Ikutlah Aku
30 September–13 Oktober. Efesus: ‘Untuk Memperlengkapi Orang Suci’


“30 September–13 Oktober. Efesus: ‘Untuk Memperlengkapi Orang Suci’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“30 September–13 Oktober. Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Imej
Sebuah keluarga sedang melihat gambar

30 September–13 Oktober

Efesus

“Untuk Memperlengkapi Orang Suci”

Fikiran dan tanggapan berkenaan apa dan bagaimana untuk mengajar akan datang ketika anda berdoa dan mengkaji Efesus, pesanan persidangan umum terbaru, rangka panduan ini, dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbang untuk jemput ahli-ahli kelas tuliskan satu-ayat ringkasan berkenaan perkara yang mereka pelajari dalam kajian minggu ini dan kemudian letakkan ringkasan itu di atas papan tulis. Pilih beberapa ringkasan secara rawak, dan jemput ahli-ahli kelas yang tuliskannya kongsi fikiran mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Efesus 2:19–22; 4:4–8, 11–16

Nabi-nabi dan rasul-rasul—dan kita semua—memperkukuh dan menyatukan Gereja.

  • Bolehkah anda dan kelas anda bina sesuatu bersama untuk menggambarkan bagaimana Gereja “dibina di atas asas para rasul dan nabi” dan bagaimana Juruselamat “batu asasnya”? (Efesus 2:20). Ahli-ahli kelas mungkin boleh melabelkan blok-blok atau gelas kertas dan susunkan untuk membentuk satu menara atau piramid, di mana Yesus Kristus dan rasul-rasul dan nabi-nabi membentuk dasar struktur itu. Kemudian anda boleh tunjukkan apa yang akan berlaku jika Kristus atau nabi dan rasul dikeluarkan. Mengapakah batu asas satu metafora yang baik untuk Yesus Kristus dan peranan-Nya di dalam Gereja? (Untuk deskripsi tentang batu asas, lihat “Sumber-sumber Tambahan.”) Ahli-ahli kelas boleh cari Efesus 2:19–22; 4:11–16 untuk berkat-berkat yang kita terima kerana rasul, nabi dan pembimbing Gereja yang lain. Apakah yang boleh kita lakukan untuk hidup berdasarkan ajaran-ajaran mereka?

    Imej
    Batu penjuru bait suci

    Yesus Kristus ialah batu penjuru Gereja.

  • Untuk menunjukkan bagaimana ajaran boleh disalah faham tanpa arahan berterusan daripada nabi dan rasul, anda boleh mainkan satu permainan di mana anda beritahu satu cerita kepada seorang ahli kelas tanpa membenarkan orang lain mendengar. Kemudian jemput ahli kelas itu untuk ulangi cerita itu kepada seorang ahli kelas lain dan seterusnya sehinggalah cerita itu telah melalui beberapa individu. Kemudian tanyakan orang yang terakhir untuk menceritakan apa yang dia telah dengari. Adakah butiran dalam cerita itu berubah? Apakah yang akan berlaku jika guru membetulkan kesalahan itu di tengah permainan tadi? Apakah yang diajar oleh aktiviti ini berkenaan mengapa Gereja Kristus harus “dibina di atas asas para rasul dan nabi”?

  • Jika ahli-ahli kelas anda telah mendengar persidangan umum sejak kali terakhir anda bertemu dengan mereka, jemput mereka untuk kongsikan bagaimana ajaran persidangan umum telah membantu menyempurnakan tujuan yang dinyatakan dalam Efesus 4:11–16.

  • Anda mungkin boleh berikan ahli-ahli kelas satu ketika untuk senaraikan beberapa “pekerjaan” atau tanggungjawab yang mereka telah dipanggil untuk laksanakan di Gereja (lihat Efesus 4:1)—contohnya, seorang pelayan saudara atau saudari, seorang ibu atau bapa, seorang pengikut Kristus, dan seterusnya. Kemudian mereka boleh bertukar senarai dengan ahli kelas yang lain, baca Efesus 4:4–8, 11–16, dan kongsikan bagaimana panggilan dan tugasan dalam senarai mereka membantu memperbaiki badan Kristus. Bagaimanakah kita boleh bekerjasama untuk bersatu di bawah “satu Tuhan, satu iman, satu pembaptisan”?

Efesus 5:22–6:4

Mengikut teladan Juruselamat boleh memperkukuhkan perhubungan keluarga.

  • Walaupun orang Efesus hidup di dalam budaya di mana isteri-isteri tidak dianggap setaraf dengan suami mereka, surat ini masih punyai nasihat yang bernilai untuk pasangan-pasangan suami isteri hari ini. Anda mungkin tuliskan soalan-soalan berikut di atas papan dan jemput ahli-ahli kelas untuk bincangkan apabila mereka membaca Efesus 5:22–33 dalam kumpulan: Bagaimanakah Kristus menunjukkan kasih Dia kepada Gereja? Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengikut teladan Dia dengan bagaimana kita melayan pasangan kita? Anda mungkin jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan contoh-contoh pasangan suami isteri yang melayan secara Kristus. Bagaimanakah kita mengaplikasikan asas-asas ini terhadap perhubungan keluarga yang lain?

  • Walaupun Paulus menasihati untuk “hormatilah ibu bapamu” (Efesus 6:2) sebenarnya adalah untuk kanak-kanak, ia boleh diaplikasikan kepada setiap kita, tidak kira umur atau situasi keluarga. Jemput ahli-ahli kelas untuk fikirkan bagaimana mereka boleh mengaplikasikan nasihat Paulus dalam Efesus 6:1–3 bagi keadaan mereka sendiri. Contohnya, bagaimanakah kita boleh menghormati ibu bapa walaupun pilihan-pilihan mereka tidak selaras dengan ajaran Yesus Kristus? Anda mungkin boleh berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk tuliskan apa yang mereka boleh lakukan untuk menghormati ibu bapa mereka dengan lebih baik.

  • Jika adanya ibu bapa—atau ibu bapa yang akan datang—kepada kanak-kanak kecil, mereka mungkin dapat manfaat dari perbincangan Efesus 6:4. Apakah maksudnya untuk membesarkan anak “dengan didik mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan”? Ahli-ahli kelas yang punyai kanak-kanak yang lebih besar mungkin boleh kongsikan apa maksud ini bagi mereka dan bagaimanakah mereka telah mengaplikasikan nasihat ini dalam keluarga mereka.

Efesus 6:10–18

Perlengkapan perang Tuhan akan membantu melindungi kita daripada kejahatan.

  • Apakah yang akan membantu mengilhami ahli-ahli kelas untuk berusaha memakai perlengkapan perang Tuan setiap hari? Anda boleh menyediakan satu aktiviti di mana ahli-ahli kelas memadankan bahagian-bahagian perlengkapan perang dengan asas dan hemah yang diwakili dalam Efesus 6:14–17. Bagaimanakah setiap keping perlengkapan perang membantu melindungi kita daripada kejahatan? (Untuk bantuan, lihat “Sumber-sumber Tambahan.”) Bagaimanakah ahli-ahli kelas telah memakai perlengkapan perang ini? Untuk perbincangan ini, anda mungkin kongsikan penerangan Presiden N. Eldon Tanner dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengenalpasti dan memperkuatkan sebarang kelemahan dalam perlengkapan perang kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas supaya membaca Filipi dan Kolose, anda boleh beritahu mereka bahawa salah satu daripada Fasal-Fasal Kepercayaan adalah berdasarkan satu ayat yang didapati dalam salah satu surat tersebut. Bolehkah mereka jumpainya dalam pengajian minggu ini?

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Efesus

Apakah itu batu penjuru utama?

Batu penjuru utama merupakan batu pertama yang diletakkan dalam satu yayasan. Ia membentuk satu titik rujukkan untuk mengukur dan meletak batu-batu lain, yang harus sejajar dengan batu penjuru utama. Oleh kerana ia memikul beban seluruh bangunan, batu penjuru utama haruslah kukuh, stabil, dan dipercayai (lihat “The Cornerstone,” Ensign, Jan. 2016, 74–75).

Perlengkapan perang Tuhan.

Lilitaan tali pinggang berajaran benar:Bahagian perlengkapan perang ini bagaikan satu tali pinggang yang diikat di pinggang. Perkataan lilitan juga bermaksud memperkukuh, memperkuat, atau memperteguhkan.

Perisai dada:Perisai dada melindungi jantung dan organ-organ badan lain yang penting.

Sepatu kaki:Ini merujuk kepada sarung yang melindungi kaki seorang askar.

Perisai:Perisai boleh melindungi hampir semua bahagian badan daripada serangan pelbagai.

Topi keledar:Topi keledar melindungi kepala.

Pedang:Pedang membenarkan kita bertindak terhadap musuh.

“Periksa perlengkapan perang anda.”

Presiden N. Eldon Tanner, yang melayan sebagai Presidensi Utama, menjemput ahli-ahli Gereja untuk menilai kekuatan perlengkapan perang peribadi mereka dengan merenungkan usaha untuk menghidupi Injil. Dia kemudian menerangkan:

“Jika … perlengkapan perang kita lemah, terdapat bahagian yang tidak dilindungi, satu kawasan yang terdedah, dan kita akan tertakluk kepada kecederaan atau kemusnahan oleh Setan, yang akan mencari sehingga dia mendapat tahu kelemahan kita, jika kita punyainya.

“Periksa perlengkapan perang anda. Adakah satu kawasan yang tidak dijaga atau tidak dilindungi? Pastikan sekarang untuk menambahkan apa pun tempat yang hilang. Tidak kira betapa kuno atau kekurangan perlengkapan perang anda, sentiasa ingat bahawa kuasa terletak di dalam tangan anda untuk melakukan pelarasan yang perlu untuk menyempurnakan perlengkapan perang anda.

“Melalui prinsip pertaubatan yang hebat anda boleh mengubah kehidupan dan kini bermula untuk memakai perlengkapan perang anda dengan mengkaji, berdoa, dan keazaman untuk melayan Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya ” (“Put on the Whole Armor of God,” Ensign, Mei 1979, 46).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berusaha untuk kasih seperti Kristus. Interaksi bersama mereka yang diajar haruslah dimotivasi oleh kasih. Anda dan pelajar-pelajar anda akan diberkati apabila anda berdoa untuk mengembangkan kasih seperti Kristus dan mencari cara-cara untuk menunjukkannya (lihat Teaching in the Savior’s Way, 6; Moroni 7:48).

Cetak