ayat berikut: Kejadian 1:27–28; 1 Korintus 11:11; Ajaran dan Perjanjian 42:22; 49:15–17; 131:1–4; 132:19; dan Musa 3:18, 21–24. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran tersebut diperkukuhkan dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”? (Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 129).
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas berasa lebih bersedia untuk menerangkan atau mempertahankan ajaran Tuhan berkenaan perkahwinan? Anda boleh menjemput mereka untuk senaraikan di atas papan tulis beberapa soalan yang mereka pernah dengar dari ajaran Gereja berkenaan perkahwinan. Kemudian mereka boleh cadangkan jawapan untuk soalan-soalan tersebut dengan menggunakan apa yang mereka tahu tentang rancangan keselamatan dan penyataan dari “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Matius 19:3–9, dan ajaran-ajaran dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Pertimbanglah untuk menjemput ahli-ahli kelas melakonkan bagaimana mereka mungkin menerangkan kepercayaan kita berkenaan perkahwinan kepada seseorang yang mempunyai kepercayaan yang berlainan.
-
Pertimbanglah untuk memperkenalkan tajuk tentang perkahwinan dengan menggunakan petikan berikut daripada Elder Robert D. Hales: “Tidak seorang pun daripada kita berkahwin kesempurnaan; kita mengahwini potensi” (“Menangani Cabaran Dunia Hari Ini,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 46). Jemput ahli-ahli kelas untuk fikirkan satu pasangan suami isteri yang mereka kagumi. Apakah kualiti-kualiti yang diperoleh oleh pasangan ini? Apakah ciri-ciri yang diingini oleh ahli-ahli kelas dalam pasangan, dan apakah ciri-ciri yang mereka ingin kembangkan supaya menjadi pasangan yang baik? Juga pertimbangkan apa kenyataan yang anda boleh gunakan dari pesanan Presiden Russell M. Nelson “Celestial Marriage” (Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 92–95) untuk membantu mengilhami ahli-ahli kelas mengejarkan perkahwinan selestial.
Kehidupan abadi adalah untuk semua—tidak kira betapa awal atau lewat kita menerima Injil.
-
Apakah yang akan membantu ahli-ahli kelas anda mengaplikasikan asas-asas dalam perumpamaan pekerja-pekerja di ladang anggur? Anda mungkin menjemput beberapa ahli kelas untuk menyediakan satu lakonan perumpamaan itu untuk dipersembahkan kepada kelas. Selepas pembentangan itu, mereka yang berlakon sebagai pekerja-pekerja boleh kongsikan bagaimana perasaan mereka berkenaan bayaran yang mereka terima dan mengapa. Apakah yang dicadangkan oleh perumpamaan ini berkenaan kerajaan syurga? Apakah pandangan lebih yang diperoleh ahli-ahli kelas tentang perumpamaan ini dari pesanan Elder Jeffrey R. Holland “The Pekerja Di Ladang Anggur”? (Ensign atau Liahona, Mei 2012, 31–33).
Matius 19:16–22; Markus 10:17–27
Juruselamat akan membimbing kita untuk merapati Dia apabila kita meminta bantuan daripada Dia.
-
Bagaimanakah anda membantu ahli-ahli kelas mengenalpasti dan mengaplikasikan asas-asas dari kisah lelaki yang kaya? Satu cara adalah untuk menyuruh mereka membaca Markus 10:17–27 dan pertimbangkan jika mereka pernah berasa seperti lelaki kaya itu. Apa yang telah membantu mereka mengikut nasihat Juruselamat walaupun ia susah? Adakah sesiapa di dalam kelas yang boleh kongsikan pengalaman di mana dia telah bertanyakan, “Adakah lagi yang harus saya lakukan?” (Matius 19:20) dan menerima dorongan khas untuk bertambah baik? Apa perbezaannya di dalam kehidupan dia?
Kita patut percaya akan belas kasihan Tuhan, bukannya kesolehan diri kita.
-
Perumpamaan Juruselamat yang membandingkan doa seorang Farisi dan seorang pemungut cukai dapat membantu anda menyerlahkan sikap yang di minta oleh Tuhan bagi mereka yang ingin mengikut Dia. Untuk membantu ahli-ahli kelas mengaplikasikan perumpamaan ini ke dalam hari ini, anda mungkin dapat menjemput mereka untuk menulis semula doa orang Farisi itu secara moden tetapi dengan sikap yang sama. Mereka boleh melakukan yang sama dengan doa pemungut cukai dan kongsikan apa yang mereka telah tuliskan. Bagaimana ayat-ayat 15–17 dan 18–24 berkaitan dengan ajaran Juruselamat dalam perumpamaan ini?
-
Bagaimanakah ayat-ayat tersebut mengilhami mereka yang diajar untuk kekal rendah hati, seperti pemungut cukai itu? Mungkin kenyataan berikut berkenaan ayat-ayat tersebut oleh Elder Dale G. Renlund dapat membantu: “Pesanan ini jelas untuk kita: seorang berdosa yang bertaubat mendekat Tuhan lebih daripada seorang yang menganggap diri lebih soleh dan menghukum orang berdosa itu” (“Gembala yang Baik Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 31).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan kelas anda mengkaji Matius 21–23; Markus 11–12; Lukas 19–20; dan Yohanes 12, pertimbangkan untuk tanyakan mereka, “Apakah yang anda akan lakukan jika anda hanya punyai satu minggu untuk hidup?” Beritahu mereka bahawa bab-bab tersebut mengungkapkan apa yang Juruselamat telah lakukan di minggu terakhir kehidupan Dia.
Sumber-sumber Tambahan
Perkahwinan merupakan pusat rancangan Tuhan.
Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul menerbitkan penyataan ini berkenaan perkahwinan sama jantina:
“Kami menggalakkan semua untuk ingat tujuan Bapa Syurgawi menciptakan bumi dan menyediakan bagi kelahiran dan pengalaman fana kita di sini sebagai anak-anak-Nya [lihat Kejadian 1:27–28; 2:24]. … Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan dimulakan oleh Tuhan dan merupakan pusat rancangan Dia untuk anak-anak-Nya dan kesejahteraan masyarakat. …
“… Tuhan menjangkakan kita untuk menegakkan dan mematuhi perintah-perintah Dia tidak kira pendapat yang bertentangan atau aliran masyarakat. Hukum kemurnian-Nya jelas: hubungan seksual adalah wajar di antara seorang lelaki dan seorang wanita yang menjadi suami isteri mengikut undang-undang dan berkahwin secara sah” (“LDS Church Instructs Leaders Regarding Same-Sex Marriage,” Jan. 10, 2014, mormonnewsroom.org).
Pemahaman tambahan berkenaan perkahwinan.
“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” mungkin dapat membantu dalam perbincangan mengapa nabi Tuhan memberi amaran terhadap apa pun perkara yang bertentangan dengan perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Senarai perkara berikut juga boleh membantu:
-
Keluarga merupakan satu konsep yang abadi. Kita sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan rancangan-Nya adalah supaya lelaki dan perempuan berkahwin dan dimeteraikan untuk hidup sekeluarga buat selama-lamanya (lihat Kejadian 2:18, 21–24; 1 Korintus 11:11).
-
Sebagai bahagian dalam rancangan Tuhan, para suami dan isteri diperintah untuk berganda dan mempunyai anak cucu banyak (lihat Kejadian 1:28) dan mengasuh anak-anak dalam kesolehan.
-
Tujuan utama rancangan Tuhan ialah permuliaan, atau kehidupan abadi, di hadirat Tuhan, di mana suami isteri yang setia punyai peningkatan abadi dan kegembiraan yang tidak berakhir (lihat Ajaran dan Perjanjian 132:19–21). Rancangan Tuhanlah satu-satunya cara untuk mencapai permuliaan (lihat Ajaran dan Perjanjian 131:1–4).
-
Tuhan mengharapkan kita untuk menunjukkan kasih dan belas kasihan kepada mereka yang membela atau terlibat dalam sesuatu yang bertentangan dengan rancangan perkahwinan Tuhan, seperti hidup bersama sebelum berkahwin atau perkahwinan sama jantina (lihat mormonandgay.lds.org). Belas kasihan yang ikhlas termasuklah menjemput mereka dengan penuh kasih dan kesabaran untuk mengikut rancangan Tuhan, iaitu satu-satunya rancangan kegembiraan yang benar. Untuk menerapkan atau menyokong pilihan yang bertentangan dengan rancangan Tuhan akan menjadi lebih berbahaya dan bukannya membantu.