Ikutlah Aku
6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula’


“6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“6–12 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

lelaki sedang memeluk anaknya

The Prodigal Son, oleh Liz Lemon Swindle

6–12 Mei

Lukas 12–17; Yohanes 11

“Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula”

Mulakan persediaan anda dengan mengkaji dengan penuh doa Lukas 12–17 dan Yohanes 11. Apakah “domba yang hilang” di dalam kelas anda yang anda terfikirkan? Gunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan rangka panduan ini apabila anda mencari bimbingan Tuhan mengenai cara terbaik untuk memenuhi keperluan ahli-ahli kelas, walaupun mereka tidak menghadiri kelas.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Penggunaan adalah bahagian penting dalam pembelajaran, jadi jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka memilih untuk menjalani sesuatu yang mereka pelajari dari tulisan suci minggu ini.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Lukas 14:15–24

Tiada alasan yang mencukupi untuk menolak injil.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari perumpamaan perjamuan besar ini, anda boleh menjemput mereka ke pesta khayalan yang anda akan adakan. Biarkan mereka berkongsi beberapa sebab mengapa mereka mungkin akan atau mungkin tidak akan hadir. Baca Lukas 14:15–24 bersama, dan bincangkan alasan-alasan yang dibuat oleh orang ramai dalam perumpamaan ketika mereka dijemput untuk menghadiri jamuan yang mewakili berkat injil. Apakah alasan yang dibuat oleh orang hari ini kerana gagal menerima jemputan Juruselamat untuk menerima berkat Bapa Syurgawi? Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi berkat yang mereka terima apabila mereka telah membuat pengorbanan yang diperlukan untuk menjalani asas-asas injil tertentu.

Lukas 15

Kita boleh mencari orang-orang yang hilang dan bergembira dengan Bapa apabila mereka kembali.

  • Bagaimanakah anda mengilhami orang yang anda ajar untuk mencari orang yang “hilang” kerana mereka tidak mempunyai berkat injil dan menjemput mereka untuk kembali? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berfikir seketika tentang “domba yang hilang” yang mereka kenali dan kemudian membaca Lukas 15:1–7 dengan memikirkan orang itu. Apakah yang mereka rasa diilhamkan untuk lakukan untuk menghubungi orang itu dengan kepekaan dan kasih? Cerita oleh Thomas S. Monson dalam “Sumber-sumber Tambahan” atau ucapan Elder Mervyn B. Arnold “Menyelamatkan: Kita Boleh Melakukannya” (Ensign atau Liahona, Mei 2016, 53–55) mungkin boleh membantu dalam perbincangan ini.

  • Adakah ia membantu jika ahli-ahli kelas memahami cara bagaimana seseorang dapat menjadi hilang? Pertimbangkan untuk memberikan kumpulan ahli-ahli kelas salah satu dari tiga perumpamaan di Lukas 15 untuk dikaji. Apakah yang dicadangkan oleh perumpamaan tentang bagaimana kita harus mencari orang yang hilang? Apakah perkataan dalam Lukas 15 yang mengungkapkan bagaimana Bapa Syurgawi merasakan tentang mereka yang hilang? Menyanyi “Berharga bagi Gembala,” Nyanyian Rohani, no. 100, bersama boleh menjadi tambahan yang bermakna kepada ajaran perumpamaan ini.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin mendapat manfaat dari memberi tumpuan kepada perkataan dan tindakan anak lelaki yang lebih tua dalam perumpamaan anak yang hilang. Mungkin mereka boleh menulis satu penamat alternatif kepada perumpamaan di mana sikap anak lelaki yang lebih tua terhadap adiknya adalah berbeza. Apakah yang diajarkan oleh nasihat bapa dalam perumpamaan tentang bagaimana kita patut rasa tentang mereka yang telah hilang dan mereka yang kembali kepada injil? (Lihat juga kenyataan Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.”) Atau anda boleh minta ahli-ahli kelas membayangkan bahawa mereka adalah bapa dalam perumpamaan ini. Apakah nasihat tambahan yang mereka akan berikan kepada anak lelaki yang lebih tua untuk membantunya bergembira dalam kemajuan atau kejayaan orang lain?

Yohanes 11:1–46

Yesus Kristus adalah Kebangkitan dan Kehidupan.

  • Semasa mereka membaca tentang kebangkitan Lazarus minggu ini, adakah ahli-ahli kelas anda menemui apa-apa yang memperkuatkan iman mereka bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan dan Mesias yang dijanjikan? Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Apakah pengalaman lain yang membina iman mereka dalam Yesus Kristus? Anda mungkin ingin menunjukkan bahawa pada masa mukjizat ini, Lazarus tidak dibangkitkan tetapi dibawa kembali ke kehidupan fana.

    Yesus menangis

    Jesus Wept, oleh James Tissot

  • Satu cara untuk mengkaji Yohanes 11:1–46 adalah untuk minta ahli-ahli kelas bergilir membaca ayat-ayat dan jemput mereka untuk berhenti apabila mereka menemui bukti iman dalam Yesus Kristus. Minta mereka untuk membincangkan apa yang telah mereka temui. Bagaimana percubaan dan kelemahan menguatkan iman kita kepada-Nya?

  • Satu lagi cara untuk membaca laporan ini adalah untuk menugaskan beberapa ahli kelas untuk mempertimbangkan pandangan orang yang terlibat—seperti Juruselamat, Para Rasul, Marta, Maria, dan Lazarus. Apakah yang boleh kita pelajari daripada setiap mereka? Apakah yang dapat kita pelajari tentang Juruselamat dari Yohanes 11:33–35? Mengapakah ia penting untuk mengetahui perkara-perkara ini tentang Dia?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Matius 19–20; Markus 10; dan Lukas 18, anda boleh bertanya soalan seperti “Bagaimanakah perasaan anda jika anda bekerja sepanjang hari dan dibayar sama seperti seseorang yang hanya bekerja satu jam?” Beritahu mereka bahawa terdapat perumpamaan dalam bacaan minggu depan yang menunjukkan bagaimana ini boleh dianggap adil.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Lukas 12–17; Yohanes 11

“Kamu telah menjumpai saya.”

Presiden Thomas S. Monson berkongsi pengalaman berikut semasa dia melayani sebagai uskup: “Saya perhatikan satu pagi Ahad bahawa Richard, salah seorang imam kami yang jarang hadir, sekali lagi hilang dari mesyuarat imamat. Saya meninggalkan kuorum itu di dalam jagaan pembimbing kumpulan itu, dan pergi melawat kediaman Richard. Ibunya berkata bahawa Richard sedang bekerja di sebuah bengkel mekanik, membuat servis kereta. Saya memandu ke kedai mekanik itu untuk mencari Richard dan mencari-cari di seluruh kedai tetapi tidak dapat menjumpainya. Tiba-tiba, saya mendapat ilham untuk melihat ke dalam satu lubang membaiki kereta yang berada di tepi bangunan itu. Dari kegelapan di situ, saya nampak dua biji mata bersinar. Saya terdengar Richard berkata, “Kamu telah menjumpai saya, Uskup! Saya naik sekarang.” Semasa Richard dan saya berbual, saya memberitahunya betapa banyaknya kami merindui dan memerlukannya. Saya dapat janji daripadanya bahawa dia akan menghadiri mesyuarat-mesyuaratnya. … [Kemudian], Richard berkata bahawa titik perubahan di dalam hidupnya datang apabila uskupnya telah dapat mencari dan menjumpainya di dalam lubang membaiki kereta, dan telah menolongnya kembali menjadi aktif di Gereja” (“Sugar Beets and the Worth of a Soul,” Ensign, Julai 2009, 6–7).

Belajar daripada anak lain yang sesat.

Elder Jeffrey R. Holland membuat pemerhatian ini mengenai abang kepada anak yang sesat itu:

“Anak lelaki ini tidak begitu marah adiknya telah pulang ke rumah seperti dia marah kerana ibu bapanya sangat gembira mengenainya. Rasa tidak dihargai dan mungkin lebih sedikit belas kasihan pada diri sendiri, anak yang taat ini—dan dia memang sangat taat—lupa seketika bahawa dia tidak pernah tahu kekotoran atau kekecewaan, ketakutan atau benci diri. Dia lupa seketika bahawa setiap anak lembu di penternakan sudah menjadi miliknya dan begitu juga semua jubah di dalam almari dan setiap cincin di dalam laci. Dia lupa seketika bahawa kesetiaannya telah dan selalu akan dihargai.

“Tidak, dia yang mempunyai segala-galanya, dan dengan cara yang rajin dan mengagumkan, memperolehnya, tidak mempunyai satu hal yang mungkin menjadikannya lelaki Tuhan yang lengkap. Dia belum lagi mengetahui rasa kasihan dan belas kasihan, pandangan bermurah hati melihat bahawa ini bukan satu persaingan. Ia adalah adiknya. Apabila ayahnya bersumpah dengannya untuk melihat, ia adalah orang yang telah mati dan sekarang hidup. Ia adalah orang yang telah sesat dan kini jumpai” (“The Other Prodigal,” Ensign, Mei 2002, 63).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menghubungi orang yang hilang. Seperti gembala dalam perumpamaan Juruselamat (lihat Lukas 15:4), “anda boleh menghubungi mereka yang hilang dari kelas anda. Peluang anda untuk mengajar dan mengangkat ahli-ahli kelas dan membantu mereka datang kepada Kristus melangkaui kelas dan mereka yang mengikuti pelajaran formal anda” (Teaching in the Savior’s Way, 8).