Ikutlah Aku
14–20 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa Yang Diberikan Oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan’


“14–20 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan’ Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“14–20 Oktober. Filipi; Kolose,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Paulus menulis sepucuk surat dari penjara

14–20 Oktober

Filipi; Kolose

“Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan”

Bermula dengan membaca Filipi dan Kolose dan renungkan ajaran Tuhan inginkan anda mengajar dengan penuh doa. Biarlah Roh membimbing anda semasa mempertimbangkan soalan-soalan dan sumber sumber anda boleh gunakan untuk mengajar ajaran ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas menulis di atas papan satu perkataan atau frasa yang meringkaskan pembelajaran mereka dari Filipi dan Kolose dan kemudian menjelaskan pilihan mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat suci sebagai sebahagian penjelasan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Filipi 2:1–5, 14–18; 4:1–9; Kolose 3:1–17

Pengikut Yesus Kristus menjadi “baru” apabila menjalani injil-Nya.

  • Anda mungkin mahu membantu ahli kelas anda membayangkan apa ertinya “membuang hidup lama” dan “menjadi manusia baru” melalui Yesus Kristus (Kolose 3:9–10). Untuk lakukan ini, tunjukkan satu benda lama dan benda baru (contohnya buah yang terlalu masak dan yang segar atau pakaian yang lama dan yang baru). Ahli kelas boleh bincangkan bagaimana kita menjadi “baru “ melalui iman dalam Yesus Kristus dan kerelaan kita untuk menjalankan injil-Nya. Sebahagian dari perbincangan ini, anda boleh meminta setengah kelas membaca Filipi 2:1–5, 14–18; 4:1–9 dan setengah yang lain membaca Kolose 3:1–17, kenal pasti ciri-ciri “manusia lama” dan “manusia baru.” Anda juga boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi bagaimana dengan iman dalam Yesus Kristus dan menjalani injil-Nya telah membantu mereka menjadi orang baru. Ayat suci anda boleh baca bersama termasuk Roma 6:3–7; Mosia 3:19;dan Alma 5:14, 26.

Filipi 4:4–13

Kita boleh mencari kebahagiaan dalam Kristus, tidak kira keadaan kita berada.

  • Walaupun keadaan kita berbeza dengan Paulus, kita semua boleh belajar dari kerelaannya untuk berpuas hati dan bersukacita dalam segala keadaan hidupnya. Untuk memulakan perbincangan topik ini, anda boleh semak semula beberapa dugaan yang Paulus alami (lihat, contohnya 2 Korintus 11:23–28). Kemudian anda boleh meminta ahli kelas untuk kaji semula Filipi 4:1–13 untuk mencari nasihat Paulus yang membantu kita bersukacita dalam masa percubaan.

    Jika anda ingin belajar topik ini dengan lanjut, anda boleh minta seorang ahli kelas berkongsi peristiwa atau kenyataan daripada ucapan Presiden Russell M. Nelson “Kebahagian dan Penakatan Rohani” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 81–84), atau kelas boleh menonton video “Trial of Adversity “ (LDS.org). Bagaimanakah orang-orang dalam ucapan Presiden Nelson atau perempuan dalam video mencari kebahagiaan dalam keadaan yang susah?

  • Mungkin ahli-ahli kelas boleh mendapat nasihat dalam Filipi 4 yang boleh membantu mereka apabila mengalami dugaan. Anda boleh berikan setiap ahli kelas satu kad nota supaya mereka menulis pencarian mereka. Minta mereka letakkan di suatu tempat yang boleh mereka cari apabila memerlukannya.

  • Kadangkala sebuah lagu dapat menambah pemahaman tulisan suci kita. Contohnya, selepas membaca Filipi 4:7, 13, anda boleh nyanyi bersama “Di Mana Kiranya Damai Sejaht’ra” (Nyanyian Rohani, no. 46). Apa kaitan yang boleh ahli kelas lihat antara kata-kata lagu rohani dan Filipi 4:7, 13? Mungkin mereka boleh berkongsi pengalaman apabila merasa “kesejateraan daripada Tuhan, yang tidak mungkin difahami oleh manusia” atau apabila mereka rasa diperkuatkan “dengan Kristus” untuk melaksanakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan. Pengalaman Elder Jay E. Jensen, terdapat di “Sumber-sumber Tambahan,” akan bantu mengilhami perbincangan mengenai ayat-ayat ini.

  • Oleh kerana kejahatan semakin bertambah di dunia pada masa kini, ahli-ahli kelas anda akan bermanfaat daripada nasihat Paulus untuk “menumpukan fikiran” pada hal-hal yang patut di puji, yang murni, yang baik, yang elok dan yang terhormat (Filipi 4:8). Mungkin anda boleh menugaskan setiap ahli kelas (atau kumpulan kecil) salah satu ciri-ciri tersenarai dalam Filipi 4:8 atau Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13. Setiap orang boleh gunakan untuk mencari ayat suci berkenaan ciri yang ditugaskan dan berkongsi pencarian mereka dengan kelas. Mereka juga boleh berkongsi contoh-contoh ciri itu daripada kehidupan orang ramai. Bagaimanakah kita dapat “mencari hal-hal sebegini”?

Kolose 1:12–23; 2:3–8

Apabila iman kita “berakar umbi” dalam Yesus Kristus, kita akan menjadi kukuh terhadap pengaruh dunia.

  • Kesaksian Paulus berkenaan Juruselamat didapati di Kolose 1:12–23; 2:3–8 memberikan peluang yang baik bagi ahli-ahli kelas untuk merenung dan memperkuatkan iman mereka. Ahli kelas boleh mencari ayat-ayat ini untuk mencari hal-hal yang memperkuatkan iman mereka dalam Yesus Kristus. Apakah maksudnya untuk “berakar umbi dalam [Yesus Kristus ]”? (Kolose 2:7). Tunjukkan satu gambar sepohon pokok dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan video “Spiritual Whirlwinds” (LDS.org) supaya membantu ahli kelas bincangkan ayat ini. (Lihat juga Neil L. Andersen, “Puting Beliung Rohani,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 18–21.) Apakah yang boleh menguatkan atau melemahkan akar sepohon pokok? Bagaimanakah menjadi “berakar umbi dalam [Yesus Kristus ]” memperkuatkan kita terhadap pengaruh dunia? (lihat Kolose 2:7–8; lihat juga Helaman 5:12; Eter 12:4).

  • Ahli-ahli kelas mungkin tahu falsafah dan tradisi manusia yang boleh menyerang iman seseorang dalam Kristus kerana ia menyangkal kebenaran injil dan menyusahkan seseorang untuk menjalani injil dalam kehidupan (Kolose 2:8). Mungkin ahli kelas boleh menyenaraikan idea-idea (idea dicadangkan oleh Elder Dallin H. Oaks, terdapat di “Sumber-sumber Tambahan,” boleh membantu). Kemudian anda boleh bincangkan bagaimana berakar umbi dalam ajaran Yesus Kristus membantu kita mengikut nasihat Paulus: “Kamu sudah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan. Oleh itu hendaklah kamu hidup bersatu dengan Dia” (Kolose 2:6). Bagaimanakah kita menyokong sesama supaya mengikut Juruselamat dan bukan tradisi dunia yang palsu?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Pernahkah ahli-ahli kelas merasai penganiayaan kerana mereka percaya injil? Beritahu mereka bahawa 1 dan 2 Tesalonika mengandungi nasihat yang Paulus berikan kepada Orang Suci yang tinggal dalam penganiayaan besar dan tetap beriman.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Filipi; Kolose

kesejahteraan yang melebihi segala pemahaman manusia.

Ketika melayani sebagai ahli Tujuh, Elder Jay E. Jensen berkongsi pengalaman ini:

“Cucu lelaki kami Quinton dilahirkan dengan pelbagai kecacatan dan telah hidup sehingga 3 minggu sebelum mencapai satu tahun, di mana dia sering dibawa masuk ke hospital. Saya dan Sister Jensen tinggal di Argentina pada masa itu. Kami ingin sekali bersama dengan anak-anak kami supaya dapat saling menyenangkan sama-sama. Ini ialah cucu yang kami sayangi dan mahu bersamanya. Kami hanya boleh berdoa, dan kami lakukannya dengan bersungguh-sungguh!

“Saya dan Sister Jensen sedang buat lawatan misi semasa kami menerima khabar bahawa Quinton telah mati. Kami berdiri di dalam laluan gereja dan berpeluk dan saling menyenangi sesama. Saya bersaksi kepada anda bahawa jaminan datang kepada kami daripada Roh Kudus, kesejahteraan yang melebih segala pemahaman manusia dan berterusan sehingga hari ini (lihat FIlipi 4:7). Kami juga bersaksi akan kurnia Roh Kudus yang tidak terucap dalam kehidupan anak lelaki kami, menantu perempuan dan anak-anak mereka yang mengenal masa itu dengan iman, kedamaian dan penghiburan” (“The Holy Ghost and Revelation,” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 78).

Asas-asas Injil dan tradisi manusia.

Elder Dallin H. Oaks menyatakan beberapa tradisi duniawi yang menyangkal kebenaran injil (lihat “Repentance and Change,” Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 37–40):

  • Tidak mempedulikan hukum kemurnian akhlak

  • Kehadiran Gereja yang pasif dan tidak tetap

  • Pelanggaran Kata-kata Bijaksana

  • Ketidakjujuran

  • Berhasrat untuk “kenaikan pangkat” dalam jawatan Gereja

  • Budaya bergantung kepada seseorang daripada tanggungjawab persendirian

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan musik. Musik yang kudus mengundang pengaruh daripada Roh Kudus. Ia akan menciptakan suasana yang takzim dan menginspirasikan komitmen dan tindakan. Pertimbangkan bagaimana “saling mengajar dan menasihati …dengan mazmur dan lagu rohani” boleh menjadi sebahagian kelasa anda. (Kolose 3:16; lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 22).